Aku was-was bila bangun pagi ni samada badan sihat atau tidak. Maklumlah malam tadi macam nak putus nyawa masa nak tidur. Selsema cukup teruk semalam. Alhamdulillah nampaknya selepas solat suboh dan bersarapan cereal badan rasa macam ok.
Memandu ke ofis satiap hari ikut laluan yang sama memang membosankan. Banyak trafic lights. Banyak kenderaan. Ditambah dengan macam-macam ragam manusia yang memandu. Agak-agaknya kalau jalan ni tak dibuat dua lane, lebih elok jalan kaki 12km daripada menginsut bawak kereta. Jalan yang aku lalui ni memang jalan utama dan merupakan sebahagian daripada lebuh AMJ. Kalau tak silap AMJ bermaksud Alor Gajah-Melaka- Jasin. Tapi macam tak kena nama tu sebab jalan ini menyambungkan terus Simpang Ampat ke Sg Rambai hingga ke Muar. Kiri kanannya ada dua lorong. Untuk pergi ke Muar dari Melaka memang mudah guna jalan ini tapi kalau dapat dikurangkan simpang empat yang berpuluh tu dan digantikan dengan flyover tentu lebih lancar lagi perjalanan.
Tiba pejabat pagi ni aku terus mengadap laptop dan membaca dan membalas email mana yang patut. Aku cari email tentang gangguan bekalan jumaat lepas tiada pulak. Aku nak melawat Panasonic pagi ni sepertimana temujanji yang telah aku buat. Pengguna ni bayar bil setengah juta sebulan. dan terlibat pulak dengan gangguan bekalan hari jumaat itu. Aku cuba call Fauzi untuk dapatkan info lanjut tapi tak dapat. Call Fadli tak dapat. Call Azli tak dapat. Call Lokman pun tak dapat. Sampai pukul 9.00 lebihpun tak habis rollcall mereka semua ni. agaknya Tak apalah. Aku bukan boss mereka. Selalunya kalau boss yang call tengah kencingpun mahu bingkas menjawab. Sangka baik sajalah pagi-pagi ni.
Aku minta Lai bawa aku ke Panasonic yang terletak di kawasan industri Batu Berendam. Sunarnipun free pagi ni dan ikut sekali. Elok ikut, mana tau nanti jadi successor aku bila ku pindah nanti. Sebelum tu isi perut di restoran perigi tepi Bukit Cina dulu. Ni baru pukul 9.50, appointment pukul 10.30. Sempat lagi. Pelanggan tak berapa ramai jadi cepatlah servisnya. Restoran ni seusia servis aku dengan LLN/TNB juga. Masa bujang kerap breakfast dengan girlfriend aku. Si 'Timah' yang putih melepak ni memang kenal sangat aku. Pernah sekali dulu lepas makan nak ke kereta hujan pulak. Lalu dia pinjamkan payung. Kadang-kadang budi orang yang kecik-kecik macam ni tak pernah dilupa. Dia ni dulu kiut-miut tapi sekarang dah domok semacam. Banyak sangat makan agaknya, maklumlah hari-hari hadap makanan sedap-sedap.
Kat Panasonic ni security memang ikut prosedur betul. Bayangkan 3 orang pergi meeting yang sama dan naik satu keretapun tiap orang kena ambil slip pengesahan dengan pegawai yang nak dijumpai. Hangin juga aku. Aku tanya dia kalau orang besar yang driver bawakpun kena ambil pass jugak tak? Dia kata tak perlu. Aku ingat lain kali kena datang naik merc. Setakat tumpang MyVi parking kat luar sajalah. Apa nak buat masuk tempat orang, ikut sajalah. Yang penting visit aku berjaya. En Shamsul, director, Hj. Kamal, manager dan Zarif, engineer dah menunggu. Mereka ini baik-baik belaka dan very understanding. Dapat jugalah aku peluang untuk kongsikan insiden Jumat lalu dan cerita sikit tentang billing FIT yang mereka dah mula kena bulan ni. Leka berbincang tak perasan dah hampir pukul 12.00 tengahari. Bergegas aku minta diri sebab lepas ni ada meeting di JB dengan lawyer Syafie.
Tiba di ofis aku terus masuk Perdana aku dan memandu seorang ke JB. Lebuhrayapun kosong aja nampaknya. Malas aku nak bawa laju. Matapun mengantuk pulak tu. Aku tengok Honda Civic sebuah tu bukan main laju lag. Nombor plat pun baik, BBS 22. Jalan ler kau dulu, Takde apa aku nak kejarkan. Kalau aku lambatpun mereka boleh terus bincang sebab ada dua orang saksi lagi. Nasib abik aku tak follow dia. Tak sampai 20km di depan dia dah kena tahan polis. Kena samanlah tu. Nampaknya nombor 22 dia tu tak de ong. Elok lagi 636 aku ni.
Tiba Macap minyak macam nak kontang dah. Aku singgah top-up di Shell. Masukkan kad bonuslink dan kemudian kad visa. Approved. Tuanglah RM 85.01. Senang pakai kad ni, kalau cash nak kena menapak 100 kaki ke cashier. Bangla yang tercegat kat pam tu pun tak boleh harap langsung. Apa buat ambil mereka kerja ni kalau tak boleh membantu. Kan dulu ada polisi self service - angkat, masuk, tekan. Buat apa mereka menyemak kat tepi-tepi pam. Tapi selalunya kalau perempuan cantik yang nak tuang minyak terhegeh-hegeh ler dia nak membantu.
Satu yang aku tertarik kat Shell ni bila aku masuk nak beli air dan biskut untuk alas perut. Maklumlah dah tengahari. Aku ingatkan ada burung tiong yang pandai bercakap. 'Selamat datang. Selamat tengahari encik. Air nescafe kalau beli dua tin ada diskaun 50%. Coklat (lupa namanya) kalau beli dua guna bonuslink dapat 10 point. Air mineral yang kecil RM 1.20, bla bla bla...' Macam-macam benda disebutnya. Tak pasti samada dia sebut untuk aku atau pelanggan lain. Rupanya cashier tu juga kerjanya mempromosikan barang-barang kedai serbaneka situ dengan nada selambanya. Masa nak bayar macam-macam dia offer aku. Aku senyum saja. Sempat aku tanya macamana dia boleh ingatkan offer itu ini. 'Dah biasa, encik. Hari-hari kerja saya buat promosi macam ni'. Begitulah cara orang nak cari makan. Buatlah dik asalkan rezeki halal. Jangan tidor malampun kau mengigau offer itu ini sudahlah.
Sepatutnya meeting dengan lawyer Syafie untuk 2 kes saja, tapi lawyer Rahimpun menumpang 4 kes sekali. Entah kenapa aku malas nak bantah apa-apa. Aku tunjukkan dengan mereka cara yang patut dibuat untuk kes aku bila bicara nanti. Aku lebih senang bila apa yang aku bangkitkan aku boleh defend bila defenden tanya. Kalau tak jelas atau tak boleh defend lebih elok gugurkan saja. Kalau kalah nanti jadi precedent untuk kes-kes lain pulak. Sun Tzu ada pesan - not every war you have to battle. Sebab ada betulnya aku pegang kata-kata falsafah tu.
Selesai semuanya aku malas nak singgah mana-mana. Solatpun aku dah jamak masa tiba tadi. Teringat pulak wife ada masak sup tulang selangka yang aku beli semalam. Baik balik makan di rumah saja walaupun jaraknya lebih 200 km lagi...
No comments:
Post a Comment