Gambar untuk profil aku sebenarnya diambil di atas puncak Gunung Datok, yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Ni pun gambar lama jugak, tahun 2005 (ye lah gambar sekarang nak buat apa, kan boleh tengok in person). Tak silap dikhabarkan tempat ini dulunya tempat pertemuan Datok Undang dan pembesar negeri apabila hendak mensepakati sesuatu.
Walaupun tak setinggi Gunung Ledang yang pernah aku daki sekitar pertengahan 1990an dulu, mendaki gunung ini ketika umur dah meningkat memang semput di buatnya. Tapi at least aku tiba juga. Penganjurnya (malas nak sebut nama) acah ajer dengan beg galas penuh bekal tapi rupanya cuma melepaskan rombongan sahaja!
Macam banyak2 tempat yang terpelihara lainnya khabarnya gunung ini ada misteri juga. Tak putus-putus penjaga tempat ini mengingatkan kami supaya berhati2 dan menjaga pantang larang. Alhamdulillah rombongan kami selamat dan paling penting akhirnya aku tiba juga ke puncaknya walaupun menjadi orang tercorot.

No comments:
Post a Comment