Lamanya tak melawat blog ini, terasa rindu pula nak menulis sesuatu. Bukan menghilang diri atau apa-apa tetapi mungkin kerana dek 'ketagihan' facebook maka blog ini terbiar. Maklumlah di facebook dapat jumpa kenalan lama dan interaksi jadi lebih mudah. Walaupun adakalanya sembangnya jadi sumbang kerana dah berlainan suasana tetapi sekurang-kurangnya dapat juga bertanya khabar dengan orang yang ada 'chemistry' dengan kita dan mungkin dapat menilai kita sekarang di 'kedudukan mana'.
Kehidupan ini sebenarnya, setiap hari yang dilalui akan menjadi cerita dan sejarah pada masa akan datang. Ada yang baik dan dapat dijadilkan teladan. Tidak kurang juga yang buruk yang malu hendak dikenang. Jadikanlah itu sebagai sempadan.
Dalam hubungan sesama insan, memanglah kita tidak dapat menyenangkan hati semua orang. Malahan dengan orang yang paling dekat dengan kitapun akan ada rasa tidak puashati. Jika dalam pekerjaan pula tentulah yang rajin dan bersemangat akan disukai namun tidak semestinya orang yang 'biasa-biasa' tidak menyumbang. Bagi yang rasa tersisih pasti akan terasa hati dan merasakan usahanya tidak dihargai. Pernah satu ketika aku menyatakan, 'adil manusia itu terbatas kerana sifat makhluk itu terbatas, hanya Tuhan sahaja yang kasihnya luas dan penuh keadilan', apabila ada yang terasa diketepikan! Begitulah kehidupan yang perlu kita lalui.
Namun, apapun yang telah dilalui tidak perlu disesali kerana jalan memperbaiki hubungan sesama manusia masih lagi luas terbentang selagi hayat masih ada...
Selagi manusia itu bergelar hamba....maka tidaklah sempurna sifatnya.....namun selagi dia bernama manusia pasti akan cuba berusaha untuk jadi sempurna.
ReplyDeleteApa yang penting niat dan usaha untuk menjadikan hati kita baik maka insyallah akan baiklah hati itu.
Thank you Pro...:)
ReplyDelete