Dapat cuti sempena Perisytiharan Melaka Maju 2010 memanglah menyeronokkan kerana tidak disangkakan. Apa nak buat ye? Timbul gak idea nak lawat-lawat sekitar Melaka. Maklumlah cuti umum ni utk negeri Melaka sahaja tentulah jalanraya dan bandar tak sesibuk cuti biasa.
Pagi khamis tu awal-awal aku dah kejutkan si Ayep. 'Kita breakfast kat luar jer pagi ni', aku beritahu wife. Kami pekena mee rebus di kedai makan dekat kaki Bukit China yang ada perigi tu. Sebenarnya kedai tu memang nostalgia kepada kami sebab masa mula kenal dulu kerap kami breakfast sama di sana. Dari kedai kecil sebelah rumah tua kini dahpun dibesarkan termasuk rumah telah bertukar Banglo. Si Ilah yang melayan kami dari dulu pun daripada comel molek sekarang dah sama membesar! Makanan di sini boleh tahan rasanya, kekal seperti dulu juga...
Lepas makan terfikir juga nak melawat Perigi Hang Tuah. Elok juga tu, lagipun hari ini cuti sempena sambut negeri Melaka diiktiraf sebagai negeri maju, kena kenangi juga pahlawan silam tu. Cuaca agak mendung, tambah lagi berjerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera.
Sempat juga bergambar di situ. Tempat ini letaknya di Kg. Duyong. Kawasannya agak terbiar walaupun segala kemudahan telah disediakan termasuk gerai cenderahati dan tempat letak kereta. Mungkin kurang promosi atau perlu tambahkan aktiviti tarikan pelancong.
Sempat juga jumpa Makcik Patimah, tuanpunya rumah tradisional Melaka sebelah perigi tersebut. Rumahnya cantik dan merupakan rumah ganti yang dibina oleh PKNM dan diselenggara oleh PERZIM kerana rumah asal dirobohkan bagi menyediakan kemudahan pelancongan. Rupanya semangat Hang Tuah yang taat kepada pemerintah tersemat dalam diri insan ini, yang sanggup berkorban demi Negeri Melaka! Agak sayang sedikit, tak dapat nak jenguk ke dalam kerana rumah ditutup dan beliau hendak keluar ada urusan keluarga. Katanya kawasan situ akan dibangunkan macam Kg Morten untuk tarikan pelancong. Kelak pelancong boleh datang ke kampung itu menaiki boat cruise melalui sungai di belakang rumah beliau. Aku sempat meninjau sungai berkenaan. Uniknya Sg Duyong yang aku kenali ia terpecah 3 dan muaranya kini telah dibesarkan jadi jeti nelayan. Terdapat sebuah Restoran Ikan Bakar di muaranya. Restoran ini juga aku kenali sejak bermula dari pondok kecil sahaja tapi kini dapat menampung ratusan pelanggan dengan layanan yang cekap dan pantas selain masakannya yang menyelerakan....
Dari Duyong aku terus ke bandar untuk bersantai di MP. On the way aku singgah kejap di Kota Senjuang. Kota ini terletak di atas bukit di Banda Hilir. Dulunya kota ini dijadikan penjajah benteng pertahanan daripada serangan musuh dari laut. Nampaknya kudrat baik lagi, dapat juga aku mendaki tanpa masalah. Kalau ada sakit jantung jangan cuba-cuba mendakinya.
Kami tamatkan jelajah singkat di MP kerana perut dah berkeroncong. Restoran Portugis dengan ayam panggang pedas 'hot peri-peri chicken' menjadi habuan kami tengahari itu....

No comments:
Post a Comment