Bagi yang meraikannya, hari ini adalah Hari Valentine. Sebab dah difatwakan haram, siang-siang lagi rakan-rakan di FB dah ingatkan supaya jangan raikannya. Sebagai seorang muslim kenalah patuh. Mengingati orang yang kita kasihi tak perlu ada hari tertentu. Hari-haripun boleh. Yang paling tak diingini apabila meraikannya sampai tergadai maruah diri. Difahamkan juga hari ini diraikan kerana kemenangan tentera Kristian mengalahkan tentera Islam di Sepanyol satu ketika dulu. Lagi tak patutlah kalau gitu nak turut dirayakan. Alhamdulillah nampaknya sepanjang hari ini tiada siapapun yang rakan-rakan meraikannya. Kalau nak raikanpun biarlah dengan isteri atau suami sahaja kata setengah pendapat. Sebnarnya dalam Islam ada hari yang baik untuk merai atau menjamu anak isteri makan, iaitulah pada hari asyura, 10 muharam (kalau tak silap aku).
Pagi di pejabat hari ini aku sibuk menyemak satu kes yang akan dibicarakan tak berapa lama lagi. Lawyer Rahim minta aku tandatangan dokumen tuntutan sebab dia nak berikah mahkamah. Kena telitilah kalau gitu. Nanti aku juga yang kena beri keterangan dan menjawab pertanyaan membunuh pihak defendan. Sebagai persediaan aku kena buatlah homework dulu. Nasiba baik aku semak, rupa-rupanya staf aku yang lama tu dulu dah kira main hantam saja. Orang kat stesen pun dua kali lima juga. Tak naklah ambil masa sikit semak walaupun fail kes dah terperam lama. Bandingkanlah sikit penggunaan 'kawan tu' selepas dah dibetulkan apa yang telah diusik. Terus saja nak dituntut melaui proses mahkamah. Sebab dah terlalu biasa hadiri kes-kes begini, memang aku teliti dengan setiap benda yang berkait dengan kes. Selepas aku kira semula nampaknya amaun tuntutan yang asalnya untuk peringkat mahkamah sesyen dan turun kepada bidangkuasa majistret sahaja. Kalau mereka setuju, amaun yang baru ini aku berani defend, jika tidak minta maaflah. Aku email kepada semua yang terlibat tentang pendapat aku tu. Tentu ada yang kelam-kabut sebab lawyer dah tender kes di mahkamah.
Sambil tu aku terima mms daripada KJ gambar kami yang termuat dalam paper Utusan. Gambar besar dan warna lagi. Mesti KJ happy betul sebab gambarnya sedang melayan CM masuk paper. Gambar aku yang cuma berdiri sebelah juga clear. Boleh pakai janji Naji semalam rupanya. Aku harap bos tak rasa apa bila tengok gambar ni. Taklah hasrat nak 'rampas kuasa' atau nak overshine dia. Memang ada satu management rule yang sentiasa aku pegang - Never overshine your boss!
Lunch time lepas solat aku ambil baju dan seluar yang ditempah dengan ZC. Jimmy tunjukkan aku buku yang tercatat nama-nama orang yang menempah baju dengan dia baru-baru ni. Wah sekarang dia sudah established nampaknya. Macam-macam Datuk dan orang politik yang dah tempah baju kat dia. Patutlah sepasang baju dan seluar dia sebat aku lebih RM 350. Dalam kata aku ni kawan dia, nak mintak kurang RM 10 sepasang pun liat. Oklah Jimmy, sebab kau dah ramai pelanggan yang baik-baik dan kelas-kelas, lepas ni aku beli saja pakaian kat Parkson. Lagipun bukannya susah nak cari saiz pakaian yang bersesuaian dengan badan aku ni.
Petang ni aku kena ikuti lawatan Datuk Wira Ghafar Atan ke kilang Panasonic di Tangga Batu. Kilang ni pair aku jadi aku memang kenal rapat dengan engineernya, Jeffry. Orang Melayu nama macam' mat saleh'. Aku memang tak miss kalau ada lawatan oleh exco industri macam ni. Maklumlah mereka ni customer besar dan selalunya ada saja pertanyaan yang dibangkittkan tentang TNB. Aku rasa bertanggungjawab untuk berikan penjelasan. Sebelum pergi aku dah minta tolong Chan kerani LPC untuk print sedikit maklumat tentang pengguna ini dari sistem. Orang dah experience macam Chan ni, tak payah beritahu detail apa pun dia dah tahu apa maklumat yang aku perlu bawa.
Ingatkan dah lewat sebab ikut program mula pukul 3.00, jadi macam ribut juga aku bawa kereta ke Tangga Batu. Rupanya aku kena tunggu setengah jam lagi baru YB tiba. Biasalah YB Exco ni memang banyak kerja lain yang dia kena buat. Melawat kilang ini bagi menunjukkan kerajaan negeri ambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pekilang-pekilang. Memang satu usaha yang sangat baik. Baik juga aku datang sebab bila mula saja taklimat ED Jepun, Yamada San sudah bangkitkan tentang tarif elektrik yang tinggi katanya. Macam-macam dia sebutkan sampai akupun malas nak ambil pusing sangat. Akupun dah prepare apa nak cakap. Agaknya Yamada San ni terlupa macamana tsunami bulan Mac tahun lalu yang melanda telah ranapkan sebahagian daripada Jepun. Dan baru-baru ni macamana banjir besar di Thailand dah jahanamkan kilang-kilang kereta Jepun di sana. Agaknya dia juga lupa macamana pekerja Indonesia mogok tuntut kenaikan gaji sehingga sekat lebuhraya dan sebabkan kilang-kilang terpaksa tutup. Tarif paling minima dalam industri yang dia dapat dia kata mahal lagi. Dah tu dapat diskaun lebih 10 peratus lagi sebab diberikan tarif khas. 'Aparah Yamada San. Tak kaji tarif serantau agaknya dia. Dia tak perasan agaknya dengan Melaka yang aman damai dan tiada bencana alam ini. Sebab aku dah sedia aku 'tembak bali'k mereka dengan segala fakta. Untuk cover balik, Jeffry beritahulah itu cuma concern boss dia tu bila nak sedia bajet dulu tarif naik. Aku memang boleh jawab, tapi aku biarkan saja dia mengulas. Lagipun aku kena beri muka sikit kat 'sahabat' aku tu.
Sempat juga kami dibawa melawat operasi kilang. Melawat kilang foundry gini mana nak seronok. Berpeluh sampai nak berasap dibuatnya sebab banyak kerja melebur besi yang dibuat. Habuk-habuk besipun nampak berterbangan. Kalau lama mahu semput dibuatnya. Yang bagusnya di sini, kerja-kerja melebur besipun pakai elektrik, bukannya gas. Lagi cepat mereka kata. Lagi masyuklah TNB kalau cara ini berterusan.
Selesai program dah hampir pukul 5.00. Nak balik ofispun rasanya macam membazir minyak sebab dah dekat dengan rumah. Sebab kepalapun dah pening dan badanpun melengas sebab dok kepanasan tadi aku terus tiba rumah pukul 5.30 petang. Terperanjat juga wife bila tengok aku dah terjengul di muka pintu. Lepas mandi dan solat aku makanlah apa yang dia masak. Nampaknya walaupun hari ni Selasa dan ada pasar malam, rajin pulak wife masak.
No comments:
Post a Comment