Berakhir Ramadhan dan menjelangnya Syawal, perasaan hati berbaur antara rasa gembira dan sedih. Bagi anak-anak dan yang masih muda tentulah kegembiraan raya jadi keutamaan. Bagi aku kesedihan kerana meninggalkan Ramadhanlah yang paling ketara. Mana tidaknya dibulan Ramadhan dapat lebih beribadah dan jika diterima pahalanya berganda.
Meninggalkan Ramadhan juga sebenarnya memberi kesedihan kepada yang telah pergi buat selamanya. Kata ustaz sepanjang Ramadhan roh arwah dibebaskan daripada siksaan kubur tapi menjelang Syawal, ketika kita yang hidup bergembira menyambut raya, mereka bersedih kerana kembali menghadapi siksaan kubur. Sebab itulah ustaz berpesan supaya ziarahilah kubur pada petang akhir Ramadhan dan pagi Syawal sambil sedekahkan Al Fatihah dan Yaasin serta mohon Allah ampunkan dosa dan kesalahan mereka. Itulah sahaja 'keseronokan raya' bagi orang yang telah pergi meninggalkan kita. Keseronokan kita mungkin pada baju baru, ketupat rendang dan kuih raya!
Moga Allah terima doa dan hadiah bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang kami tujukan kepada semua yang telah pergi.
Pusara Bonda

Pusara Mak Long

Pusara Rozman (adik ipar)
Pusara Rosamilda (satu-satunya anak perempuanku!)
Al Fatihah untuk Mak, Mak Long, Rozman dan Amilda....
No comments:
Post a Comment