Satu-satunya lagu yang akul hafal liriknya adalah lagu nyanyian kumpulan Kopratasa ini. Masih teringat lagi kisah 20 tahun dulu, apabila boss aku minta aku menyanyikannya sewaktu malam hari keluarga untuk dinyanyikan secara live dengan iringan petikan gitar. Terpaksa aku membeli kasetnya dan mendengarnya berpuluh kali bagi memastikan lagu itu dapat aku nyanyikan dengan baik. Entah mengapa boss aku itu minat sangat lagu ini masih tetap jadi misteri hingga ke hari ini. Namun bila dihayati liriknya tentu dapat difahami maksud yang ingin Kopratasa sampaikan. Bagi sang isteri dan yang bakal bernama isteri, fahami dan hayatilah lirik lagu ini;
Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini
Untuk kau isi sebgai isteri
Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku...
Desaminium Flora, Jumaat, 21 November 2014 (di kala terjaga kerana dia)
No comments:
Post a Comment