Saturday, May 22, 2010

Patin Temerloh

Enak. Puas. Alhamdulillah.
Itulah kata-kata yang dapat diucapkan selepas selesai makan tengahari gulai tempoyak ikan patin semasa misi '2 dalam 1' ku ke Temerloh tempohari. Tugas selesai, hasrat tercapai! Terima kasih SECU.
Aku akan kembali lagi ke sini bersama keluarga bila masa terluang walau agak sukar menyatukan masa yang sesuai untuk kami sekeluarga tambahan pula bila anak-anak punyai cuti pengajian yang berbeza.
Temerloh pasti akan jadi destinasi cuti kami sekeluarga yang akan datang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment