Monday, February 20, 2012

17.2.2012

Pagi ni ada kelas agama di pejabat. Macam biasa wife pun join sama. So pagi ni aku drive Swift wife ke pejabat. Suasana pejabat hari ini agak ceria. Kelas agamapun berjalan dengan ceria dan ustazpun nampak semangat sikit. Mungkin sebab kehadiran pagi ini agak ramai juga. Cuma terkilan sikit sebab bilangan perempuan dan lelaki rationya 3:1. Tapi difahamkan kelas di yard yang belang minggu ramai dihadiri oleh staf lelaki. Apapun terpulang dengan diri masing-masinglah nak tambahkan ilmu agama. Cuma takut nanti orang beribadah kita beribadah tapi tidak mengikut sepertimana sepatutnya. Kerjakan ibadah patut ada ilmu jika tidak rugi begitu saja nanti.

Sepanjang pagi ini aku ada perbincangan 2 kes yang akan dibicarakan di Segamat pada hari rabu dan khamis depan dengan lawyer W. Zanariah. Tepat jam pukul 10.00 dia dah datang cari aku. Rupanya kedua-dua kes melibatkan owner yang sama. Cuma satu di kedainya manakala satu lagi di banglo mewahnya. Tak ada kerja lainlah agaknya tauke-tauke ni. Kalau tak menipu memang tak sah agaknya hidup mereka. Dah tu berani pulak challenge kat mahkamah. Kalau penguatkuasaan teratur dan hukuman setimpal, harus juga mereka gerun. Tapi setakat bicara dan kalau kalahpun mereka boleh bayar ansur-ansur, lagi naik lemaklah mereka ni.

Selain bincangkan kes, Wan minta aku tolong semak kenapa kawannya yang tinggal di Seri Kembangan bil elektriknya sekejap tinggi sekejap rendah. Mula-mula aku ingatkan dia guna elektrik tak konsisten. Tapi bila aku check akaunnya, rupanya budak-budak meter reader sana buat bacaan ikut suka dia sahaja. Mana tak bil kawan tu tinggi rendah, sekejap dibaca 42 hari dan lepas tu dikeluarkan bil untuk 16 hari pula. Kalau ikut tempoh dua bulan memang agak ok. Tapi bil diberi tiap-tiap bualan. Tak ke memningkan kepala pengguna. Ini semualah antara sebab-sebab pengguna complaint. Patutpun kawan aku PK di Subang Jaya tu mengadu tempat dia banyak sangat customer complaints. Kalau aku adu kat diapun rasanya dia tak boleh buat apa-apa. Aku dah cadangkan pada Wan supaya kawannya register dalam e-services TNB. Nanti senang dia boleh semak sendiri bil elektriknya setiap bulan secara online. Jika tak puashati dia boleh opt untuk baca sendiri meternya melalui SMR. Sempatlah aku tunjuk ajar Wan macamana nak register  dalam e-services. Ni baru namanya Creating value with every engagement seprtimana slogan yang dicanag oleh Mr. Nirinder, GM Customer Service di hq.

Sebab wife dah bawa balik keretanya, 'menjajau' juga aku nak tumpang kereta orang untuk solat jumaat. Maklumlah perbincangan dengan Wan tadi habis agak lewat. Nasib baik Helmi baru nak gerak ke masjid, dapat juga aku tumpang kereta City lama anak Hj. Rosman ni. Masa bapa dia pakai dulu tak pernah aku dapat rasa menumpang.

Untuk lunch tengahari ni Fadli belanja semua yang duduk satu meja panjang dengannya. Tengah dapat durian runtuhlah katakan, apa salahnya belanja sesekali. Berkawan di ofis ni memang patut ada give and take. Kalau asyik give saja, gunung yang tinggipun boleh jadi rata. Terima kasihlah Fadli. Moga berkat dan bertambah rezeki dan cepat dapat menimang anak. Maklumlah orang baru kahwin 2-3 bulan lalu.

Sebelah petang aku bincang-bincang hal kerja dengan Talib, Lai dan Camilla. Aku minta mereka kemaskinikan data-data perlu untuk dibentang dalam mesyuarat GMBR akan datang. Sama tu Camilla emailkan aku berita di akhbar MHI selasa lalu tentang majlis yang aku hadiri di sekolah Cina Pay Hwa minggu lalu. Terasa besar juga hati bila satu muka penuh berita itu dimuatkan. Ada pulak gambar aku memeriksa perbarisan pengawas. Nak tergelakpun ada juga rasanya. Cam juga beritahu untuk MSL kali ini Alor Gajah capai 100% untuk servis di kaunter bayaran. Itu maknanya semua pelanggan dalam bulan Januari lalu dilayan kurang daripa 20 minit. Ini memang pencapaian yang membanggakan sebab di sana mereka cuma ada seorang juruwang dan bilangan penggunanya paling ramai untuk Kawasan Melaka Timur. Perhimpunan bulanan nanti kami nak recognise pencapaian itu dengan berikan sedikit penghargaan dan supaya dapat jadi motivasi kepada yang lain-lain.

Balik kerja wife datang ambil. Anak bujangpun ikut sama. Kami cadang nak jalan-jalan di Parkson, terlanjur dah bersama tu. Mungkin sebab tertarik dengan Anne yang jual beg tu, aku akhirnya capai sebuah briefcase. Bukan murah harga briefcase comel Kaufman tu rupanya. Kena aku RM 755.00 selepas diakaun hampir 40%. Tak apa, nanti aku cuba dapatkan rebate bayarbalik daripada peruntukan beli briefcase dari ofsi. Rasanya dah lebi 10 tahun aku tak gunakan kelayakan beli briefcase yang syarikat beri setiap 5 tahun itu.

Si anak pula mengadu handsetnya sering rosak-rosak. Hai ada-ada saja dia ni. Terpaksalah aku korbankan lagi RM 499 untuk belikan dia Galaxy Y. Nasib baik yang Y, kalau Note dikeceknya lagi parah aku. Jurujual muda yang nampak muka sombong tu nampaknya rajin melayan kami hari ini. Tak sangka pulak dia very helpful dan tak lokek bila aku tawar semasa beli car charger untuk Galaxy Tab aku. Wife pun dah mengecek nakkan handphone baru juga. Nanti tengah fikir, jenis apa yang sesuai. Kalau setakat nak bercakap dan sms, telefon lama E66 dia tu pun ok lagi. Tapi dia kata nak yang touch screen. Nasib baik jga jurujual tu kata tangguh dulu beli sebab ada model baru akan keluar tak lama lagi. Selamatlah poket aku petang ni.

Peluang berjalan 3 beranak ni kami ambil untuk singgah makan di Nando's. Adzrif yang semasa ikut tadi macam mogok dah nampak ceria. Apa tidaknya, handset baru dah dapat. Aku dah masak sangat dengan taktik dia ni. Kalau apa yang dihajat dapat, maka baiklah dia sekejap. Bilalah dia ni nak buang sifat pura-pura gitu. Tahun ni nak masuk 18 dah anak oi....

No comments:

Post a Comment