Back to office again. Seems everybody is still in CNY mood. I occupied the whole morning to do my daily tasks: minuting, emailings and short discussions. I managed to run through my witness statements for the afternoon court case and also the one for the coming Monday case. Frankly, attending to those court cases are none of my KPI. I do not intend to include one either, as it defeats the meaning of KEY itself as i already have 20. The KEY things should be limited to two or three or the most is five! Ha ha.
Hah, speaking London pulak as the starting for today. Sempat juga aku minta Nizam do the ofice email settings for my new Tablet. Wow, everyone seems to be excited when then they saw my Tablet in pale purple colour. That was the only cover available when i wanted to have it last Saturday anyway. No sissy sissy, ok. Now i can access to my emails more easily. Thanks God, the Digi signal was excellent here in the office. Macam biasa, aku hanya berhenti untuk tea break or rather 'brunch' after completing most of my important to-do-list. Aku pelawa Sanusi untuk bincang sedikit strategi untuk hadap kes di Mahkamah petang nanti. It ended up dia yang belanja aku makan nasi ayam di kantin pula. Rupanya membelanja aku makan satu kepuasan bagi dia.
Hari Jumaat memang masanya agak singkat. Sedar-sedar dahpun berada di Masid Hamideen Bukit China untuk bersolat. Sempat juga bersolat jenazah selepas solat Jumaat. Solat dengan empat takbir itu rasanya terlalu singkat. Apa tidaknya selepas takbir pertama cuma baca Al Fatihah, yang kedua baca selawat, yang ketiga membacakan doa untuk si mati dan selepas takbir keempat selesaikan dengan salam. Mungkin kerana makmun nak bergegas kerja, Imam Hj. Ishak nampaknya berzikir dan berdoa yang pendek sahaja. Begitulah jika direnung-renungkan. Semasa hidup ini buatlah amal kebaikan sendiri dengan sebanyak-banyak dan seikhlasnya. Pemergian kita nantipun hanya ditangisi oleh orang terdekat dan yang kenal sahaja. Itupun akan dilupai tidak lama kemudian. Bagi orang lain, sekadar menguruskan kita hingga ke kubur yang merupakan tuntutan kifayah dan macam dah jadi satu perkara biasa. Di alam kubur tinggallah seorang diri berhadapan dengan Pencipta berbekalkan amal kebaikan dan kejahatan.
Aku tiba awal juga di Mahkamah Majistret. Rasanya yang datang awal juga adalah defendan bagi kes yang dibicarakan nanti. Aku tak kenalpun sebenarnya siapa defendan. Sah betul dia, bila aku di panggil oleh polis mahkamah untuk memberi keterangan. Dah berpuluh perbicaraan aku hadiri baru sekali ini aku berhadapan dengan defendan yang membela diri sendiri tanpa menggunakan khidmat peguam. Koman betullah dia ni. Memanglah dibenarkan, tetapi ruginya jika dia tidak faham prosidur mahkamah. Beberapa kali dia ditegur oleh puan majistret kerana apabila jawapan aku berikan apabila dia menyoal dia memepertikaikan jawapan aku dan cuba mengajar aku melakukan mengikut kefahamannya. Memang di mahkamah bukan untuk beremosi atau memberi komen. Alhamdulillah setelah beberapa soalannya dapat aku jawab dengan tenang dan serangannya aku tangkis dia kehabisan modal untuk menyoal. Aku tinggalkan Sanusi dan Nazwawi menunggu gilirannya pula. Rasanya untuk kes ini tiada masalah untuk menang.
Menghala semula ke ofis rupanya jalam jam teruk. Tiba di persimpangan jalan Munsyi Abdullah aku terpaksa membelok ke kanan. Tak jadi nak ke ofis. Jam pun dah menunjukkan angka 4.00 petang. Selepas waktu ofis ada farewell untuk Hj Idris, PSM di Hotel Orchid. Rasanya eloklah aku letakkan kereta dekat-dekat situ. Aku cari parking kosongdan dapat sati depan Klinik Lingam. Aku berjalan dalam 200m ke Bunga Raya untuk solat Asar. Walaupun belum masuk waktu jarak yang agak jauh tu boleh aku melihat-lihat sekitar kawasan ini yang pada masa dulunya adalah pusat bandar macam Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Agak unik di sini tersergam sebuah surau yang cantik di celah-celah tempat perniagaan yang semuanya dimonopoli oleh bukan Islam. Walaupun jemaah tidak ramai tetapi aku memang rasa khusyuk bila bersolat di sini. Kali terakhir aku singgah bersolat di sini adalah sebelum aku pergi menunaikan haji pada tahun 2009 dahulu. Cepatnya masa berlalu.
Pada fikiran aku. Hotel Orchid letaknya di Bunga Raya ini. Lepas solat terus aku ke hotel di sebelah surau tersebut. Hairan juga bila aku tunggu Hanim yang tadi menelefon memberitahu dia hampir tiba tapi tak sampai-sampai lagi. Astaghfirullah, rupanya aku tunggu di Hotel Mimosa!. Hotel Orchid di sebelah Hotel Bayview. Terpaksalah aku berjalan kaki sejauh 300m lagi untuk ke tempat itu. Ingatkan tadi aku nak menunggu mereka tapi sebaliknya yang terjadi.
Hj. Idris ini memang kesayangan anak-anak buahnya. Perwatakannnya yang sentiasa lembut dan tak tahu nak marah menyebabkan dia disukai semua staff nya. Hampir semua staff nya hadir kecuali Lily yang masih beraya. Tak hairanlah bila assiatant aku dulu yang kini assistantnya memuji-muji Bossnya yang baru bersamanya setahun lebih sahaja. Agaknya dia lupa walaupun aku memang serious dengan anak-anak buah tetapi bab menyokong mereka apabila ada peluang naik pangkat aku berikan yang padu. Alhamdulillah setakat ni semua yang disokong telah mendapat kenaikan masing-masing. Dalam kerja semestinya ada masa kena serious dan perlu tegas apabila keadaan memerlukan demikian. Kena berlaku adil kepada semua; diri sendiri, staff dan syarikat. Timbangan yang tidak adil nanti akan ditanya juga di kemudian hari. Apapun selamat berangkat ke HQ Hj Idris dan selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas 18 bulan ada di Melaka.
Pulang ke rumah dah janji untuk bawa wife dan anak-anak makan western di Bertam Malim. Maklumlah esok si Ijat nak balik ke Ipoh, jadi belanjalah dia makan di luar. Sebab aku dah makan sedikit untuk majlis Hj. Idris tadi, aku cuma tengok saja masing-masing makan chicken chop. Si Adik yang tadi kata tak nak ikut sebab dah kenyangpun licin pinggannya. Sayangnya si Edi dah balik ke Shah Alam. Untuk dia aku post saja gambar-gambar dinner malam ni ke FB. 'Alah nak, tak ada apa yang nak dihairankan dengan chicken chop ni. Bila-bila nantipun kita boleh makan sama nanti'.
No comments:
Post a Comment