Pagi sabtu ni rest dari beriadah pagi. Wife nak sediakan sarapan sendiri. Maklumlah rempah mee bandung dah beli 6 bungkus hari tu. Jadi menu breakfast pagi ni mee bandung Mak Pon. 'Semangkuk hentak' disuruhnya aku makan. Wife dah penat-penat memasak tu, makan saja jangan banyak soal walaupun selera aku rasa macam nak makan benda lain sahaja.
Pagi ni nak bawa Adzrif ke klinik. Entah apa yang dah dibuatnya sampai habis dua-dua ibu jarinya rosak. Selama ini dia menyorok-nyorok, tapi nasib baik wife perasan. Memang dia berat saja nak ikut. Katanya takut kalau kena injection! Alahai. Malu betul aku bila dengar budak hensem yang berat badannya lebih 70 kg ni takut kena inject. Aku kata mana ada kena injection. Nanti doktor yang specialist tu berilah ubat makan dan ubat sapu. Setelah di pujuk baru dia mahu. Tambahan lagi aku kata aku nak singgah Perodua kat Bacang untuk tengok-tengok kereta. Bertambahlah dia bersemangat.
Aku call Norsham, salesman Perodua beritahunya aku nak tengok-tengok kereta. Dulu aku pernah booking kereta dengan dia, tapi sebab lambat sangat MyVi keluar, aku tukar beli Swift. Kali ini aku fikir, kalau ada bajet nak ambil satu lagi kereta sebab si Adzrif sejak ada lesen asyik dok melenjan kereta mamanya saja. Tak terkecuali juga kereta aku yang 'kuat minum' tu. ' Kalau dapat beli Vivapun cukuplah. Jimat minyak', fikirku. Bila tengok-tengok Viva rasa tak berkenan pula. Bukannya apa, cuma yang ada safety sikit adalah Viva yang high end tu. Tapi takkan enjin baru 1000 cc dan sebab nak ada airbag sampaikan mengalahkan MyVi 1.3. Tengok punya tengok, aku dah berkenan kat MyVi 1.5 SE. Yang manual berharga RM 51,400 dan safety feature lengkap. Ada ABS, ada air bag dan siap skirting semuanya. Nantilah aku minta salesman check denagan finance. Kalau layak bolehlah aku bergaya dengan MyVi hitam lepas ni. Memang hajat hati nak pakai K5 setidak-tidaknya. Tapi aku rasa tak berbaloi sebab sebuah K5 tu bersamaan hampir 3 buah MyVi. Baik masing-masing kami pakai sorang sebuah kereta!
Lepas tu aku bawa Adzrif ke Klini Sudha's yang kat Jalan Ong Kim Wee tu. Jalan ni memang sibuk sikit. Klinikpun nampaknya ramai orang. Ramai orang yang berpenyakit kulit rupanya. Aku tak pernahpun jumpa doktor pakar kulit ni sebab sebelum ni urusan ke klinik aku suruh wife saja. Selepas jumpa doktor baru aku tahu ibu jari si Adzrif tu alahan bahan-bahan pencuci. Agaknya dia asyik kerja polish motor LCnya dan dia tak gunakan sarung tangan. Doktor beri dia ubat sapu. Nak tau berapa harganya rawatan tu? RM 175! Tak apalah janji nanti boleh sembuh. Sekarang ni rasanya nak buat cap jaripun tak boleh.
Bila dah tengahari semua dah lapar. Wife nak makan di Windmill, Adzrif pula nak makan di 35. Akhirnya wife mengalah sebab semalam baru lagi makan ayam panggang kat Nando's. Walaupun aku dan wife makan dengan seleranya tapi si Adzrif cukup dengan makan nasi dan asam pedas ikan pari saja. Badan dia tak sedap katanya. Aku cuba menu telur ikan masak lemak. Agak kurang sikit sedapnya. Mungkin telur ikan tak fresh sangat. Apapun habis semua lauk-lauk 6-7 jenis tu aku selesaikan.
Nak jalan bershopping, semalam dah bershopping. Teringat pula nak hantar semula baju hijau yang Hj. Rahman hantar ke rumah aku semalam silap tulis nama. Janggal pulak aku tengok bila nama aku yang unik tu dijadikan 2 patah perkataan. Rosak betul. Tiba MITC rupanya kedai tersebut tutup. Apalah, berniagapun ikut macam ofis juga kah? Buang masa aku betul. Ada tak ada kami terus ke Tesco dekat rumah untuk beli sedikit cereal dan fresh milk yang dah habis. Ingatkan nak beli dua tiga barang. Tapi akhirnya satu trolley juga yang dibawa balik. Lari jauh bajet aku bulan ini nampaknya...
No comments:
Post a Comment