Pagi ini kami menjenguk pantai. Walau malam tadi di kawasan perumahan aku hujan ribut dan sampah bersepah, tapi pantai pagi ini aku nampak tenang saja walaupun cuaca mendung sedikit. Ombak berlari-lari nakal ke pantai. Walaupun nampak ombak begitu jinak pagi ini, tapi sebenarnya beberapa hari lalu laut sini dah memakan satu nyawa. Sedara kepada isteri adik aku yang sedang 'melanggai' menjadi mangsa. Jauh khabarnya mayat dihanyutkan sebelum ditemui. Melihat pantai pagi ini macam tak percaya perkara macam itu boleh berlaku. Itu sebab aku agak fobia bila berada di laut, lebih-lebih lagi aku tak pandai berenang. Sebenarnya pantai dan laut menyimpan seribu satu rahsia. Macam setiap manusia juga.
Wife ajak ke pantai ni sebab nak cari ikan besar sikit. 'Dah muak makan ikan kembung, selar dan cencaru', katanya. Alhamdulillah pagi ini adalah nampak ikan parang dan tenggiri yang masih segar. Aku juga beli sedikit udang laut yang segar lagi. Dah lama tak jumpa udang pengantin di sini. Harganya boleh tahan juga, cuma RM 42.oo sekilo. Ramai sungguh orang di pasar kecil Pantai Puteri di pagi minggu ni. Untuk sarapan pagi kami singgah lagi di gerai Hj. Roslan sebelah tu dan order roti sardin. Warung nipun penuh dengan pelanggan. Sampai tak menang tangan 'si Milah' menebar roti canai. Satu kelemahan aku tengok gerai milik keluarga ni kurang cekap untuk ambil pesanan dan kira wang. Itu sebab yang tukang menebar roti canai tu merungut-rungut apabila pelanggan bising-bising sebab tak puashati. Apapun selesai juga kami mengisi perut selain tapau untuk Adzrif yang demam di rumah.
Pagi ini aku kemaskan little garden aku dengan trim sikit pokok buluh yang dan 'menyongkau'. Sampah daun-daun keringpun aku sapu dan masukkan dalam plastik hitam. Sambil tu aku pindah-pindahkan pasu-pasu kecil ikut sedap mata memandang. Barulah sedap sikit nak tengok. Diam tak diam buat kerja sikit-sikit tu hari tengahari. Wifepun dah siap masak. Hari ini dia masak lemak ikan parang, tenggiri goreng, bayam goreng cendawan dan udang yang aku beli tadi digoreng cili. Tak lupa juga makan bersama ulam tenggek burung yang sempat aku petik di belakang rumah tadi. Lama tak menjengah, kerengga dah buat sarang pada pokok itu. Terasa pulak makanan untuk tengahari ni macam masakan kampung pula.
Adzrif mengadu handset barunya dah hang. Entah apalah dah dibuatnya kat benda alah tu sampai hang begitu. Telefon tu walaupun basic saja tapi semua feature ada. Ada touchscreen, 3G, wifi, bluetooth, android market, camera. Boleh FB, youtube dan macam-macam lagi. Cuma aku rasa tak bolehlah nak load dia berat-berat sangat. Pasti crash.
Pukul 5.00 terpksalah aku ke Parkson lagi untuk hantar repair handset tu. Lagipun screen cover yang foc tu pun belum dipasang lagi. Adzrif taknak ikut sebab demam katanya. Nasib baik juga telefon tu boleh repair on the spot. Almaklumlah penjual tulen Samsung. Seperti yang dia pesan, aku belikan juga cover untu Galaxy Y nya tu. Sampai RM 80 harganya. Huh, mahal tali dari beruk! Tapi bila dah pasangkan leather cover tu, nampak class pulak telefontu. Wife dah berkenan. Diapun nak macam tu pulak. Sabar. Sabar. Tunggu ada duit dulu. Ni masih tengah bulan lagi.
Alang-alang dah ada kat Parkson ni, teringat pulak nak cari seluar casual. Cari Docker di Terminal Jean tak ada saiz. Elok gak tak ada saiz sebab sehelai sampai RM 200. Aku jenguk-jenguk juga kat Reject Shop. Ada juga rezeki aku kat sana. Jumpa juga Docker reject dan sehelai lagi entah apa nama seluar yang dibuang jenamanya tapi sama kualiti dengan Docker cotton. Untuk dua pasang tu baru Rm 107.00. Sempat lagi aku buat kad diskaun untuk dapatkan harga lebih murah. Tu lah aku ni, kadang-kadang nampak macam boros, tapi bab untuk guna sendiri macam berjimat aja.
Bila lalu kat Secret Recipe, wife teringin nak makan chocolate indulgance. Aku pulak terliur kat mocca cappuchino. Lepas solat Maghrib kami jamulah selera kat situ. Sesekali bolehlah makan situ sambil bersantai. Termasuk burger dan satu slice kek yang ditapau balik untuk Adzrif, hampir RM 50.00 bilnya. Layan...
No comments:
Post a Comment