Hampir terlupa pagi ini kereta Perdana masih dengan mekanik. Si Edi pula nampaknya dah pandai cantikkan kereta. Sebab dia masih lagi bercuti sempena Thaipusam, kenalah dia jadi driver aku untuk ke ofis pagi ni. Naik MyVi orang bujang yang bersih begini terasalah seronok sikit hati. Sebelum-sebelum ini mesti ada saja yang aku tegur sebab ada saja tentang dia ni yang aku rasa tak kena. Bumper yang 'cedera' bergesel dia dah cantikkan. Power window yang jam juga dah ok. Baguslah kalau dah pandai uruskan sendiri. Bukan sengaja aku nak bising-bising, cuma aku nak dia sedar sikit kalau ikutkan mana boleh student nak pakai kereta baru lebih RM 50k macam ni. Bapak dah tanggung beres semua, pandai-pandailah jaga harta. Juga jangan lupa jaga hati bapak. Ibubapa manalah yang tak sayangkan anak. Tuah kaulah nak.
Sebab pagi ni boss ada dalam assembly pagi, aku beri dia laluan berucap. Lagipun Ismailpun dah beriya-iya bercakap tentang apa yang dia dapat tahu semasa VP Audit minggu lalu. Kalau selalu bercakappun tak bagus nanti staf ingat kita nak tunjukkan kita bagus. Jangan sampai orang meluat. Sendiri mau ingat, ok.
Selepas assembly aku ada briefing dengan semua yang terlibat denga urusan aduan pengguna. Sistem memang dah canggih, tapi sayangnya bila dihalusi rupanya banyak kelemahan berlaku. Hairan aku sebab bila ada sistem yang boleh memantau prestasi tindakan, tumpuan masing-masing nak hanya untuk capai 100% aduan selesai. Tapi samada betul selesai dan memuaskan hati pengguna tidak diambilkira. Itu sebab bila dibaca semula setiap tindakan yang direkodkan, tidak menampakkan aduan pennguna dipandang serius. Aku harap selepas diberikan tunjuk-ajar akan ada perubahan positif dan dapat tingkatkan customer satisfaction ke angka 7.5. Jauh lagi nak kejarkan sebab index semasa baru capai 6.4. Teruk sangatkah service kami ni? Kalau ikutkan dalam banyak hal kami lebih baik daripada negeri-negeri lain, maklumlah center of excellence, tapi bila dibuat survey itulah keputusannya. Tetap diterima sebagai satu cabaran.
Tengahari ni aku semeja lunch dengan rakankerja tingkat M. Sesekali dalam kerja ni memang kena dekati pekerja. Samada disedari atau tidak cara ini akan wujudkan kerharmonian hubungan. Tidak salah bercerita tentang hal personal atau keluarga. Setidak-tidaknya ia menunjukkan sikap prihatin terhadap sesama manusia. Tidak semestinya berjauhan pangkat kena asingkan diri dan menyombong. Nanti jika dah pencen tiada yang melayan jika datang berurusan hal kebajikan di pejabat. Siapa juga yang rugi nanti? Lunch kali ini bertemankan Su, Gee, Nizam, Hamzah, Hanim, Miha dan Nurul budak (dah ada anak seorang) yang menyertai program SL1M.
Sebab esok hingga jumaat aku perlu ke JB, aku usaha untuk selesaikan semua tugas yang perlu. Aku juga dah minta 2 orang kuat unit aku untuk bantu sesi bizplan di PD yang clash dengan tugasan aku di JB. Kedua-duanya sama penting cuma urusan di JB tidak dapat diwakilkan. Aku percaya mereka akan dapat selesaikan bersama ahli kumpulan lain nanti. Dalam kerja ini sebenarnya kena ingat 'no one is indispensible', maknanya tidak boleh bergantung harap dengan satu-satu orang saja. Kalau itu diamalkan maka kerja akan tetap jalan macam biasa walaupun tanpa ketiadaannya.
Meeting tender sebelah petang ini nampaknya berlarutan. Agak banyak paper yang perlu diteliti sebelum diluluskan. Sampai terpaksa tinggalkan sekejap untuk solat asar sebab hampir pukul 6.00 meeting tak habis lagi. Hampir pukul 7.00 rupanya baru nak selesai. Minuman dan kuih yang disediakanpun dah hampir sejuk. tak sempat rupanya untuk aku balik ke rumah untuk salin pakaian yang dah digosok untuk dinner malam ni.
Selepas solat maghrib aku terus bertolak ke Bruang Hill Resort untuk hadiri dinner yang bos minta anjurkan untuk hargai staf frontliners. Ada kira-kira 40 orang juga yang datang. Tempat ini dipilih sebab ada privacy sedikit untuk berucap. Kalau nak dikirakan makanan yang disediakan agak ala kadar sahaja. Tak tahulah aku samada bos puashati atau tidak dengan makanan yang disediakan. Sepatutnya untuk menu ikan bakar begini kena dimakan panas-panas. Sebaliknya mereka dah sediakan dulu dan siap dibalut dengan cling plastic. Akupun sekadar menjamah sebungkus nasi lemak sebab dah janji dengan wife balik nanti nak makan apa yang dia dah masak.
Tiba rumah badanpun dah letih, tapi aku jamah juga makanan yang dah terhidang. Mata dah mengantuk sangat dan badan tak larat rasanya. Sempat juga aku kemaskan barang-barang untuk outstation ke JB esok. Jika tidak kerana dinner, malam begini sepatutnya aku dah ada di JB sebab pukul 9.00 pagi esok aku perlu hadiri satu kes di Mahkamah Sesyen sana. Tak apa, esok aku redahlah apa yang patut.
No comments:
Post a Comment