Monday, May 31, 2010

LinaGhaz

Beberapa keping gambar ketika kursus Effective Negotiation Skill di Taiping tempohari aku selitkan kat sini. Trainer ialah Lina Ghaz. Rasanya umur lebih kurang aku, tapi dia nampak lincah dan energetic. Beliau bukannya trainer sebarangan tetapi memiliki sijil 'Double Fire Walker' dan 'Pole Jumping' lagi. Apa ke bendanya tu?.
Menurut Lina, untuk fire walker tu dia kena lintas bara api. 'Mentera' yang dibaca semasa lintas bara api hanyalah dengan berkata cold moss berulang kali. Itu saja perkataannya untuk ubah mind set ketika itu. Macam tak percaya, tapi itulah yang kenyataannya dan beliau berjaya lakukan dua kali! Amacam kita ni, zikir beribu kali tapi mind set tak tukar, macama nak kenal Tuhan, ye tak?
Untuk dapat sijil pole jumping pula, beliau kata kena lompat dari puncak tiang ke puncak tiang sebelah lagi pada ketinggian 30m! Mak datuk, kalau aku baru panjat 9m dah gayat nak lompat pulak lagi, nak cari nahas. Untuk yang ini pun Lina berjaya lakukan.
Demi kehebatan Lina ini, aku akurlah dengan setiap perintah yang diberikan sepanjang training 3 hari suntuk tu, termasuklah terpaksa berjoget dan bergelek sampai sakit lutut dan semput-semput. Kata Lina nak bagi energy supaya cukup tenaga untuk negotiate nanti. Hai haji....haji!

No comments:

Post a Comment