Monday, January 23, 2012

23.1.2012

Keletihan yang terlampau menjadikan subuh hari ini menjadi subuh gajah, Semua orang dah siap sedia untuk gerak ke Kuala Trengganu. Memang tak sah kalau datang  Ganu Kite kalau tak meronda ke bandar KT. Apapun aku isi dulu perut dengan nasi dagang yang dibeli oleh Abg Din, biras aku. Besut ni sempadan Kelantan, maka nasi dagangnya seenak nasi dagang orang Kelantan. Cumanya ikan tongkol gulainya aku tolak tepi dan gantikan dengan rendang daging.

Malam tadi rupanya aku datang ke Besut ikut jalan ke Jertih. Jalan tu sibuk rupanya. Patutlah lambat aku tiba walaupun jaraknya dekat sedikit. Manalah nak tau kalau. Kalau tak silap, last aku datang sini driving hampir 10 tahun dulu.

Pagi ni aku follow kereta Bang Din ikut jalan pantai ke KT. Jalan ini lengang sikit dan bolehlah speed. Memang Abang Din ni kalau drive kereta laju macam budak remaja umur 18 tahun. Hakikatnya, umurnya lebih 40 dari  angka itu. Hmmm...aku pulak tujuh tahun lebih muda dari itu.

Kami konvoi tiga kereta ke KT. Walaupun cuma 3  kereta tapi tak dapat jugak dapat tiba sama=sama. Fauzi yang follow di belakang sekali hilang entah ke mana. Dia missed kat satu simpang rupanya. Apapun kami bertemu juga di destinasi pertama iaitu Masjid Kristal. Ini second time aku lawat  masjid ini. Cukup ramai pengunjungnya. Asal jangan ramai-ramai datang untuk tengok masjid semata-mata sudahlah. Disamping melihat keunikan masjid ini sempat juga untuk bersolat jammah zohor dan jamak sekali solat asar. Imam solat zohor masih muda  lagi. Tapi dari gaya zikir dan doa lepas solatnya aku yakin dia ni lulusan tinggi dari Timur Tengah. Cemburu aku dengan  orang yang fasih dalam hal agama seperti dia.

Sewaktu masuk ke Taman Tamadun Islam ini aku terpandang iklan nasi aarab. Teringin juga nak merasa nasi arab sini. Rupa-rupanya nasi arabnya terhad. Siang-siang lagi dah habis. Ye ler tu! Jadi kami orderlah nasi briyani, sebab malas nak memilih-milih lauk kalau nak makan nasi putih di restoran di TTI ini. Pengunjung memang ramai, tapi aku nasihatkan kalau nak makan briyani pergi saja ke Batu Pahat. Di sini bukan tempatnya. Tambah pula harganya standard tempat pelancongan. Adalah dalam pinggan tu segenggam nasi dan seketul kecil ayam goreng garing dihidangnya untuk harga RM 7.90. Lain kali cari menu orang pantai timur sudahlah.

Kami sempat singgah di perkampungan keropok lekor. Mana lagi kalau tidak di Losong. Tabik aku kat orang sini, merata-rata orang jual keropok lekor. Urusan beli-membeli ni aku serah kat wife. Jalan yang sempit dan dengan bas-bas pelancong berhenti, aduh, sesak-barak dibuatnya. Yang uniknya sini keropok lekor dibuat di situ juga. Jadi boleh ler kita tengok mereka menguli dan merebusnya. Setiap kedai akan gorengkan keropok untuk jamah. Empat batang juga aku menjamah keropok yang panas-panas baru digoreng. Memang terkenal dan sedap keropok lekor Losong ni.

Dari Losong terus ke Pasar Payang. Jujurnya, takde satu benda yang aku beli sini. Macam nak runtuh tingkat satu bahagian kain batik ni dipenuhi orang. Nak beli songketpun yang aku berkenan, sampai harga beribu-ribu. Kalau pakaipun yang harga gitu siapalah nak pandang aku. Aku biarkan isteri, ipar dan mentua aku memilih-milih dan berunding harga kain batik yang nak dibeli. Bila masuk bab tawar menawar ni aku warning wife supaya jangan tawar rendah sangat. Jangan nanti sampai orang berniaga tak balik modal. Kawan tu pun cari makan jugak. Nampaknya masuk satu kedai saja mereka dah borong macam-macam.

Jam dah hampir 5.30 petang. Kena balik segera sebab Hafiza, anak tunggal kakak ipar aku tu nak balik ke Utara. Bas dia jam 8.00 mlm naik di Jertih. Apalagi, macam lipas kudung jugalah kami memandu pulang.

Malam ni Abg Din belanja kami makan malam. Biasalah restoran-restoran gini akan sediakan masakan thai. Entah apa nama restorannya akupun dah lupa. Makanannya agak sedap, tapi gigi yang aku buat RCT dua tahun lalu buat hal. Nak makanpun tak selesa. Memang kalah rasanya bila gigi mula sakit-sakit. Nasib baik gigi sebelah kiri ok sedikit. Restoran ni agak famous juga di Kg Raja ni. Sebab itulah aku nampak Datuk Yusoff Nor bekas menteripun makan di sini dengan gangnya. Orang besar-besar ni, kita kenal dia, tapi mereka bukan kenal kitapun. So takdelah kami nak salam-menyalam sebab diapun tengah sedap melayan didangannya.

Lepas sembang panjang dengan Abg Din di rumahnya, aku terus lena tidur. Penat betul rasanya. Lagipun esok nak balik awal ke Melaka cadangnya.

No comments:

Post a Comment