Monday, February 20, 2012

20.2.2012

Motivasi Pagi
Motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Badlisah di Radio Ikim.fm pagi tadi amat menyentuh  hati aku. Beliau menceritakan kisah seorang penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan mundar-mandir ke sana-sini cuba-cuaba mencari rezeki. Tiba-tiba dia tersepak seketul syiling lama. Bila dia membawanya ke bank untuk ditentukan nilainya, pegawai bank meyuruhnya ke kedai barang antik kerana duit syiling itu jenis syiling lama. Selepas melihatnya, pembeli bahan antik telah menawarkannya harga 30 ringgit. Dia berasa suka hati kerana duit syiling itu berharga lebih tinggi daripada face valuenya. Teringat dia untuk membuatkan isterinya sebuah rak pakaian yang telah lama diidamkannya. Lalu dia singgah ke kedai kayu dan dibelikannya beberapa keping kayu terpakai dengan wang tersebut dan mengusungnya ke kedai membuat perabut. Pembuat perabut sangat tertarik dengan kayu yang dibawanya sebab kayu jenis itu sedang dicarinya dan cantik dibuat perabut. Tukang perabut menawarkannya harga seratus ringgit untuk kayu-kayu tersebut serta menghadiahkannya sebuah rak pakaian sebagai tanda jadi. Terfikir dalam hati penganggur itu betapa bertuahnya dia hari itu. Dia kemudiannya mengusung rak kayu itu untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan menuju ke rumahnya dia melalui di hadapan seorang lelaki yang termenung jauh di hadapan sebuah rumah yang hampir siap dibina. Terpandangkan rak kayu yang usungnya itu, tuan rumah tersebut tiba-tiba menampakkan kegembiraannya. Katanya rak jenis itu memang sedang dicari-carinya untuk melengkapkan rumahnya itu. Dia kemudiannya menawarkan untuk membelinya dengan harga dua ratus ringgit. Apabila dilihatnya penganggur itu nampak macam teragak-agak, dia menaikkan harga tawarang kepada dua ratus lima puluh ringgit. Disebabkan tawaran itu sangat lumayan kerana ianya tadi didapati secara percuma maka diapun menjualkan rak tersebut dan pulang dengan hati yang riang. Setibanya di satu simpang dia telah ditahan oleh perompak yang mengacukan pisau ke lehernya. Maka terpaksalah dia menyerahkan semua wang yang dia ada dan pulang dengan wajah sedih. Tiba sahja di rumah isterinya bertanya mengapa dia nampak sedih. 'Aku dirompak', dia berkata.  Isterinya kehairanan dan bertanya, bagaimana seorang pengangur boleh dirompak dan apa yang dirompaknya. 'Sekeping duit syiling lama yang  aku temui tadi', balasnya.

Bukan Milik Kita
Apa moralnya cerita tersebut? Moralnya, kerap sangat orang bersedih apabila kehilangan sesuatu sehingga ada yang sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya termasuk membunuh diri atas sebab rasa kecewa kehilangan sesuatu yang disangkakan haknya. Hakikat sebenarnya kita tidak hilang suatu apa pun kerana asalnya manusia hadir di bunia ini tanpa memiliki apa-apapun. Semuanya bukan milik kita. Renungkanlah bersama dan fahami maksudnya.

Semangat Kerja
Aku ke pejabat dengan semangat yang berkobar-kobar. Berbagai benda telah aku rancangkan untuk diselesaikan pagi ini termasuklah menulis surat ke hq minta mereka bantu membuat post mortem kegagalan kami mencapai CSI yang baik sejak tiga kali kajiselidik terdahulu. Aku juga dah bersedia untuk hadir mesyurat keselamatan yang mandatori diiadakan setiap tiga bulan. Tiba-tiba bos telefon dan minta aku hadiri satu mesyuarat bersama CM. Terganggu juga mood aku. Tapi apa boleh buat. Aku ada bos dan kena patuh pada arahan.Ada lawatan PM pada 24 haribulan nanti dan mesyuarat ini diadakan kerana CM nak pastikan segala yang dirancang diaturkan dengan baik. Bergegaslah aku ke Seri Bendahara kerana mesyurat telah diatur di sana. Bila melihat kehadiran exco-exco, ketua-ketua jabatan dan orang-orang politik, tahulah aku rupanya kami dapat jemputan last minute. Pagi ini CM mengendalikan sendiri mesyuarat dan beliau benar-benar nak pastikan perjalanan program lancar dan dapat sambutan. Nampaknya tiada isu berkaitan TNB dibangkitkan. Tapi faham-fahamlah, sebab ada beberapa majlis perasmian akan dibuat maka bekalan elektrik kena dipastikan tidak terganggu. Progran telah diaturkan di beberapa lokasi mulai di Sg Putat ke Philea, kemudian ke Padang Sebang dan Macap Umboo. Seterusnya  ke Jalan Bendahara dan Bunga Raya yang berdekatan dengan ofis aku ini dan akhirnya di sudahi dengan jamuan makan malam di Malim Jaya. Nampaknya sesaklah bandar Melaka petang jumaat nanti. Lawatan begini juga menandakan PRU 13 dah nak dekat.

