Monday, October 11, 2010

Tragedi 10.10.10

Sepatutnya tak ada apa yang nak aku catatkan sempena 'hari sempurna' 10.10.10. Hari minggu yang agak lesu, cuma aku habiskan dengan aktiviti keluarga; hantar si Ayep belajar motor, bawa isteri ke pantai mencari lauk, bermalas-malas kat rumah selain mengaji masuk juzuk 25. Cuaca agak panas, so selera makanpun tak ada. Paperpun tak ada berita yang menarik. Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar kahwin hari ini. Semalam mantan boss aku dianugerahi DMSM, tahniah Datuk AbdulBasir!
Mungkin muka depan Sunday Times memikat aku, iklan kereta VW Polo merah menyala tu. Enjin 1.2 liter tapi dah kereta Jerman, harga on the road tak kurang RM110,000. Memang keta ni menawan, walaupun kecil tapi power, maklumlah enjin turbo. Berangan ajelah, kalau ada duitpun, banyak mulut yang aku kena suapkan. Ye lah, sementara bekerja lagi ni, berbaktilah mana yang patut...
Subuh tadi sempat jugak aku berjemaah di surau. Habis wirid dan doa, Cikgu Rahman beritahu petang semalam ada accident di highway dekat Simpang Ampat. Katanya 12 orang meninggal. Bas rombongan yang dinaiki oleh beberapa rakan taman aku bekas tentera juga terlibat. Mereka balik dari majlis bersama PM di Stadium Bukit Jalil. Aku berdoa, harap-harap tiada rakan yang terlibat dengan nahas itu.
Tiba rumah aku terus baca akhbar online. Cuma Utusan Online sahaja ada berita agak terperinci, tapi mangsa terlibat tak diketahui. Rupanya ada mesej dihantar pukul 2.43 pagi ke handset aku. Baterinya dicaj, sebab itu aku tak perasan. Berita sedih, anak gadis seorang rakan kerjaku terlibat dalam nahas itu dan meninggal dunia. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun...
Aku perlu ke Hq sebenarnya pagi itu. Perjalanan aku penuh hati-hati. Aku lalu ke tempat nahas di km 223. Jalan agak lurus tetapi menurun bukit. Penghadang jalan remuk. Khabarnya bas ekspres malang itu meredah guard rail hingga seberang jalan sebelah lagi dan berlanggar dengan kenderaan lain. Inilah yang dikatakan ajal, bila telah tiba dia datang dengan berbagai cara.
Balik dari Hq petang tadi aku sempat rakamkan tempat kemalangan. Semuanya telah dibersih dan dibaiki seperti keadaan aediakala, seolah-olah tiada apa-apa yang telah berlaku 24jam lalu!
Al Fatihah untuk Allahyarham Adik Sharene Sofia Fadzry Tan. Allah lebih menyayangimu. Takziah Sdr Fadry Tan, tetaplah bersabar menghadapi saat ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment