Sudah masuk 21 hari aku dengan setianya menuliskan catatan dalam blog ini. Walau dalam keadaan penat dan sibuk macamanapun nampaknya aku dah berjaya melakukannya. Tak kisahlah jika entry aku merapu entah apa-apa. Ada pendapat mengatakan jika sesuatu benda itu dilakukan secara berulang-ulang 21 kali tanpa henti maka selepas itu ia akan jadi satu habit. Mudah-mudahan habit aku ini nanti satu habit yang positif yang tidak akan memudaratkan diri aku atau sesiapa sajapun.
Pagi ini tak sempat nak berjoging. Jika pergi joging tentunya appointment dengan dentist akan kantoi lagi. Selepas solat subuh aku senam ringan-ringan saja di rumah. Sempat juga aku menguliti pokok-pokok bunga yang segar di taman. Maklumlah semalam hujan. Mungkin juga bila pokok itu melihat aku mereka rasa gembira sebab lama tak menjenguk. Memanglah tak sempat nak jenguk halaman yang sekangkang kera itu minggu lalu, sebab seminggu suntuk aku bekerja dan balik selepas matahari terbenam.
Selepas bersarapan cereal dan mandi aku bergegas untuk ke Klinik Persona. Jika lewat tentu jenuh lagi aku menunggu. Cuaca pagi ini agak redup. Mungkin ada tempat-tempat lain yang dah turun hujan. Kenderaan banyak juga di jalanraya. Sesetengah orang macam aku ni bercuti, tapi yang terpaksa berkerja kenalah juga pergi ke tempat kerja masing-masing. Aku tiba ke klinik tepat pukul 9.00. Klinik belum buka tapi orang dah mula ramai. Rupanya ada nombor giliran yang disangkutkan di pintu untuk diambil. Bagus juga idea klinik ni. Taklah nanti bila klinik buka semua nak berebut.
Aku dapat nombor giliran 10. Tak kisahlah fikir aku. Kalau doktor ada tiga orang, tunggu dalam sejam dah dapat. Sekejap kemudian klinik dibuka. Dr Saha nampak macam letih. Ikut pengamatan aku kerja dentist ni memang meletihkan. Jika orang lain yang ada ijazah mungkin boleh bekerja dengan sign itu sign ini, atau mengarah-arahkan staffnya membuat kerja, tapi doktor gigi ni setiap pesakit dia kena attend sendiri. Pun tak macam doktor lain seperti GP yang tanya-tanya itu ini dan bagi ubat. Dentist ni kena hands on betul. Macam mekanik. Tambahan pula bila pesakit nganga mulut macam-macam benda menjijikkan dia kena hadap. Alahai. Macam Dr Saha ni, yang kliniknya sentiasa penuh mulai dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang, katanya nak makan atau nak solatpun tak dapat masa yang betul.
Sementara menunggu giliran aku sempat berborak dengan abang yang sebelah di bangku panjang luar klinik. Sette empuk dalam klinik dah dipenuhi. Dia bisnes jual ayam di pasar malam rupanya dan menemankan anak gadisnya betulkan braces yang tertanggal. Aku tanya berapa kos buat braces untuk anaknya. Mak datuk, RM 5,000! Tabik juga aku dengan penjual ayam ni. Bertuahlah anak gadisnya itu. Kalau aku mungkin fikir dua tiga kali. Nasib juga anak-anak lelaki ni tak macam anak perempuan. Gigi tak cantik manapun mereka ok saja. Berbalik kat abang penjual ayam ni, giliran anaknya nombor 1. 'Pukul berapa abang datang ni', aku bertanya. 'Pukul 7.00 tadi saya dah sampai. Saya tak boleh tunggu lama sebab lepas ni nak siapkan ayam untuk berniga petang nanti'. Begitulah kasihnya seorang bapa kepada anaknya, walaupun biasanya yang menemankan anak-anak ke klinik selalunya sang ibu. Tabik sekali lagi aku kat dia.
