Saturday, December 27, 2014

Kehidupan

Lautan itu akan terus bergelora 
Namun renang tetap direnangi jua
Dayung tetap didayungi perahu nan kecil
Persis kehidupan seorang nelayan tua 
Badai dan ombak adalah mainannya 
Ribut dan taufan ditongkahkan haluan 
Membelai wajah dan tubuh kerdilnya 
Tanpa rasa gundah dan gelisah 
Kerana dia tahu hak itu milik siapa
Rezeki itu milikNya
Ajal itu di tangan Pencipta 
Setiap berlaku juga ketentuanNya
Yang mengerti itu kekuatannya 
Selagi hayat ada kehidupan terus diberikan makna
Demi destinasi akhir mencapai redhaNya.


Wakaf 6, 27 Dis 2014.

No comments:

Post a Comment