Thursday, September 30, 2010

Thank You, Khairul!

Kehidupan telah dipermudahkan dengan sistem komunikasi serba canggih. Antara yang jadi kemestian tentulah internet. Bila internet down boleh mati kutu dibuatnya.

Semalam Ayep beritahu internet tak boleh guna. Patutlah dia macam budak baik tak mengadap komputer. Suruh call streamyx dia tak rajin pula....alahai anak!
Tengahari lepas meeting kat Seri Negeri, balik jap rumah untuk solat. Bukan apa, nak lebih selesa. Sambil tu cuba call 103 nak ngadu internet tak boleh guna. Oops salah rupanya. Operator suruh call 100 untuk aduan internet dan dan suruh tekan 1 untuk bahasa malaysia then follow jer arahan lanjut. Sekali dering dah ada orang jawab hujung sana. Hebatnya...
Dia tanyalah no. telefon aku yang sambung dengan internet ni dan juga no. handphone untuk dihubungi. Siap minta confirm nama lagi. Tak boleh juga nak marah2 atau komen kat dia ni sebab perbualan telefon dengan call center ni dirakam; untuk tujuan latihan dan penambahbaikan perkhidmatan katanya.
Satu yang aku kagum dengan TM ni ,staff kat call center ni memang very competent. Dua tiga kali dia usaha untuk troubleshoot internet connection aku. Walau tak berjaya dia tetap sabar dan tak mati akal begitu saja. He knows his job well. Lepas satu satu disuruhnya aku buat dan aku follow jer. Sekejap di suruh OFF modem, tunggu 15 saat, ON semula, kemudian check connection status sekejap click kat properties masuk no. itu, masuk no. ini, semuanya aku patuhi. Nasib baik aku ini tak buta komputer, kalau tak payah juga budak Khairul tu nak selesaikan masalah aku.
Ya, sempat aku juga tanya namanya dan dia beritahu call center ni di Kuching! Begitulah teknologi hari ini, macam rasa cakap dengan orang sebelah rumah jer. Sebab dengar slang dia agak lain tu yg aku busybody tanya dia ni Melayu atau India. Sebenarnya bila dapat kenal nama ni rasa lebih mesra dan lebih selesa.
Hampir 20 minit dia melayan akhirnya internet aku dah okey. Dia suruh aku cuba layari laman-laman web lain untuk pastikan betul2 ok. Sah, dah ok.
Ada juga aku tanya berapa customer complaint biasanya dia attend sehari? Purata 50 katanya. Wow. Aku salute Si Khairul ni. Sebab itu bila dia minta aku rate his service tanpa ragu2 aku bagi dia 5 - EXCELLENT. Technically very competent and very customer oriented. Tak mengeluh langsung. Hebat mamat ni. Aku janji dengan dia aku tetap stick to streamyx walau ada orang kata tak bagus.
Tahniah TM. Aku cemburu dengan perkhidmatan anda sebab aku tengah down dengan result CSI syarikat aku yang merudum kepada 6.4 dan handling customer complaint almost failed ... KPI pun NI, the lowest!
InsyaAllah aku akan bangkit dari mimpi ngeri ini...

No comments:

Post a Comment