Saturday, August 28, 2010

Hari Lahir ijat dan Adik

Hari ini 28 Ogos adalah hari jadi Ayep, anak aku yang paling kecil (sama dengan Safeena bekas PA aku. Untuk dia aku ucapkan - 'moga Allah murahkan semuanya kecuali harga diri!') Dah masuk 16 tahun. Tak sabar Si Ayep ni nak jadi dewasa. Apa taknya dalam famili dia paling besar. Sekarang berat dah 70 kg dan tinggi 5' 7". Bila tanya apa dia hendak untuk hari jadinya? Motor Yamaha 125 ZR. Aduh! Gambar motor ni pun dia dah tampal kat pintu bilik. Nak psiko akulah tu... Birthday cake dia tak mahu, mungkin tak macho pada fikirannya. Kalau fikirkan aku memang tak nak budak-budak ni naik motor, tapi mana boleh nak awas mereka 24 jam. sebab tu kedua-dua abangnya memang miliki lesen motor disamping ada lesen kereta. Nak bawa motor mesti ada lesen nak! So pagi-pagi tadi aku bawalah dia ke driving school utk register. Sebelum ni pun nampak beriya-iya dia hafal buku undang-undang. Yang herannya buku sekolah tak pulak dia sentuh. Sempena hari jadinya aku penuhilah kemahuannya, tapi bukan motor, KFC dulu. Sayangnya dia kat kawan-kawan lepas tarawih tadi diajaknya kawan-kawan datang raikannya. Aku respect juga kawan-kawan dia ni walaupun semuanya nakal-nakal tapi tetap nyanyikan lagu - "Allah selamatkan Ayep"!

Tak lupa jugak pada 14hb lalu sambut hari jadi Si Ijat, anak aku yang no. 2. Lewat 3 hari sambut hari jadinya, maklumlah dia tinggal di kolej. Sempena hari jadinya aku jemput adik2 dan kakak datang berbuka sama. lepas solat tarawih berjemaah, kami raikan Ijat dengan sekeping cake kegemaran kami, apa lagi chocolate indulgence dari Secret Recipelah..

Selamat Hari Jadi Ijat dan Ayep! Moga kalian terus dewasa dan berbahagia...

2 comments:

  1. ex pa lagi satu u tak ingat ker.....tak ingat n tak wish pun takper...yg penting family n close frens did remember my besday...

    ReplyDelete
  2. Hai kan mula-mula lagi dah sebut atas tu...tak baca betul2 ye?!

    ReplyDelete