Kerana membawaku kepadanya
Perkenalan tak dijangka bermula mesra
Menyelami hati menguji rasa
Berputik jua sayang, kasih dan cinta
Tanpa sedar ada cemburu hadir sama
Menepisnya bagai tiada upaya
Lalu mula dinilai tiap laku dan patah kata
Curiga menjadi prasangka
Terima kasih perpisahan
Hadirmu memang tidak terhalang
Dua hati untuk bersatu tak semudah angan
Jika kiri dan kanan tak sehaluan
Mana mungkin capai tujuan
Walau apapun alasan
Wisel penamat telahpun berbunyi
Usah sedih atau sesali
Takdir itu ketentuan Ilahi
Berpisahlah oleh batas yang merenggang
Memori manis jangan dibuang
Yang pahit biarkan hilang...
Petaling Jaya
Jumaat, 14 November '14
No comments:
Post a Comment