Hari ke 2 tahun baru. Mungkin lena yang awal membangkitkan aku di awal pagi juga. Hmmm... jujurnya lama tak berjemaah di surau. Peluang untuk persiapkan diri awal, tambahan masuk subuh jam 5.53 pagi. Jemaah seperti biasa cuma sebaris. Tapi itu mungkin sudah cukup menanggung tuntutan berjemaah untuk taman ini. Jikalah jemaah solat subuh seperti solat jumaat ramainya, pastilah Palestin telah tenteram damai!
Cuaca pagi begitu cerah. Baik untuk beriadah untuk keluarkan sedikit peluh. Lagipun cuti tahun baru yang jatuh semalam berganti hari ini. Cuma Adi dan mama yang nak mengikut. Si adik sambung memeluk bantal selepas solat subuh ekspressnya. Janjinya nak cuci kereta 'tokeh' sekejap lagi.
Tak sampai sepuluh orang ada di taman sebelah ni beriadah. Semuanya warga emas. Hanya kami saja nampaknya orang melayu yang 'menjaga kesihatan' pagi ni. Selebihnya kaum tionghua. Semuanya muka yang biasa aku lihat. Agak pelik sedikit Apek yang mengidap 'stroke' bertongkat jalan seorangan mengelilingi 'basketball court'. Mana perginya pengasuh indonnya yang semakin 'melecun' tu?
Nak cerita sikit. Minah indon itu dulunya memang muda tapi mungkin asalnya dari pendalaman nampak selekehlah dia. Akupun jadi tak perasan. Dialah yang hari-hari menemankan si Apek berjalan selangkah-selangkah. Lama-lama aku tengok minah indon tu makin melawa dan putih melepak. Si Apekpun jalan tak perlu dibantu lagi. Indon tu cuma temankan dia sambil 'bermain' handset saja. Mereka nampak intim. Mereka dah kahwin fikirku. Wah! bertuahlah si Apek tu... Nasib kau lah Apek kalau sekarang minah indon tu dah lari. Kesian tengok Apek terkengkeng-kengkeng beriadah sendirian pagi ni.
Kami macam biasalah 'brisk walking' pusing padang 4-5 kali. Nak jogging rasa macam tak larat lagi. Yang penting dapt exercise dalam 30 minit. Jadilah tu.
Pandang kiri kanan, macam-macam ragam pulak orang kat sini pagi ni. Ada yang selang 50 meter berhenti dan berborak, berhenti dan berborak. Exercise mulut pulak mereka pagi-pagi ni. Ada yang bawa anjing jalan (atau dia ikut anjing jalan sebab anjing-anjing pulak yang menarik dia). Yang seorang nyonya ni lain pulak fesyennya. Lepas jalan setengan padang dia berhenti dan joget dengan goyangkan punggungnya sebelah. Nak kata gelek arab bukan, tai chi jauh sekali. Rasa nak aku videokan aje aksi dia. Nasib baik wife menegah. Aku ingat dia ni dulu kaki joget masa mudanya. Takpelah nyonya, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif menjaga kesihatan pagi-pagi ni kalau nak dibandingkan dengan makcik-pakcik yang mungkin masih berselimut walau matahari dah panas terik ni.
Nampaknya sesi riadah kami hari ini jadi bahan cerita pulak. Cukuplah catitan untuk hari ni. Disebabkan hari ni hari cuti dan esok nak kerja, sepanjang hari ni aktiviti dalam rumahlah sahaja. Nak keluarpun rasanya bonus setengah bulan yang company bagi tu pun dah habis. Semua orang aku dah berikan bahagian masing-masing termasuklah top-up zakat di penghujung hari tahun lalu demi mengharapkan keberkatan rezeki yang diperolehi.
No comments:
Post a Comment