Menyusun kata memang satu seni. Itu kelebihan orang pink mungkinnya. Empunya diri mungkin tak perasan yang bahasanya seumpama umpan. Umpan bersalut kail berduri. Itu mungkin difahami benar oleh 'ikan' yang pernah terkena. Dan sempat melepaskan diri. Mungkin hati nya telah robek dek kail itu, tapi mujur tidak disalai di unggunan api.
Terima kasih insan kerana mengingatkan aku untuk jujur berbicara. Rupanya dalam tak sedar, patah bicara boleh tersalah makna. Tutur kata yang manis menjadi perangkap durjana. Kelak terkulai sang mangsa. Kesian dia...
Petaling Jaya - 10 Disember '14.
No comments:
Post a Comment