Thursday, January 12, 2012

12.1.2012

Pagi ni kena serahkan kunci motor dan handset kepada anak. Wife jadi penjamin. Tak kuasa dia nak hantar anak pergi belajar kereta agaknya. Malas nak komen apa-apa pagi-pagi ni. Aku ikut saja kehendaknya. Lagipun anak dah besar memang kena diplomasi sikit. Semalampun dia tunjuk baik habis. Aku harapkan yang terbaik. Kena bersangka baik.

Tiba pejabat nampaknya aku dulu sikit dari boss. Terasa bangga juga bila Perdana aku ni berada di hadapan BMWnya. Sebab kena reverse parking, aku beri boss parking dulu supaya tak berlaga. Bila agaknya nak merasa pakai kereta baik-baik agaknya. Kalau ikut congakan memang mampu. Cuma takut nanti terpaksa ikat perut dek kerana nak melaram. Maaf, aku bukan jenis itu. Berangan kereta tak kisah, tak perlu keluar duitpun. Sebalik fikirpun kereta ni sebenarnya semuanya sama. Ada 4 tayar, ada enjin, ada stereng dan akan bawak kita dari satu tempat ke satu tempat. Yang lain-lain tu sebagai penyedap mata dan nak bagi selesa saja. Ini ayat azimat yang aku pegang untuk penyedap hati.

Pagi ni ada taklimat pagi di aras M. Boss dah tetapkan perkara yang perlu share luar daripada hal kerja. Alasannya supaya dapat buka fikiran sedikit dan jika bercakap tentang topik lain yang kita suka akan memberi semangat untuk berkerja seterusnya. I follow. Turn Azman share pagi ni. Dia ceritakan pengalan jadi saksi kawannya yang nak kahwin tiga. Wah, hebatnya. Kesnya dibawa ke mahkamah syariah sebab isteri kedua tak setuju tapi isteri pertama dah beri green light. Tamak pulak isteri kedua ni. Masa jadi isteri kedua dulu dia tak fikir ke pengorbanan isteri kawan tu dulu. Gasak kau lah...

Tiba giliran aku, terpinga-pinga juga nak bercerita hal luar kerja ni. Teringat pula aku tentang posting Yusop di FB semalam. Katanya, uniknya tahun ni kalau umur kita di campur dengan tahun kelahiran akan dapat angka 112. Tapi apa yang peliknya, rasanya kalau tahun depanpun jika umur dicampur dengan tahun kelahiran akan dapat 113 semuanya pulak. Tapi aku kongsi jugalah cerita tu. Tak cukup lagi aku tambah cerita tentang nombor plat kereta merc yang aku follow masa balik dari JB semalam. Plat keretanya BGY 118. Sekali pandang memang takde makna apa-apa tapi bila berulang aku sebut bunyinya rupanya bermaksud 'bagi, i want it' memaksa saja bunyinya. Wah, siapalah agaknya tuan empunya. Asal bukan kaki pow sudah ler. Lepas tu aku aku tanya semua, kalau 116 pula apa bunyinya. Semua diam. Malu nak sebut kot. Gitulah sedikit suasana awal pagi khamis ni sebelum mula kerja.

Hari ni dengar berita Hj Idris PSM dah ditarik oleh VP baru untuk jadi pembantu khasnya. Ibarat sirih pulang ke gagang tu. Dia memang sangat berkebolehan dan ada seni dalam bidang tu terutamanya jadi juruacara rasmi dan sediakan teks ucapan mengikut protokol. Eloklah berpindah tu sebab bila habis anak-anaknya dikahwinkan, isterinya tinggal sorang-sorang di Bangi. Siapa pulak lah agaknya yang gantikannya nanti. Boss tentu dah tahu. Aku malas nak ambil tahu sangat. Akupun dah lima tahun kerja jawatan sama. Kalau ibarat orang main silap mata dah tak ada apa lagi trick yang nak mempersonakan orang lagi. Inilah rasanya jawatan paling lama aku pegang dalam sejarah kerja. Biasanya tak lebih tiga tahun aku dah move. Pernah dulu tak sampai 2 minggu aku bertukar tugas. Memang agak pelik tapi benar. Buat kerja apapun aku tak kisah sebenarnya.

Leka juga aku bekerja sebelah pagi sampai lupa nak break untuk tea. Nak dekat pukul 1.00 baru aku cari makan di kantin. Entah apa baiknya si budak technician tu belanja aku pulak (lupa pulak namanya). Terima kasihlah. Doakan rezeki kamu murah dan selamaat dalam menjalankan kerja. Lepas makan pening pulak rasa kepala. Agaknya terlebih ajinomoto kueteow hailam tu. Lepas solat zohor terbaring aku di surau dibuatnya. Nasib baik tak terlajak.

Petang ni ada appointment dengan PAIR aku Panasonic Cheng. Senang berurusan dengan Kamal ni. Call saja bila-bila boleh jumpa. Bawalah sikit buah tangan diari dan kalendar. Memang secara rasminya setahun sekali aku kena jumpa pengguna-pengguna besar gini untuk tanya khabar dan kongsi maklumat yang perlu. Alhamdulillah tiada isu yang dibangkitkan tentang TNB dan mereka puashati. Dapat juga aku minum secawan kopi tongkat ali dan minum bersama-sama pekerja kilang semasa tea break mereka.

Dalam kerja ni tak semua yang kita rancang dapat dibuat ikut jadual. Pening kepala Camilla dibuatnya sebab banyak program yang dirancang clash dengan program lain dan terpaksa ditunda-tunda. Nampaknya setiap unit ada agenda tersendiri sedang pesertanya melibatkan staff yang sama. Inilah cabaran aku hari ni. Oklah Cam, dah nak dekat pukul 5.00 ni tak usahlah peningkan kepala. Kita cuba cari strategi lain pagi esok. Baliklah rehat. Esok masih ada harapnya...

No comments:

Post a Comment