Friday, February 17, 2012

13.2.2012

Bagi menunaikan permintaan bos yang hantar sms semalam, pagi ini aku bergerak ke Seri Negeri untuk hadiri perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri. Jika tak pergi, aku khuatir tiada wakil pula nanti. Nampaknya KJ dahpun tiba dulu. Lega hati bila 'mat saleh' ni ada. Bukannya apa, cuma kalau-kalau ada apa-apa yang CM tanya bolehlah dia jawab nanti. Memang perangai CM ni, selalunya memang ada saja benda nak tanya atau nakkan maklumat dari TNB. Dekat betul hatinya dengan LLN/TNB walaupun dah cukup lama dia tinggal LLN. Sebab utamanya juga adalah kerana beliau rasa TNB ni memang boleh diharap. Apa-apa kehendaknya akan 'dibereskan' tanpa banyak soal.

Pagi ini hos majlis adalah JPJ. Sementara tunggu majlis mula sempat juga aku minta Naji wartawan Utusan yang aku kenal tolong ambilkan gambar aku. Naji yang sentiasa tersengih ni memang tak membantah. Maklumlah dia juga jurugambar. Terasa pulak nak bergambar kenangan dengan KJ pagi ni. Kebanyakan yang hadir perhimpunan ini berbaju hijau. Baju ni memang pakai rasmi kerajaan negeri sejak di isytiharkan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. Terasa janggal juga bila kebanyakan orang berpakaian hijau, tapi kami pakai baju putih sahaja. Kena jugak cari baju hijau lepas ni supaya tak nampak asing sangat. Memang banyak juga program kerajaan sekarang yang 'mewajibkan' berpakaian baju hijau ni sebenarnya.

Satu pengajaran yang aku lihat semasa perhimpunan begini, ketua jabatan kena sentiasa alert dan ambil tahu tentang perkara yang bersangkutan dengan jabatannya. Agak malu rasanya bila CM persoalkan statistik bilangan kenderaan yang berdaftar di Melaka. Tak logik kata beliau jika angka 23 juta buah yang dimaklumkan. Rupanya sebanyak 27 ribu didaftakan pada tahun lalu. Sambil tu CM tanya pula berapa jumlah kutipan untuk ketiga-tiga tol masuk di Melaka. Manalah pengarah tu nak tau sebab itu di bawah Plus atau LLM. Tapi beliau membalas dengan senang, 'takkan jabatan yang bertanggungjawab berkaitan jalan tak ambil tahu langsung tentang itu?' Harus pengarah tu rasa terpanah pengarah tu di atas pentas sana!

Dalam ucapannya CM sempat ceritakan pengalamannya semasa melawat Adelaide minggu lalu. Di sana dia nampak ada lorong berbasikal di jalan-jalan yang dilaluinya. Segera beliau arahkan JKR untuk lebarkan dulu mana-mana jalan yang sesuai sebanyak 3 kaki lagi. 'Kita korek dan taruh crusher run dulu. Bila ada duit nanti, kita tarkan pula', begitulah arahan yang diberinya. Begitulah cara CM Melaka ni berkerja untuk majukan negeri ini. Sambil itu beliau cerita juga bagaimana teknologi solar di sana yang sangat luas penggunaannya. Beliau kesal kerana tiada satu kontraktor pasang panel solar pun yang beliau tahu ada di Melaka. Itu sebab katanya tiada promosi untuk pasang panel solar dibuat. Dalam bab ini beliau tanya TNB ada atau tidak, dan siapa punya tanggungjawab. KJ angkat tangan, dan dari jauh beri jawapan selamat, 'ST atau SEDA, Datuk'. Dengar pulak tu CM ni. Dah tu beliau tanya, 'ST hadir tak?'. Mana nak hadir kalau tak pernah dijemput. Terus diminta urusetia jemput lain kali.

Semasa bersalaman dengan ketua-ketua jabatan bila majlis tamat, lama pula beliau bersembang dengan kami tentang pemasangan panel solar ni. Macam-macam ditanyakannya. Nasib baiklah kami ada dan berikan jawapan yang dikehendaki. Sebenanrnya banyak yang ditanya tu beliau dah tahu. Semua tu cuma nak menunjukkan beliau memang serius nak pastikan teknologi solar ini dipasang di rumah-rumah di Melaka ini. Tambahan pula insentif yang kerajaan berikan melalui FiT sepatutnya menjadi galakan. Pemberita dan jurugambar sibuk menghurungi kami. Bila CM beredar, Naji datang tunjukkan gambar-gambat kami yang diambilya. 'Saya akan masukkan gambar ni dalam paper esok', janji Naji. Cantiklah tu, hos JPJ, gambar dengan TNB pula yang jadi hiasan nanti. Itulah untungnya baik dengan orang media ni.

Habis majlis aku dan KJ pekena roti canai di Subaidah, MITC. Kosong lagi rupanya tempat ni walau dah hampir jam 10.00 pagi. Mungkin ramai lagi belum keluar dari perhimpunan tadi. Aku layankan KJ sekejap semntara dia habis menghisap sebatang dua rokok. Orang dah kena candu rokok ni memang payah berhenti. Nak nasihatpun bukannya dia nak pakai sebab dia lagi pandai.