Tengaharinya aku selesaikan urusan beli MyVi dengan Norsham, jurujual Perodua tu. Aku serahkan dokumen yang perlu dan serahkan juga duit booking nombor plat MCD. Nak ikutkan duit memang tak ada banyak sangat. Tapi demi memenuhi kehendak-kehendak yang mengharap, terpaksalah aku korbankan apa yang ada. Kalau semuanya teratur, hujung bulan nanti keluarlah kereta MyVi baru aku tu.

Sempat juga aku hantar semula baju yang silap tulis nama aku di MITC dan kembalikan baju yang luntur kainnya selepas di basuh ke ZC. Macamana baju yang berharga RM 210 sehelai boleh rosak kainnya macam tu. Aku minta dia gantikan dengan baju warna putih sahaja yang sama kualitinya. Sama tu aku suruh dia buatkan sehelai kemeja hijau warna rasmi Melaka kerana aku tengok baju korporat yang ada orang tempah di situ cantik designnya. Tak taulah berapa dia caj akau nanti. Akupun malas nak tanya lanjut sebab dia tengah sibuk siapkan banyak tempahan baju-baju korporat yang akan dipakai semasa majlis lawatan PM nanti.

Petangnya aku bergegas ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh kerana aku saksi terakhir perbicaraan. Dalam perjalanan, lawyer Wan Zanariah dah telefon, takut-takut aku lupa agaknya. Hujan lebat pula bila sampai di mahkamah. Terpaksalah aku tunggu hujan reda sebelum turun kereta. Untungnya perbicaraan sebelah petang ni, orang tak ramai yang berurusan. Tapi jantung aku berdegup-degup juga masa nak menunggu perbicaraan. Lawyer defendan aku tengok memang agak mahir juga mengeluarkan soalan-soalan balas. Masjistret Ida Rahayu yang masih muda tu aku nampak serius dan macam tak berapa baik moodnya. Tapi mungkin dah itu yang dia kena buat supaya tak nampak bias. Susah juga jadi hakim ni sebab terpaksa sentiasa bersikap tegas dan kurang senyuman. Maklumlah tugasnya untuk menentukan besalah atau tidak bagi sesuatu kes dan selepas itu perlu menjatuhkan hukuman.

Selesai perbicaraan Wan Zanariah minta aku tunggu dulu. Dia macam tak puashati dengan satu jawapan yang aku berikan tadi. Nak buat macamana kalau itu dokumen standard yang dipakai. Diapun tak pulak dapatkan penjelasan lanjut aku semasa pemeriksaan semula. Adakalanya memang aku tak dapat mengelak untuk menjawab sesuatu yang sememangnya dulu merupakan satu kelemahan dek kerana terlalu mengikut peraturan. Tapi aku dah cuba sedaya upaya berikan penerangan tentang kes supaya majistret faham tindakan yang dibuat bukan secara sembrono walaupun adakalanya terdapat sedikit kekurangan.

Sebab habis kerja di mahkamah dah hampir pukul 5.00 petang, aku terus saja pulang ke rumah. Badan agak letih kerana terkejar ke sana dan ke sini. Hasrat nak singgah minum kopi sebelum balik rumah juga aku batalkan. Lebih baiklah aku terus balik ke rumah dan suruh wife buatkan air teh O. Sedap juga petang-petang begini dapat makan biskut kering dan goreng pisang panas yang si Adzrif belikan, walaupun dia demam. Kalau hari-hari berjimat begini, tak ada masalahlah agaknya nanti menanggung bayaran bulanan kereta ke 5 kami.....

No comments:

Post a Comment