Pada hari Jumaat yang mulia, 12 Rabiulawal 1431 Hijrah bersamaan 26 Februari 2010 adalah hari umat Islam mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w. Buat ke sekian kalinya aku berkesempatan sama menyertai perarakan sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Walaupun ada pro dan kontra berkaitan perarakan yang diadakan saban tahun ini, tetapi bagi aku kesempatan ini aku manafaatkan sebaiknya. Setiap langkah aku berjalan dari stadium Tun Fatimah hingga ke Masjid Al 'Azim aku iringi dengan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar s.a.w.
Mencintai Rasulullah tidak terbatas caranya....
Sempena Maulidurrasul ini elok juga aku kongsikan lagi gambar-gambar semasa di Madinah dulu. Melihat gambar-gambar ni perasaan syahdu dan rindu timbul semula untuk kembali lagi ke sana...

>> Babus Salam (Pintu Kesejahteraan)
>> Wakaf Air Zam-zam
>> Pemandangan dalam Masjid Nabawi
>> Perkuburan Baqi' (hanya batu-batu sebagai tanda!)

>> Pandangan arah Babus Salam (Kubah hijau di bawahnya Makam Nabi, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar)
Subhanallah.. sangat rindu nak ke sana lagi.. Hanya Allah yang tahu.. Manalah tahu, en bakawali.. kita dapat sama-sama beramai2 menunaikan umrah atau haji.. Amin..
ReplyDeleteInsyaAllah penghujung tahun 2011 bercadang akan pergi buat umrah bersama anak-anak. Kalau ada rezeki bolehlah beramai-ramai kita ke sana Mie.
ReplyDelete