Pagi jumaat agaknya memang ramai orang yang tak larat tekan pedal kereta. Banyak sangat kereta yang hogging. Bas ekspress pula ada yang tak beradab. Sudahlah keluar pagi, guna pulak lane kanan. Tak cukup lagi tu, lori-lori construction yang lebih muatan gerak macam kura-kura. Laa, jcb pun keluar jugak. Kalau aku tau pagi ni begitu banyak songehnya, jam 6.30 pagi aku dah keluar gi kerja. Maaflah pagi ni nampaknya driving ke ofis banyak guna emosi. Sampai ofis tempat parking pulak di ambil orang. Ni mesti dia ingat aku outstation ke JB lagi. Hangin aku lagi dibuatnya.
Semua staff aku ada nampaknya. Pagi-pagi lagi Camilla dah berikan pada aku sekotak tapai Sarimah. 'En Salleh bagi', katanya. Apa pulak mimpinya Salleh ni? 'Semalam saya lepas jumpa DO saya lawat Kompleks Al Khawarizmi untuk tinjau venue CLOP akan datang', beritahu Salleh bila dia datang mengadap aku selepas itu. Patutlah ada tapai, tentu dia singgah 'kilang' si Sarimah tu.
Pagi-pagi aku cuba call Jeffry engineer Panasonic Tangga Batu. Yang dapat cuma voicemail. Mana perginya dia ni dah tiga hari call asyik voicemail. Nak buat appointment tertangguh lagi nampaknya. Cuba pulak call Hj Kamal, Panasonic Batu Berendam. Walau dah setahun tak call nampaknya dia gembira bila terima call aku. Aku tanya bila aku boleh jumpa. Hari ini tak boleh katanya sebab ada audit. Mungkin esok ok, tapi dia akan confirmkan dulu. Ok set, no problem. Kilang Panasonic yang tiga buah ni semuanya rakan PAIR aku. Aku kenal mereka, jadi jika ada urusan mudah nak berbincang.
Nampaknya email kerja pagi ni banyak sangat isu yang berangkai-rangkai dan bersoal-jawab dikalangan komuniti PPP aku. Akupun mencelah juga mana yang patut. Saja menampakkan diri dan berkongsi apa yang patut. Sambil tu aku selesaikan beberapa kerja yang perlu disiapkan dengan tenang tanpa gangguan. Tiba-tiba Hj Kamal call aku. 'Ada blackout sekarang di kilang kami. Dah cuba hubungi Fauzi tapi telefon tak berangkat. Saya nak tau bila bekalan boleh pulih'. Inilah dilemanya ketika blackout, pengguna nak tau bila bekalan boleh pulih. Fauzi memang sukar nak jawab sebab ketika gawat begitu dia nak tumpukan kerja-kerja memulihkan semula bekalan. Akupun tak nak kacau dia.
Bergegas aku ke bilik operasi di tingkat 3 untuk dapatkan confirmation tentang outage yang diadukan itu. SMS outage tak terima lagi seperti kebiasaannya. Nabil yang kerja tinggal seorang tu nampak macam orang tengah huru-hara. Rupanya T3 dan T4 di Batu Berendam tripped dan banyak kilang terlibat. Malas aku nak tanya panjang lagi. Aku call Azli, PK. Dengan sekali dering dia dah angkat. 'Akut kat PMU ni', beritahunya. Dia sahkan kabel 500 mmp kena korek. 'Kita tengah normalise bekalan dan InsyaAllah 1 atau 2 jam boleh pulih'. Aku call semula Hj Kamal dan maklumkan situasi dan syukur dia amat memahami. Setengah jam kemudian Azli maklumkan bekalan dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku beritahu Panasonic semula guna sms dan segera dibalasnya - terima kasih tuan atas tindakan yang cemerlang. Bukan aku yang deserve pujian tu tapi orang yang bertungkus-lumus memulihkan bekalan sepatutya terima penghargaan itu. Nampaknya ketika service failure pagi ni, dapat juga peluang meningkatkan customer relation dengan adanya komunikasi yang baik. Breakdown yang berlaku kerana kecuaian pihak ketiga. Hampir-Hampir pengendali jcb maut dek menyentuh kabel 11kV.