Kerja aku seterusnya hari ni ke Masjid Tanah. Ada meeting CLOP di sana bersama Corporate Comm. Aku dah sms Camilla tadi, minta teruskan dulu mesyuarat sebab aku tiba lewat sikit. Bila masuk mesyuarat aku nampak Hj Zaki ada sama. Baru nak berbincang tentang persiapan yang nak diaturkan bos dah hantar sms tanya itu ini tentang kes curi api tauke ayam tu pulak. Nampaknya mereka dah bawa kepada menteri untuk bantuan. Aku tahu tauke tu memang orang berpengaruh, jadi dia cuba dapatkan sokongan menteri. Puaslah aku cari balik maklumat dan maklumkan semuanya dengan bos. Laptop aku tak bawa, tapi nasib baik Ana dapat scan report yang aku sediakan dulu dan minta dia emailkan ke Samsung Galaxy Tab aku. Ada alat canggih begini memang banyak membantu. Terhenti aku join meeting dengan Hj Zaki nampaknya.

Dah time lunch aku join mereka makan sekali. Hari ini Aman jamu lauk itik di kedai makan depan kolej komuniti Masjid Tanah tu. Dah sejuk sikit lauk ni. Rupanya geng semeja aku ni tak makan itik. Bila tak ada regu, nak mamah seketul paha itik nipun aku rasa tak larat sebab takde challenge. Mereka lebh suka makan masak lemak ayam kampung yang sama dihidangkan tu rupanya. Terkial-kiallah aku menghabiskan seketul besar rendang itik tu sorang-sorang. Habis makan kami terus menuju ke Kompleks Al Khawarizmi untuk buat tinjauan tapak. Cadangnya nak solat zohor di sana sekali. Hampir nak tiba, bos dah call aku. Nampaknya tak habis lagi kes tauke ayam ni lagi. Dia minta aku hadir sama dengannya untuk iring COO jumpa Menteri. 'Bawa maklumat sekali', arah bos. Alahai! Jam dah pukul 2.00 lebih, dia minta jumpa di Putrajaya jam 3.45 petang. Kena cari maklumat lagi.

'Ok Man, pusing balik ke ofis. Awak ikut saya ke Putrajaya. Datuk suruh ke sana. Kita ambil fail yang kat ofis awak tu dulu'. Nasib baik kes ini kes Masjid Tanah. Terpinga-pinga tapi Aman akur saja perintah aku. Aku minta maaf dengan Hj Zaki terpaksa tinggalkannya dengan yang lain-lain untuk proceed. Sepantas kilat juga kami mendapatkan fail dan apa-apa maklumat yang perlu. Sebab masih di luara kariah, aku beritahu Aman untuk kami jamak takhir saja solat Zohor ni nanti. Naik MyVi si Aman ni rasa macam tak seronok betul. Samada dia drive bersopan atau MyVi ni memang tak boleh speed tak tahulah nak kata. Bila bos tahu aku datang dengan Aman, lagi macam-macam sms dia hantar tanyakan itu dan ini. Sambil tu sempat juga aku terlelap. Bukannya apa, MyVi ni terasa slow betul. Kalau Perdana aku memang aku dah pecut 180km/j!

Nasib baik akau dah biasa dengan pejabat KeTTHA ni. Tepat saja aku arah Aman tuju. Aku suruh Aman cari parking dan aku terus ke tingkat 6, maklumlah bos dan Datuk COO dah menunggu di pejabat Menteri. COO nampak serius sahaja tapi aku buat tak tahu. Beliau cerita lain dengan setiausaha Menteri tu. Aku dan bos cuma dengar sahaja. Sebentar kemudian kami disuruh masuk jumpa menteri. Nanmpaknya tauke ayam dan anaknya dah berada bersama menteri. Iyalah, mereka orang politik, senanglah dapat akses. Bertegang leherlah mereka tak mengaku lakukan kesalahan. Ini bukan tempat nak menentukan salah atau tidak. Yang penting kami ada bukti dan cuma minat nak dapat balik kerugian. Walaupun dimaklumkan ada ruang untuk kaji tuntutan kepada lebih rendah, nampaknya mereka terus berdegil. Nak buat camne, takkan nak bergaduh pula depan menteri. Akhirnya menteri minta mereka hantar surat rayuan rasmi kepada TNB nyatakan apa dia mahu. Menteri bukan tak tahu kes ini genuine tapi terpaksa beliau layankan. Tauke ayam ni memang salahgunakan menteri untuk kepentingan peribadinya. Kalau betul tak bersalah jumpa sajalah nanti di mahkamah.

Habis meeting bos pelawa minum di Lake Club. Sebab beliau bersungguh-sungguh pelawa, kami ekori saja keretanya. Sebab dulu dia GM kat sini, tempat ni memang tempat mainannya. Apapun aku nampak bos ni cool dan tak cepat melatah. Itu yang aku agak selesa dengannya. Petang ni aku follow saja apa yang dia order, kuetiau dan iced lemon tea. Boleh tahan juga rasanya, tapi harga memang harga makan di kelablah. Tempat nipun memangnya dikunjungi oleh orang-orang mewah saja. Kat parking tu banyak kereta merc dan BMW saja. Tak dapat nak berborak lama sebab belum solat lagi. Kami sama-sama ke surau Presint 8 yang cantik itu untuk tunaikan kewajipan.

Penat juga rasanya terkejar-kejar seharian ni. Tak dirancang pula untuk kerja hingga ke Putrajaya ni. Apapun aku selesai juga hadapi hari ini dengan selamat walaupun tiba rumah selepas jam 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment