Negara sedang dilanda banjir besar penghujung Disember 2014 ini. Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam serba kepayahan. Selangor, Perak dan Johor turut merasa tempiasnya. Ada nyawa yang terkorban dan terlalu banyak harta benda, tanaman dan ternakan yang musnah.
Isyarat apakah yang ingin Allah sampaikan? Mesejnya jelas. Hentikan maksiat. Jangan sekutuinya. Jauhi persengketaan.
Memang semuanya bukan milik kita. Itu peringatan Allah. Itu tegasan Allah. Nikmat Allah sering kita dustakan. Banjir ini sesungguhnya ujian kepada yang beriman dan musibah bagi yang mendustainya.
Selagi ada kesempatan bersamalah menadahkan tangan sambil membaca doa ini. Tuluskan hati dan ikhlaskan niat. Allah suka mendengar hambanya merintih dan merayu. Kerana waktu itu hati insan dekat padanya. Ego tercampak ke tepi. Penyerahan dirinya pada yang SATU.
Jom sama-sama dekati Allah yang mencipta seisi alam dan semua makhluknya. Tadah tangan dan lafazkan doa dari Surah Hud ayat 44 ini:
Perkenankanlah ya Allah.
Wakaf 6, 28 Disember 2014
No comments:
Post a Comment