Saturday, February 18, 2012

15.2.2012

Pagi ini aku terus ke yard di Bukit Serindit. Ada program Kecoh Kower oleh pihak Komunikasi Dalaman  dari hq. Apa yang nak dikecoh-kecohkan tu  agaknya. Ini usaha corporate communication untuk sampaikan maklumat yang tepat berkaitan isu yang dihadapi syarikat, terutamanya isu gas. Memangpun aku rasa semua staf dah tahu isu yang timbul, tapi bagi elakkan persepsi negatif timbul elok diberikan penerangan secara terus kepada staf ni. Khabarnya dipilih pekerja teknikal sebab akses mereka kepada email syarikat terhad. Tapi kalau ikut penilaian aku, jangan under rate sangat staf di yard ni sebab ramai mereka ni yang dah canggih dan celik IT. Zaman sekarang ni maklumat tersebar dengan luas dan cepat tanpa dapat ditapis tapis lagi.

Nampaknya Diana yang biasa keluar dalam Newstube TNB yang mengendalikan program pagi ni. Rakan lama dalam BPI dulu, Aggie yang kini kerja di PQM juga ada sama. Sayangnya aku tak dapat join lama acara yang penuh dengan soalan dan kuiz serta diberikan cenderahati bagi yang ambil bahagian tu. Bos dah sms aku untuk jumpa di Subaidah. Selepas berjumpa dengan Shamsul yang jadi Chief  program Kecoh Kecoh tu aku terus beredar ke Subaidah.

Pagi ini sepatutnya bos kena hadir mesyuarat exco kerajaan negeri. Ada isu hutang dan penalti yang dikenakan yang CM nak tahu. Walaupun patut member kat kewangan yang punya tanggungjawab, tapi bos minta aku ikut dia dan berikan penerangan. Presentation slide Sanusi dah siapkan semalam dan aku dah semakpun malam tadi email yang dihantarnya. Jadi pagi ini nak discuss sikit dulu sebelum ke mesyuarat sambil minum pagi. Bospun nampaknya jemput sekali Sansubari, expert RE dari HQ sebab nampaknya ada juga isu RE yang CM bangkitkan. Memang eloklah kalau dapat berikan CM dan ahli exco lain penerangan secara first hand berkaitan isu dan peranan TNB kepada jemaah exco itu. Malangnya program pagi ni dibatalkan sebab CM terpaksa bergegas ke Penang sebabbeliau ziarah kematian orang kenamaan di sana. Hj. Rahman bekas staf TNB yang kini orang kuat CM sahkan bila dia singgah untuk minum sama.

Dah tak jadi ke exco meeting, bos bawa Sansubari ke ofis untuk berikan taklimat kepada semua eksekutif. Alang-alang subject matter expert dah datang elok sangat manafaatkan. Aku pula ajak Hj. Rahman cari baju hijau pakaian rasmi negeri Melaka di Kota Fashion. Kedai-kedai sini cantik tapi sayngnya masih kosong dan lengang. Kedai Umyra yang jual baju tu pun rupanya belum buka lagi sebab jam belum pukul 10.00. Sementara menunggu kami kena lagi secawan kopi di kopitiam depan tu. Dapat juga aku beli baju yang berharga RM 59 tu walaupun kainnya macam plastik saja. Nak sulam nama dan logo TNB pulak kena cari kedai lain. Apa salah kalau buat secara one stop. Aku tinggalkan baju untuk bubuh nama kat kedai yang boleh bubuh nama tu dan minta Hj Rahman tolong ambilkan bila siap jumaat nanti. Kedai sulam tu pun rupanya hantar kedai lain untuk buat kerja sulaman tu. Gasak koranglah. Nak tempah baju tu kat Bak's yang ada kat hujung tu mahu pulak sehelai kena RM 200. Tapi puashati agaknya kot.

Tiba pejabat, taklimat Sansubaripun dah nak habis. Tapi aku join jugalah. Sebenarnya aku dah tahu apa yang dia nak ceritakan sebab dalam mesyuarat aku di HQ bulan lalu dia dahpun berikan penerangan. Linda Phua dari MBMB yang ditugaskan untuk menyelaraskan teknologi hijau untuk negeri Melaka nipun hadir sama dengar taklimat. Kagum juga dia dengan taklimat Sansubari ni. Dah hadis taklimat tu, aku aku minta Ain tunjukkan presentaion yang dia dah sediakan untuk sesi info sharing yang akan dipersembahkan kepada bos tak lama lagi. Tarikh asyik tunda saja, jadi slide yang kena buatpun mereka buat slow slow. Banyak juga yang aku minta Ain baiki dan dia akur. Nurain ni memang rajin dan very positive minded sama macam bos dia Sunarni. Kalaulah mereka ni jadi executives aku, tentu unit aku boleh perfom lebih baik lagi. Tapi elok juga dia kerja di kawasan sebab di situ lebih banyak kerja nak dibuat.

Hari ini aku balik dari ofis agak awal. Pukul 5.30 aku dah gerak. Dah berapa hari aku tangguhkan nak pergi kedai aksesori untuk ganti  mentol headlight Perdana aku yang dah padam sebelah. Bayangkan ke pergi Trengganu hari tu tu pun aku drive kereta dengan 'matanya buta' sebelah. Budak kedai Savecost depan rumah aku tu siap gilapkan sekali headlamp kereta aku yang dah hampir bertukar jadi warna kuning tu hingga putih dan terang semula. Kerja gilap tak sampai 10 minit tu dia nak caj sampai RM 40. 'Sudah ambil RM 25 ni cukup'. Sebab aku dah banyak perabis kat kedai dia sebelum ni, dia terima saja. Untuk tukar bulb headlamp kena pula beli 2 biji dan kena bayar RM 55. Satu lagi tu simpan sajalah buat spare.

Sepatutnya esok aku kena pergi JB untuk hadiri bicara satu lagi kes. Tapi bila aku sms untuk confirmkan lawyer Syafie beritahu ia dibatalkan. Agaknya pening kepala dia handle banyak sangat kes. Kalau aku tak tanya buang masa saja aku ke JB esok. Sebab kepala dah set tak datang ofis esok, aku sms kat bos minta sehari cuti esok. Cutipun banyak lagi sebab masih awal tahun. Bos jawab ok. aku reply tqvm. Dapatlah esok aku bersantai-santai dengan wife dan anak bujang yang sorang tu nanti cadangnya.

No comments:

Post a Comment