Selepas perbincangan dengan boss hal kerja yang perlukan keputusan kerana tiada polisi, beliau book aku untuk tumpang solat Jumaaat. Aku ok saja. Boleh jugak dapat pahala lebih. Biasanya Omar Driver yang bawa dia tapi Omar dah diberinya tugas lain. Lepas late breakfast pukul 12.40 aku bawa boss ke Masjid Selat tempat biasa beliau bersolat. Nampaknya waktu solat jumaat makmur masjid ni. Melangkah masuk masjid aku sedekah sedikit wang ke tabung imarah masjid dan niat sedekah untuk arwah mak. Syukur sebab ingat arwah. Hari ahad lepas pun aku mimpikanya walaupun tidur siang.
Sesuatu yang menyentuh hati aku waktu solat jumaat ni adalah jemaah yang solat sebelah aku. Walaupun dia berbadan sasa dan tinggi orangnya macam bouncer tetapi dia solat begitu tertib tanpa mengganggu aku di sebelah. Ada juga rupanya orang besar macam ni yang lazimnya bersifat kasar tetapi bersopan dan taat perintah Allah. Kasar fizikal tetapi lembut hatinya. Itu tanda takut dia kepada Allah. Teringat pula aku malam sebelumnya terbaca posting golongan murtad dan menghina agama yang selamba membuat penghinaan di FB hingga terlupa ke mana nanti akhirnya kelak. Tak takut langsung golongan ini dengan kemurkaan Allah.
Lepas solat boss ajak ke restoran Tijah. Nak makan siput katanya. Perut aku dah kenyang sebetulnya. Tapi tak apa aku bawakan juga. Tuan kedai, Abg Kudus memang kenal aku. Baru Selasa lalu aku lunch sini. Yang aku syok makan sini, walau aku datang sorang tetap dilayan makan berhidang. Gamaknya macam makan di rumah. Nampaknya hasrat boss nak makan siput sedut tak kesampaian. Hari ni menu tu tiada. Terpaksalah order lauk lain. Cadangnya malas nak makan. Tapi bila tengok ada sayur pisang masak lemak dan asam pedas pari, selera terbuka pulak. Sambal belacan pun nampak mengancam. Dari cadangnya nak temankan boss makan sahaja sepinggan hentak juga aku makan sudahnya.
Petang sambung kerja lagi. Ada meeting tender. Penuh korum hari ni kecuali Faiz. Meeting berjalan lancar dan teratur. Memang ada banyak perkara yang dibincangkan dan alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Bila fikirkan balik banyak betul kerja-kerja yang diberikan kepada vendors ni. Patutlah mereka kaya raya. Tapi dah adat manusia. Dapatlah sebanyak mana takkan berasa cukup mengejar duit dan kekayaan duiawi
Terlupa pulak aku nak hantar baju yang dijahit oleh ZC digantikan butangnya yang ranggi sangat. Segan pulak nak pakai bila diacu kat rumah semalam. Lainlah kalau aku ni artis. Dah 6.45, aku jalan kaki ke ZC yang sebelah ofis tu. Hajat nak ganti butang saja, tapi dek terkena 'sihir' ZC aku tertempah 2 pasang baju dan seluar pulak. Siapkan ajelah RM 720 lepas raya cina ni nanti.
Nak dekat maghrib baru nak gerak balik rumah. Handset tertinggal kat bilik rupanya. Hujan makin lebat jugak. Si Safena ex-PA aku tak balik lagi sebab melayankan bossnya, Azli. Bila aku nak keluar baru mereka selesai. Sebab hujan agak lebat aku tumpangkan si Safena ke keretanya yang terletak depan flat tu. Kalau tak tentu basah kuyup dia.
Balik rumah nampaknya keadaan dah kembali aman. Dah kerja 5 hari suntuk minggu ni, lepas ni aku nak berehat serehat=rehatnya di hujung minggu...
Selamat beristirehat hujung minggu.....
ReplyDelete