Wednesday, January 18, 2012

18.1.2012

Frankly speaking, today is not a so interesting day. Macam tak bersyukur pulak bunyinya. Aku rephrase semula - hari ini rasa macam tak ada-apa yang menarik untuk dituliskan ke dalam blog ini. Pemerhatian aku terhadap benda-benda sekeliling hari ini juga tiada apa kelainannya. Mungkin mood hari ini lebih reserve.

Pagi ini tak perlu terkocoh-kocoh untuk ke tempat kerja sebab hari ini dan esok tak perlu punch-card macam masuk ofis. Aku ada bengkel untuk memperbaiki proses kerja di Port Dickson. Kalau kenderaan tidak banyak pergi PD ni hanya ambil masa dalam sejam. Jarak yang tepat dari rumah ke tempat bengkel di ofis TNB cuma 68 km. Sebab agak banyak kenderaan semasa keluar rumah hingga ke Kuala Sg. Baru aku tiba di PD lebih sedikit 8.30 pagi. Tempat parking di pejabat ni penuh. Sini memang antara venue pilihan untuk mengadakan kursus sebab PD adalah pantai peranginan. Tapi bagi orang macam aku ni PD dah tak ada apa istimewanya. Sebab itulah aku tak bercadang untuk bermalam di sini.

Tiba tingkat 5 tempat berbengkel aku dengar Hjh Noraini, AGM PPP dari HQ sedang berucap. Lewat sikit rupanya aku. Ramai jugak yang dijemput sama. Aku masuk sambil mengangkat tangan dengan rakan-rakan yang aku kenal. Nampaknya Tahir, Hj Rahim, Nash, Hakimi dan Ghaffar ada sini.  Yang lain-lain ada yang aku kenal rupa tapi tak ingat nama. Tak perasan pulak Tute, staff lama akupun ada sama.

Habis Hjh Noraini berucap, giliran Tahir pulak sampaikan taklimat. Isu pokok hari ini bagaimana nak memantau dengan lebih berkesan permohonan bekalan oleh pengguna. Macam-macam masalah yang Tahir highlight dalam presentationnya yang lima enam slide tu. Masalah yang disebutkan tu memang dah lama berakar umbi. Aku sms cadangan kepada Hjh supaya outsource saja semua kerja-kerja tersebut kepada vendor. Rupanya itu bukan idea baru. Pernah dicadangkan dan kertaskerja dah dibuat tapi tiada lagi keputusan dibuat.

Aku bayangkan alangkah mudahnya pengguna memohon bekalan elektrik semudah apply broadband dan talian telefon mudahalih. Perkhidmatan terbuka 7 hari seminggu dengan mendaftar melalui retailer service provider berkenaan. Tak perlupun pergi kaunter Celcom, Maxis atau Digi. Apa benda yang kena bayarpun terus ke retailer berkenaan dan tandatangan kontrakpun di situ. Sedar-sedar lepas sebulan terima bil dari Celcom atau yang lain-lain tu saja. Mungkin sebab tiada competition, maka perubahan begitu tak boleh dibuat. Alasan yang mengatakan service pembekal talian mudahalih tidak sama dan tidak sesuai dengan TNB aku rasa masih terbuka untuk diperdebatkan. Alah boss, kita concentrate sajalah dengan kerja yang lebih menguntungkan yang selama ini macam tak endahkan sangat sebab terlalu melayan nyamuk-nyamuk ni.

Sebab syarikat masih nak uruskan semua perkara yang remeh ini maka dua hari ni kami akan kaji dan beri cadangan untuk memperbaiki proses sediada. Malas aku nak share apa yang dibincangkan hari ini. Sedar-sedar dah pukul 6.00 petang. Lepas solat Asar aku terus pulang. Nampak juga gerai Sate Kajang dan char kuey tiau, Alah besok sajalah aku layankan. Dah janji nak beli barang dapur dengan wife malam nanti. Sempat juga aku call Camilla tanya hal GMT yang tengah dijalankan di pasar malam Taman Maju, Jasin. Dia maklumkan semuanya teratur. PK Hj Hamdan, Raudheen, Talib, Nasir dan lain-lain ada katanya. Tak larat aku nak menyampaikan diri kali ini ke GMT. Badan rasa macam dah lembik loyak.

Tiba rumah aku terus cari nasi. Ayam masak merah wife sediakan. Tadi di PD lunch ayam masak kari. Ayam sajalah lauknya hari ni. Si anak beli sebungkus tomyam. Memang pelik dia ni. Dia bukan kira nak makan apa yang mama dia masak, tapi dia akan cari apa yang dia nak makan. Macamana ekonomi nak kukuh kalau asyik macam ni.

Untuk hilangkan rasa letih aku cuba chinese tea yang Lai belikan semalam. Aroma jasmine tea ni memang naikkan semangat aku semula dan terus bersiap untuk ke Tesco. Hero aku tu pun tak menolak bila diajak sama. Mana taknya, tadi siang-siang dia dah bagi tau esok nak bayar lagi RM 400 duit belajar kereta. Bila aku angguk saja diapun jadi ler orang baik.

Tiba Tesco aku ternampak Galaxy Tab 7.0 Plus. Siang tadi sempat aku belek-belek iPad2 Hj Rahim. Langsung cuba tengok blog aku. Ok. Sayangnya tak boleh nak sign in untuk buat posting. Apalah iPad ni. Lagi baik HTC aku tapi penyakitnya bateri tak tahan lama. Teringin pulak rasa nak pakai tablet. Digi ada promotion sekarang ni. Jika ikat kontrak 2 tahun dan hanya guna internet cuma dicaj RM 48 sebulan. Harga Tab jadi RM 1049 saja, tapi kena bayar advance RM 500. Congak-congak memanglah macam nak dekat sama dengan harga asalnya RM 1699, tapi yang untungnya RM 500 dikira untuk bayar bil yang digunakan nanti. So aku decide tukar nombor 013 yang aku jarang guna kepada Digi dan esok boleh active kan Digi dan Galaxy Tab tu.

Melayankan nak beli Galaxy Tab hampir terlupa niat asal nak beli barang-barang dapur. Walau dah pukul 9.30 malam pelanggan masih ramai di Tesco ni. Maklumlah perayaan Tahun Baru Cina dah semakin hampir. Sebab semua yang nak dibeli dah tulis sepantas kilat kami membeli. Tersangkut juga beli benda tiada dalam senarai. Itu kerja wife aku ler.Tak lupa aku beli aiskrim potong King's yang jadi favorite aku. Malam ni aku save RM 27.00 untuk pembelian hampir RM 250 bila aku gunakan semua discount  voucher yang Tesco bagi sebagai ahli kad. Tak taulah samada aku untung atau rugi sebab taktik perniagaan ni ada macam-macam cara yang mengelirukan. Lepas 23 hb ni nak kena beli lagi RM 200 untuk dapat diskaun RM 15.00, mau tak mau?

Sambil makan aiskrim potong, sempat juga aku menulis blog ni walau mata dah nagantuk betul....zzz.

No comments:

Post a Comment