Soalan teka-teki Hj. Ali PQM petang tadi berbunyi, 'what you do first thing in the morning'. Berpinar juga masing-masing nak jawab. Rasanya aku seorang saja yang jawab betul - wake up. Untuk jawapan itu pasukan kami telah jadi champion jawab teka-teki dan dihadiahkan tiga tin mister potato. Sebab tak tamak kami share 2 tin kepada 2 lagi team lain yang tak berjaya. Sharing is caring. Itu antara selingan yang diselitkan semasa sesi woksyop PQM di ILSAS sepanjang hari ini.
Memangpun logiknya kalau tak bangun dulu macamana nak buat aktiviti lain seperti berdoa, berangan, bersenam, gosok gigi, mandi dan sebagainya. Pagi ni rasanya aku bangun dengan rasa badan yang lebih bertenaga dan cerita. Luka cabut gigi semalam nampaknya dah kurang darahnya. Aku rasa lebih bersemangat untuk pergi kerja. Sebelum keluar kerja aku jamah keropok lekor yang digoreng oleh wife. Kenapa masin pulak ni? Masa test kat kedai hari tu sedap saja. Nasib baik ada cereal dan wife juga goreng sedikit jemput-jemput bawang. Dapat juga mengalas perut. Aku nak ke ILSAS pagi ni sebab ada Culture Change Workshop. Sebab woksyop akan mula pukul 9.00 pagi aku tak perlulah bergegas sangat. Tambahan pula aku akan lalui highway sepanjang perjalanan lebih sedikit 100km tu.
Walaupun kenderaan agak banyak tetapi perjalanan aku ke ILSAS sangat lancar. Cuaca juga sangat baik. Untungnya bila hala ke sana mata tidak perlu menahan silau matahari. Agak laju juga aku drive pagi ni. Hampir tiada kenderaan yang memotong aku. Rasanya Perdana aku ni begitu smooth bila aku pandu, walaupun aku tahu ada sedikit leaking pada minyak gearnya. Nak hantar repair aku bertanggunh sebab sibuk sangat. Itupun aku dah redah hingga Trengganu tanpa ada masalah pun. Itu yang buat aku sayang pada kereta buruk aku ni.
Tiba di ILSAS, woksyop baru nak mula. Ramai juga yang aku kenal ada di sini walaupun yang hadir kurang separuh daripada yang dijemput. Mungkin ramai yang masih bercuti agaknya. Muka yang biasa aku kenal ialah Hj. Ali boss lama aku, Azmi Transmission Melaka, Baha PK KL Selatan, Vijay SMOD, Agnes gang BPI dulu, Amran PET, Datin Laila PP&P, Anita Prem Corporate Comm, Zulbahari ex-PQM, Sharif PQM, Ella PQM dan boss PQM, Nick. Muka baru yang aku kenal ialah Hj Amran menantu Hj. Syukri Tengkera.
Bila berborak dengan Hj Amran ni baru aku tahu dia ni dulu rajin ke Masjid Tengkera dan kahwin dengan isterinya orang Tengkera ketika isterinya masih muda lagi. Pada umurnya yang baru masuk 50 tahun dia dah ada 4 orang cucu kerana dua daripada 10 anaknya telahpun mempunyai anak. Walaupun anaknya 10 tapi bila isterinya umur 30 tahun dia dah berhenti bersalin dan tumpu kepada jaga anak-anak. Bertuahlah orang tabligh macam Hj. Amran ni sebab dapat menimang cucu ketika badan masih sihat lagi begini. Cucu yang tua dahpun berumur 5 tahun.
Nampaknya cerita Hj Amran yang lebih menarik minat aku hari ini. Lagikan aku kenal iparnya Ismail dan Nazri yang sama kerja di ofis aku. Cumanya Ismail dah berhenti kerja lama dulu sebab minat bisnes. Pernah dulu si Ismail tu bila hari Jumaat pergi ke Padang Besar dan pagi Isnin dan bawa sekarung pakaian untuk di jual di ofis. Dalam woksyop ni Hj Amran jadi fasilitator kumpulan aku dan memang dia ni sangat aktif dan positive minded. Memangpun kena begitu sebab dia juga adalah salah seorang senior consultant di PQM ni. Uniknya walaupun dia berperwatakan warak tapi dia tak tunjuk langsung yang dia banyak ilmu agama.
Tak payahlah nak sebut detail apa ada dalam program sehari ni. Apapun matlamatnya nak wujudkan satu budaya baru yang bersesuaian untuk menjamin TNB mencapai matlamat Gemilang 2015. Walaupun dianggap sebuah syarikat yang memonopoli pembekalan elekrik negara ini, tapi itu tidak menyebabkan ianya berasa selesa dan berpeluk tubuh. Setakat ini aku rasa TNB dah mainkan peranan yang baik khususnya dalam memastikan bekalan elektrik yang berkualiti dan berterusan. Cuma sedikit-sedikit sahaja bahagian yang perlu diberikan perhatian. Kalau ikutkan bukan salah TNB sepenuhnya, sebagai contoh pengguna bising bila dipotong bekalan. Kalau bayar awal taklah jadi kesusahan. Adakala pengguna bising kerana menunggu lama untuk bayar bil. Kenapa tak bayar bil secara online sahaja macam aku ni? Memanglah masing-masing mempunyai alasan untuk menjawab, tapi bagi aku semua itu adalah pilihan mereka sendiri.
Seringkali manusia ini mahukan perubahan berlaku dipersekitarannya mengikut kehendaknya. Salah jika berpandangan begitu. Sepatutnya ubah diri sendiri untuk sesuaikan dengan keadaan. Bak kata pepatah - 'you can't change the direction of the wind, but you can adjust your sail. Baru perahu boleh belayar. Kalau semua orang berfikiran positif seperti ini, tentulah kehidupan akan lebih aman dan tenteram.
Berada di ILSAS ni seharian makan dan minum ditanggung. Elok jugalah mulut ni dah boleh mengunyah walaupun masih terasa sakit. Bila masih sakit begini, makanpun lebih bersopan. Itupun satu kebaikan juga.
Diam tak diam pukul 6.00 petang baru habis woksyop ni. Hampir semua peserta ni nampaknya menunjukkan minat yang tinngi dan menyumbangkan pelbagai buah fikiran. Bila berada dalam kelompok begini baru kita dapat lihat bahawa semua orang sayangkan syarikat ini. Semua orang memastikan keberterusannya syarikat ini.
Pulang ke rumah si anak dah sambut di muka pintu dengan bertowel saja. Memang si Adzrif ni suka berperangai begini.Tak jadi nak marah bila dia bertanya, ' papa nak makan burger kukus?. Hai resepi apalah pulak ni? Rupanya dia mencuba resepi baru burger di kukus dulu kemudian digoreng dan disalut telur. Memang empuk dan sedap. Nampaknya itulah dinner untuk aku malam ni. Thank you Master Chef, good try. Hilang penat seharian bila anak menjaga hati begini.
No comments:
Post a Comment