Tiba-tiba hari ini aku telah berada di Temerloh! Lebih 20 tahun tak datang ke sini. Sempat bergambar kenangan sambil meneguk secawan kopi di gerai tepi jalan Esplanade Temerloh.
Sebagai rekod, perjalananku ke Temerloh dari Melaka melalui Alor Gajah, Repah, Dangi dan Bahau. Sempat mengalas perut dan solat Asar di Bahau. Kemudian melalui Bandar Sri Jempol (dulu Bandar Baru Serting), Lui, Kemayan, Triang, Bera dan tibalah Temerloh.
Jarak tidak sampai 200km tetapi kerana sebahagian jalan yang sedang diperbaiki, bengkang-bengkok dan kenderaan agak banyak perjalanan ambil masa 3 jam lebih jugak.
Terima kasih Temerloh kerana menerima kedatanganku dalam keadaan selamat. Moga esok dapat aku merasa keenakan patinmu!
No comments:
Post a Comment