5335. Pasangan nombor yg menarik. 53 itu usia aku. Dan alangkah indahnya jika usia ini masih 35. Usia mengancam seorang lelaki. Mungkin juga lebih mengancam bagi seorang wanita. Jarak kedua-dua angka itu adalah 18. Juga satu angka cantik. One eight. Mahu itu!
Ya, pada usia 35 itulah dahulu aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama. Bermakna 18 tahun dulu aku menjejaki semula menara gading setelah bekerja selama 12 tahun. Memang agak canggung bila kembali ke alam pengajian dan bercampur dengan pelajar lain yg lebih muda. Rata-rata pelajar di ITM itu dulu berbeza umur 12-13 tahun dengan aku. Mungkin akibat bergaul selama 2 1/2 tahun dengan mereka dulu telah menyebabkan aku sentiasa berasa seperti 12-13 tahun lebih muda dari usia. Begitulah kira-kira alkisahnya....
Petaling Jaya - 18 Nov '14.
No comments:
Post a Comment