Monday, June 1, 2015

Syaaban Yang Suram

Purnama mengambang suram 
Enggan lagi menyinarkan cahaya 
Langit pun kelabu
Walau tanpa litupan awan 
Seisi alam menyepi 
Malam nan lesu tak bermaya 

Ada hati yang sedang sayu dan sendu
Ada  tangisan yang seakan terdengar
Ayah dan ibu tergamam 
Isteri dan anak-anak kecil terus menangis
Kerabat dan sahabat tak terkata  Pemergianmu tidak disangka

Takdir memang tidak diduga
Jumaat 12 Syaaban 1436 petang berdarah 
Pergi beriring pesan dan doa
Pulangnya disambut deraian air mata
Kembara Alam tiba-tiba hilang jenaka
Lurah Bilut diam tak terucap kata-kata.

Pergilah dikau Syaiful Nahar
Tinggalkan ayah, Ibu, isteri, anak, kerabat dan sahabat
Tiada lagi gelak, lawak, usikan dan cerita suka-duka.
Hanya kenangan jadi peneman 

Dengan pasrah dan redha 
Doa kami mengiringimu 
Damailah di sisiNya.


1  Jun 2015/12 Syaaban 1436 - Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment