Monday, April 26, 2010

Anugerah Perkhidmatan Setia

Sabtu lepas aku berkesempatan menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB bagi menghargai wargakerja yang telah lama berkhidmat. Sebenarnya 2 tahun lalu aku tersenarai sebagai penerima anugerah perkhidmatan setia 25 tahun, tetapi tak tergamak nak ambil kerana ikut congakan perkhidmatan ketika itu aku belum layak lagi. Rasanya tak wajar nak ambil sesuatu yang bukan hak lagi. Mungkin aku dianggap telah layak berdasarkan rekod nombor pekerja aku yang telah terdaftar sejak dapat biasiswa LLN 30 tahun dulu!
Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan oleh TNB. Aku pilih syiling emas. Ada pula tambahan sampul surat berisi cek RM 100 disertakan. Wow.
Ada pilihan sebenarnya untuk ambil wang tunai RM 1,000 tetapi aku pilih sesuatu yang boleh dijadikan kenangan bila bersara nanti (itupun jika umur panjang). Walaupun hanya seberat 8 gram, aku rasa puas. Melihat kilauan syiling emas rekaan Habib Jewel itu cukup untuk membangkitkan semangat aku untuk terus berkhidmat dengan lebih baik lagi.
Terima kasih TNB kerana tetap mengingati sumbangan wargakerjanya walaupun hakikatnya setiap kerja yang dilaksanakan telahpun di bayar dengan gaji dan bonus tanpa lengah.
Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Tahniah.. tahniah.. semoga semakin semangat menjalankan amanah dan tugas...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, makin bersemangat nampaknya...
    tahniah...........

    ReplyDelete
  3. Sdr Suhaimi dan Sdri Safeena, ucapan tahniah yang diberi sudah cukup untuk merangsang semangat. Tq. Selagi diperlukan selagi itulah kita memberikan sebaik terdaya.

    ReplyDelete