Kalau ikutkan macam-macam aku dah programkan dalam kepala untuk hari ini. Tapi sayang kebanyakannya tak menjadi. Nak pergi kenduri Omar yang nak pergi umrah, aku terlelap pula bila hampir nak zohor. Bila hidung rasa tersumbat itulah ubat paling mujarab. Omarpun pergi 2 minggu lagi. Esok lusa aku salam berisilah kat dia. Cadangnya juga nak pergi rumah adik di Telok Mas juga tak jadi. Nak jenguk juga dan beri dia apa yang patut sebab awal bulan depan dia nak terima menantu. Takut dia sibuk pergi menjemput aku tangguhkan pergi sampai minggu depan. Nak ambil baju kat ZC yang dah dua kali call pun tak jadi jugak. Jangan-jangan si Jimmy ni nak pakai duit sebab nak rolling bisnesnya. Esok sajalah Jimmy aku datang ambil baju tu. Seharian dari tengahari bawa ke malam aku melekap saja di rumah. FB dan blog sekejap-sekejap aku intai. Semua paper habis aku selak sehelai-sehelai.
Pagi tadi aku pergilah ke Pantai Puteri dengan wife, penuhi janji semalam untuk cari sedikit lauk. Sebelum tu aku susurlah pantai yang tenang sahaja airnya. Air laut sedang menyurut. Bulanpun nampak lagi di langit sebelah barat itu. Tak sampai 300m pun kami susur pantai. Ramai orang memancing jadi agak terganggu sikit pergerakan. Ternampak pula seekor belangkas yang terlentang. Bila diperhatikan, ekornya yang keras itu bergerak sedikit. Masih hidup haiwan ini rupanya. Biasanya belangkas jalan berdua kenapa dia ni seekor sahaja? Jangan-jangan pasangannya dah dijadikan lauk, sebab telur belangaks memang sedap kalau pandai memasaknya. Nak tau sedap atau tidak pergilah cuba makan di Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi. Alamak jauhnya. Tapi memang puas hati kalau dapat makan masakan belangkas di sana. Entah bilalah nak ke sana lagi.
Ini kali pertama aku jumpa belangkas yang amsih hidup di Pantai Puteri ini. Kasihan pula tengok ia terlentang begitu. Memang sukar rupanya untuk dia terbalikkan semula badannya bila dah dalam keadaan begitu. Tak sampai hati melihatnya begitu, aku terlangkupkan badannya ke pasir. Wah! segera dia bergerak menuju ke air. Selamatlah dia kembali ke habitatnya. Bila aku lihat dia dipukul ombak baru aku tahu kenapa dia terdampar dengan keadaan terlentang.. Badannya yang yang ringan menyebabkan adakalanya dia tercampak ke pantai dalam keadaan terbalik. Jika aku tak jumpa ia tadi mungkin mati kepanasanlah bila matahari semakin terik. Ada jugalah kebajikan yang aku buat sesama makhluk pagi ini.
Di pasar nampaknya banyak ikan selar, kembung putih dan cencaru sahaja. Aku belilah sedikit semua ikan tu bersama udang. Nampak ikan-ikan tu masih segar dan hargapun tak berapa mahal. Mungkin tengah musim ikan-ikan itu agaknya. Balik ruamah wife masak lemak pucuk ubi dan ikan cencaru dibakar guna perencah ikan bakar Mak Pon. Memang sedap rasanya. Pucuk ubi pun lembut dan sedap. Udang digoreng bercili juga sedap rasanya hari ni. Wife aku ni bukannya tak reti masak, kalau dipuji lagi terangkat dan bersemangatlah dia memasak. Tentu semangatnya lebih tinggi bila semua lauk hari ini kami habiskan untuk makan tengahari dan malam...
No comments:
Post a Comment