Pagi Selasa adalah pagi yang diadakan perhimpunan mingguan di pejabat aku. Sempat juga aku tiba sebelum lagu Negaraku dinyanyikan. Datuk GM pun nampaknya dah tiba dulu pagi ni. Macam biasa bila ada majlis gini, empat buah lagu kena nyanyikan. Lepas Negaraku lagu Melaka Maju Jaya, seterusnya lagu korporat TNB dan akhirnya lagu Cemerlang TNB Melaka yang senikatanya ilham mantan GM, Datuk Amin dan muzik ciptaan Wan Bakar yang sekarang dah bersara dan jadi pemuzik di Jonker Walk. Hari ini nampaknya sound system baik bunyinya. Makanya nyanyian beramai pagi ini nampak bersemangat sungguh. Mengalahkan konsert. Itupun tujuan menyanyi untuk membakar semangat bekerja. Paling terkesan bila nyanyikan lagu TNB Melaka. Setiap baitnya menggambarkan komitmen dan kebanggaan bagi yang bekerja di Center of Excellent ini.
Kami warga TNB di Melaka ku cinta
bekerja semangat yang tinggi
bersatu dan berusaha
mencapai wawasan impian yang gemilang
marilah bersama sempurnakan tugasan
rajin, jujur, cekap dan amanah
inilah janji kami semua
cemerlang TNB Melaka
Pagi ini hanya Datuk GM saja yang berucap dan ucapannya agak pendek. Hasrat utamanya nak memaklumkan kepada staff pejabat dengan rasmi kejayaan menjulang DLT kali ke 2 berturut-turut. Kalau tahun depan menang lagi, kekallah piala itu di Melaka, insyaAllah. DLT Award ni kata beliau macam Grammy Award. Semua negeri mengidamkannya, tapi Melaka dapat kerana tahu bagaimana nak buka kunci mendapatkannya. Ini semua adalah berkat kerjasama semua sebenarnya dan dengan izinNya juga. Sempat juga aku bergambar sambil memegang piala DLT ni. Kemenangan kali ini baru aku menyentuhnya...apa rah!
Hari ni seharian finalise NCR IQA dan PMS. Hari terakhir untuk disiapkan dua-dua benda alah ni. KPI tahun ni ditetapkan tidak lebih daripada 10. Tapi disebabkan aku kena report dengan dua boss iaitu Datuk GM dan GM di HQ, campur-campur jadi 20 juga sebab masing-masing akan menilai kerja-kerja yang berlainan. Apa macam ni? Tapi ikut sajalah. Lebih-lebihpun nanti rating yang aku dapat 3.99 juga. Jangan-jangan kali ini nanti lagi rendah pulak. Tak usah risau, yang penting nawaitu kena betul dan rezeki yang dibawa pulang tiap bulan halal dan barakah.
Tengahari ni lepas solat Zohor (aku imamkan lagi), kawan-kawan ajak makan. Dah agak mesti kena lagi ni. Oklah kot, sebab pagi tadi dah tinggalkan wife duit sebelah tangan sebab petang nak suruh anak beli beriani pasar malam katanya. Aku pesan nasi kerabu saja. Tengok tu, pagi-pagi dia dah pow! So, tengahari ni makan empat orang di Madras Cafe di simpang empat hujung jalan Banda Kaba ni. Lama benar tak ke kedai mamak ni. Nampak dah bersih kedai ni dan pelayanpun dah ada yang putih-putih. Apa taknya dulu semua mamak, sekarang dah ada pekerja indon.
Aku dan Sanusi order murtabak daging sorang satu,. Talib makan nasi lauk kambing dan Raudheen order nasi dengan ayam goreng. 'Kau ni makan macam budak belajar kolej, makan ler sayur', tegur aku. Talibpun nampaknya melantak kambing dengan nasi semata-mata. 'Mamak, bagi sayur satu piring'. Mamak hantar sepiring hentak taugeh goreng. Aku teringat masa di UiTM dulu bila bawa 'adik-adik' pelajar makan, menu mereka ikan, ayam atau daging dengan nasi saja. Kalau nak sayur mereka order telur goreng ajer. Mereka stemed sebetulnya sebab duit tadak. Hari ni aku yang kena belanja, korang lantaklah.
Bila sampai murtabak yang dipesan, terperanjat juga aku. Sekeping boleh makan dua orang. Terkenang pulak 28 tahun dulu masa makan dengan 'girl friend' aku di sini bila kami order murtabak sorang satu, mamak tanya, 'betulkan makan sorang satu'. Masa tu manalah nak tau besar mana murtabak ni sebab baru belajar-belajar berdating. Bila dihantarnya mengah kami nak menghabiskannya. Nostalgia betul. Kali ini aku share bahagian aku dengan Raudhen yang nampak meneguk liur tengok murtabak yang mengancam tu. Sanusi share dengan Talib. Tak boleh lawanlah murtabak dulu dengan sekarang. Walau ada rupa dan rasa tapi dagingnya sikit tapi sayurnya yang banyak. 'Patutnya kena panggil murtabak sayur lah mamak'.
On the way balik sempat aku jenguh ZC, tengok kemeja lengan pendek yang aku tempah Sabtu lepas. Baju hijau yang adik aku bagi kainnya untuk pakai kawin anaknya bulan 3 nanti. Persiapan awal. Gatal-gatal order pulak sehelai lagi kain cotton warna kuning jalur. Memang cantik tapi ZC tekan aku RM 230 untuk 2 helai tu. Baju belum siap jahit butang, esok baru boleh ambil.
Hari ni aku balik kerja awal. Sorry Sunarni sebab discussion tadi kena cut short. Masa makan tadi wife call, ada hal kat rumah pulak. Apa pulak halnya kat rumah dia dua beranak n. Dia berhenti kerja dulu untuk jaga anak, tapi budak ni pulak macam-macam karenah dibuatnya.Orang yang susah-susah 7-8 orang anak dia boleh jaga. Berat dugaan aku ni. Malas nak sangka buruk-buruk. Tapi bila balik rumah itulah halnya. Angin satu badan aku dibuatnya.
Aku sediakan sebatang paip pvc dan sehasta paip getah. Lepas solat maghrib aku solat hajat minta ketenangan dan biar anak jadi baik. Aku suruh anak pilih mana satu yang aku patut guna untuk belasah dia. Tak sampai hati nak belasah, aku beri dia lecture pendek tapi keras. Umur gini takkan nak main kasar lagi. Kali ini aku nekad rampas kunci motor, handphone, remote aircond dan laptop. Sebaliknya aku beri dia kitab al Quran suruh baca. Mulai hari ni jadikanlah ini teman.
Alhamdulillah dapat juga aku mengawal kemarahan, sayangnya tempias marah terkena pulak kat wife. Begitulah kehidupan yang dilalui hari ini...
No comments:
Post a Comment