Jeti Pulau Manukan
Jangan lupa peperangan pernah berlaku di tanah air kita.
Satu peringatan di Pulau Manukan


Pantai Pulau Sapi
Lamanya tak update blog ni walaupun sepanjang lebih sebulan lalu macam-macam benda yang aku lalui. Tentulah yang paling menggembirakan bila dapat berita kenaikan pangkat, tapi jadi sedih bila anak dapat result kurang baik dalam pelajaran. Usahalah Ijat lebih gigih lagi, moga-moga kelak akan lebih berjaya lagi. Bukan senang nak buat medic tapi rasanya tak juga begitu susah sebab ramai pun orang yang dah jadi doktor atas dunia ni. Edi nampaknya beriya-iya nak ambil Optometrist di MSU. Kalau dah itu minatnya teruskan, jangan main-main sebab belanjanya boleh tahan juga...
Diam tak diam dahpun 14 hari lalui puasa. Aku mc sebenarnya siang tadi. Rasanya salah makan ketika join buka puasa Datuk Yunus. Memang flat terus tapi aku gagahkan juga puasa dan jumpa doktor. Dah terlebih tidor dan baring, ni lah aku buka blog. Lagipun tarawih sendirian dan tadarrus dah aku tunaikan kejap tadi...
Hujung bulan lalu sempat juga pergi Kota Kinabalu bersama rakan-rakan sekerja. Subsidi RM 200, sendiri RM 500, tapi bila tengok dompet hampir RM 1,000 juga hangus untuk beli benda lain yang entah apa-apa. Aku tak tau lah pulak berapa Hj Ros belanja sebab nampak dia berbelanja sakan!
Kali ke 2 aku ke sana sebetulnya. Ada yg bawa pasangan, tapi aku solo jer sebab dulu dah bawa wife. Bukannya nak apapun ke sana tapi mungkin dulu tak puas melihat KK. Kali ini aku rasa lebih relax dan santai.
Sebenarnya lawak juga jika fikir-fikirkan. Just imagine turun jer kapalterbang jam 10 pagi terus di bawa ke laut utuk ke Pulau Sapi dan Manukan. Speed boat redah laut semacam jer. Hj Dolah kata kalau terlanggar balak hanyut hilang 12 executive Melaka. Syukur semua selamat.
Pulau Sapi dan Manukan ni sebenarnya sebahagian taman negara. Kononnya ke sana untuk snorkling tapi aku tak cecah sikitpun air Laut Cina Selatan tu. Yang snorkling pun tak nampak apa sebab air laut keruh dan ikan-ikan merajuk!
Hotel penginapanpun dalam town di Sinsuran, jalan 50 meter dah sampai Pasar Filipina yang masyhur dengan mutiara dan crystal. Sebelahnya pasar Ikan Masin. Beli ikan masin jer terbang RM 250. Tu dah sama nilai tambang flight sehala. Malam di Pasar Filipina ada pasar malam dan pasar makan. Tarikan utamanya seafood yang di bakar gitu saja. Nak makan sotong dan udang harimau yang besar-besar isilah perut kenyang-kenyang kat sini.
Untuk tempoh 3 hari 2 malam tu sempatlah jugak kami melawat kaki Gunung Kinabalu, Hutan Lipur Poring yang ada canopy walk (jambatan gantung) dan kolam air panas serta melawat sekitar Bandaraya KK. On the way balik jenguk sekejap company sepupu iaitu SESB. Merekapun terkejut tengok kami sebab semua datang dengan casual habis sampai lupa nak pelawa minum... ha ha.
Auto Check-in - mudah dan cepat!
Dalam flight
MAS breakfast - alright!
Hj Rosman (tinggal kenangan - dah bersara awal...)
Haji Dolah and wife - pasangan bahagia
No comments:
Post a Comment