Thursday, January 19, 2012

19.1.2012

Hari ini hari khamis. Cadangnya nak puasa sunat. Lama sangat tinggalkan amalan ni dek terlampau sangat mengejar kerja. Puasa sunat Isnin dan khamis ini jika tak silap aku kebaikannya adalah apa-apa kejahatan yang dibuat tidak akan dicatitkan apabila buku catitan amal apabila nak diupdatekan oleh malaikat pada hari hari tersebut kerana orang itu berpuasa (kalau aku silap tolong betulkan). Itu manafaat yang menjurus kepada galakan. Apa sekalipun yang penting setiap yang dilakukan adalah demi mendapat keredhaan Allah. Itu wajib difahami sebagai seorang muslim yang memahami apa tujuan sebenar kehidupan. Sayangnya sebelum tidur semalam perut berkeroncong dan malas nak menyelongkar dapur cari makanan. Tak larat rasanya nak puasa sebab bila bangun tidur perut rasa lapar sangat.

Selesai solat subuh, aku bertafakur sebentar menilai diri. Terlalu banyak kesalahan yang dilakukan, dan terlalu banyak juga azam yang dibuat bagi mengelakkannya. Tapi mengapa tetap juga diulangi? Sememangnya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan ujian. Contohnya, yang miskin sudah tentulah diuji dengan segala macam kesusahan. Yang kaya pun sebenarnya diuji dengan kemewahan sehingga rasa kedekut nak memberi, rasa tamak yang tidak puas dengan apa yang dimiliki dan ada yang sanggup menipu dan menindas. Orang yang boleh dianggap berjaya dan beriman adalah yang melepasi segala ujian kehidupan. Itulah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi untuk makhluk bernama insan.

Pagi ni wife goreng jemput-jemput kelapa. Rajin pulak dia semenjak dua menjak ni. Kalau aku jadi perempuanpun rasanya pening kepala juga tiap-tiap hari fikir apa nak disediakan untuk sarapan. Tapi janganlah dok susah sangat - tujuan hidup bukan untuk makan, makan hanya sekadar untuk meneruskan hidup. Hmm...habis juga aku makan sepiring jemput-jempu kelapa hari ni. Maklumlah bukan boleh harap sangat minum pagi yang disediakan di PD pukul 10.00 pagi nanti. Rasanya makan apa yang wife masak akan menambahkan sedikit rasa bahagia dihatinya di pagi ini.

Hari ini sebetulnya ada perhimpunan warga TNB di HQ dan disiar secara langsung melalui sidang video ke setiap negeri. Hukum hadir wajib tapi sebab hadiri bengkel adalah excuse kot? Ramai yang ternanti-nanti pengumuman yang boleh menceriakan rasa hati. Sebabnya hujung tahun lalu semua bermuram durja kerana ekonomi syarikat gawat dan bonuspun turut gawat. Umumnya juga ramai yang pertikaikan bagaimana boleh gawat sebuah syarikat besar ini. Pekerja kata,' kami dah capai KPI kami, so kami nak imbuhan kami'. Betul jugak! Tapi bila fikir balik, memanglah kita nasib baik sebab kerja dengan syarikat ini, macam boleh guarentee dapat imbuhan besar-besar. Agak-agaknya kalau kita ni ditakdirkan seorang penoreh getah, hempas pulas kerja macamanapun 400 batang getahlah yang boleh potong ikut kudratnya. Bonus kita kat mana, ek?  Memanglah macam-macam tafsiran boleh dibuat. Cuma bagi aku setiap peringkat ada peranan yang perlu dimainkan dan tidak semua perkara yang berlaku boleh kita fahami kerana mungkin ada kemaslahatan tertentu. Sifir dua dharab dua jawapannya empat tak semeetinya boleh pakai dalam perkiraan begini.

Kami yang sedang berbengkel di PD ni nampaknya tak berpeluan turut serta mengikuti perhimpunan. Adalah sedikit berita gembira yang didengar dari jauh tu. Tidak pasti samada ianya memuaskan hati staff. Aku pula cuba belajar untuk terus bersyukur. Dengar khabarnya juga tiada siapa yang memenangi anugerah prestij dwi-tahun AKP tahun ni. Maknanya Melaka still stay at the top sebab menang tahun 2010 dulu. Melaka juga dapat sedikit saguhati sebab masih kekal dalam top list AKP tahun ini. Tahniah.

Sebelum habis bengkel sempat juga aku ulangi cadangan semalam yang aku sms kepada Hjh Noraini bila aku diberikan peluang pegang mic. Memang aku tak boleh dapat mic, jadi panjang pula benda yang aku nak sampaikan. Hinnga perkara yang tak sepatutnya aku sebutpun terlepas juga. Bukan apa, sebenarnya aku ingin melihat supaya urusan memohon bekalan elektrik untuk pengguna tidak dianggap terlalu birokrasi. Monopoli kerja dan prosedur yang ada sekarang pada pandangan aku memang terlalu mengekang dan boleh disalahertikan. Malahan tak bagi added value pun kepada syarikat.

Dalam sibuk berbengkel ada juga rupanya rakan-rakan yang leka melawat blog aku. Nampaknya masing-masing maximise penggunaan ipad atau tablet mereka. Habislah bocor rahsia aku lepas ni. Aku nampak majoriti mereka ni ada benda-benda alah tu selain laptop atau PDA. Yang melayan FB pun ada juga. Aku duduk baris belakang, tentulah aku boleh nampak 'aktiviti tidak rasmi' yang mereka buat. Irene pun nampaknya dah jenguk-jenguk blog aku selepas dipromosikan oleh Hj Rahim..

Aku tahu memang blog aku ni ada yang lawati walaupun tak jadi follower rasmi. Tak pastilah samada baik atau buruk isi kandungannnya. Terpulang penilaian sendiri. Blog ni sekadar catatan peribadi yng santai dan aku anggap tidak bersifat ilmiah. So jangan ada yang challenge jika aku silap fakta. Aku dah azam untuk catit setiap hari apa yang aku rasa nak catit mulai 1.1.2012 lalu dan sehingga hari ini masih mampu meneruskannya. Selagi mata boleh nampak dan belum kaku lagi aku akan usaha untuk teruskan disiplin ini.

Sebelum maghrib tadi rakan lama datang rumah. Si Khafiz rakan belajar di UiTM dulu. Dah setahun dia kerja di ofis seberang jalan depan perumahan aku ni, baru sekarang cari aku. Nak cari rumah sewa katanya. Sekarang familinya di Skudai dan nak bawa pindah bulan 3 nanti. Dia dah macam aku masa belajar di Shah Alam dulu nampaknya, seminggu sekali baru jumpa famili. Itu satu lagi pengorbanan. Rasanya wife yang dia kahwini lagi teruk pengorbanannya. Dapat jumpa ibubapanya 2 tahun sekali sebab keluarganya dari Sabah. Jodoh. Siapalah yang dapat menentukan jodohnya sendiri.

Selepas solat maghrib aku ajak dia ke restoran tomyam depan jalan tu. Nak ajak makan kat rumahpun kami dah selesai makan siang tadi. Sempatlah kami borak-borak dan bercerita tentang kisah-kisah lama bersama rakan-rakan lama dulu. Aku katakan padanya, kalau jumpapun rakan-rakan lama mungkin cerita yang nak dibualkan dah tak sama lgi. Kenangan lama sajalah yang boleh diingatkan. Sebab itulah juga, selepas jumpa ramai kawan lama di FB aku dah unfriend mereka semula sebab rasa macam berkawan dengan alien pula....

No comments:

Post a Comment