Tiba giliran aku, aku minta maaf dengan doktor sebab Sabtu lepas aku tak larat tunggu lama. Doktor kata diapun hampir pitam sebab terlalu ramai orang. Rupanya Sabtu lepas ada conference untuk dentist dan kebanyakan klinik gigi tutup. Sebab itu semua orang tumpu ke kliniknya, termasuk yang bukan melayu. Biasanya semua pesakitnya orang melayu. Hari ini dapatlah juga aku selesaikan treatment RCT untuk gigi dracula aku yang dah lama tertangguh. Walaupun buat RCT untuk gigi ni tak sesukar treatment untuk geraham, yang aku tak tahan bila sampai 6 syringe clorox digunakan untuk matikan akar gigi dan cuci lubang yang ditebuknya. Boleh hilang deria rasanya bila terkena lidah dan masuk ke tekak. Itu baru 2% saja kandungan cloroxnya. Harap jangan pulak ada yang pandai-pandai cuci mulut dengan clorox bila sakit gigi. Bukan deria rasa saja yang hilang mau nanti hilang lidah nanti dibuatnya.
Selesai ke klinik gigi aku terus pulang. Nampaknya jalanraya menuju bandar Melaka semakin banyak kenderaan. Itu sebab dulu aku cari rumah yang jaraknya jauh sikit dari bandar. Tapi rupanya sama saja. Apa taknya, selepas itu berbelas-belas kawasan perumahan naik antara rumah aku ke bandar dan semuanya jadi penyebab kepada segala jenis kesesakan.
Teringat pulak urusan dengan Digi yang tak selesai lagi. Kenapalah dah masuk tiga hari line Celcom yang aku switch ke Digi masih aktif. Bila nak boleh beli Galaxy Tab ni? Aku terus ke Tesco yang dekat dengan rumah aku tu. Nasib baik si Ann yang aku berurusan dulu ada di kedainya. Dia semak dalam komputer dan tengok apa masalahnya. 'Abang punya line ni sudah disconnectlah', beritau Ann. 'Mana ada, line saya aktiflah, tgk ni', aku tujukkan tanda full bar dan menara pada Nokia N97 lama aku. Bila disemak rupanya dia sudah silap masukkan satu digit nombor telefon 013 aku. Nasib baik aku datang check, kalau tidak mau sampai kucing bertanduk aku menunggu. Nampaknya kena sabar lagi sehari dua. Nasiblah, kalau duit dah habis tunggu lain kali sajalah.
Terus saja aku balik ke rumah sebab perut dah keroncong. Macama nak makan sebab lauk dah siap tapi switch rice cooker dia tak on. Ha ha ha. Ini mesti kes berangan semasa kat dapur. Aku koreklah apa yang ada dulu untuk alas perut. Wife masak sup selangka dan sambal udang sebagai main dishnya. Ikan caping yang digorengnya aku tak sentuh sebab aku tak berapa suka rasanya. Lunch hari nipun tekak tak rasa apa. Ini semua penangan clorox yang Dr. Saha gunakan tadi. Tak habispun sepinggan nasi. Nasib baik si Edi ada untuk habiskannya. Ijat tak sampai-sampai lagi. Risau jugak aku dibuatnya. 'Dia masih lagi on the way', beritahu wife. Ramai kawan yang menumpang kereta Kelisanya untuk balik bercuti. Dia tak call akupun. Sabau ajelah.
Pukul 5.00 petang baru dia tiba. Alhamdulillah. Jalan jam katanya. Jadi drebar teksi dia hari ni. Mula-mula hantar dua kawannya di Subang Jaya. Lepas tu tiba Melaka dia hantar pulak seniornya ke Bukit Sebukor. Kalau ikutkan memang aku tak suka dia buat begitu. Aku beri dia kereta untuk kemudahan dia. Nak suruh guna motor tak berapa nak yakin. Apapun ikhlaskan saja niat nak menolong. Harapnya dia berpada-pada, jangan sampai kawan ambil kesempatan. Letih benar dia aku nampak. Apa tidaknya, 9 jam dari Ipoh ke Melaka. Apapun aku syukur sebab dia dah selamat sampai.
Cerialah sikit rumah hari ini bila semua anak-anak ada di rumah walaupun hakikatnya masing-masing dengan aktiviti sendiri menghadap laptop dan PDA sendiri . Akupun ni tumpanglah sekaki tenggelam dalam dunia sendiri...
No comments:
Post a Comment