Malam kelmarin boss hantar sms maklumkan beliau cuti dua hari dan kemudiannya akan sambung meeting di Bangi sehingga hari Jumaat. Pesanannya supaya pastikan operasi harian berjalan lancar. Nampak gayanya beliau tidak akan ada di pejabat sepanjang minggu. Memang jarang boss nak beritahu bila dia tiada pejabat. Walaupun aku sure sms tu dihantar kepada rakan HOU yang lain, tapi aku tetap appreciate bila dimaklumkan begitu. Bagi sesetengah orang mungkin bila boss tiada inilah peluangnya nak 'mengular'. Tapi bagi aku kita bekerja bukan kerana boss atau semasa boss ada sahaja tapi kita lakukan sesuatu kerana itu amanah jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada kita. InsyaAllah, boss ada atau tiada aku kerja macam biasa juga dan pastikan memberikan khidmat sebaik mungkin.
Pagi ini ikut jadualnya aku ke Mahkamah sebab ada bicara kes jam 9.00 pagi. Sebab cuma di mahkamah Melaka sahaja dan biasanya bicara kes akan bermula selepas jam 10.00 selepas hakim selesai dengan urusan pentadbiran mahkamah yang lainnya, aku pilih untuk clear kan kerja-kerja di ofis dulu. Pagi-pagi aku lihat Radzuan, Sunpower minta bantuan penjelasan tentang MD kilangnya. Jangan pula silap MD tu bukan managing director tetapi maximum demand yang merujuk kepada penggunaan tertinggi beban elektrik kilangnya. Dia nak tahu macamana caj dikenakan sebab katanya hampir satu pertiga bil elektriknya adalah atas caj tersebut. Aku emaillah sedikit kepadanya penerangan tentang perkara itu. Rupanya banyak lagi benda dia nak tahu. Oklah nanti aku akan arrangekan satu perbincangan lanjut supaya dia benar-benar faham.
Pagi ini badan memang rasa tak berapa sedap. Tapi kalau sebutkanpun nanti macam dikatakan lemah semangat. Semasa bangun tidur rasa macam berdenyut di bahagian kiri dada. Bila aku tahankan nafas agak lama dan hembuskan semula hilang pula rasa sakit itu. Bila aku cuba buat pumping dan senaman ringan tiada rasa apa-apa masalah pula. Mungkin juga hari ini hari Isnin, maka mood kerja ada kurang sedikit tapi aku gagahkan juga. Kalau tak lawan rasa malas tak berasaplah dapur nanti.
Pukul 9.00 lebih aku gerak ke mahkamah di Air Keroh. Pagi Isnin di mahkamah rupanya tempat letak kereta yang terletak dalam 200m dari mahkamah penuh. Nasib baik dapat juga menyelitkan kereta. Bagus juga jalan kaki dalam matahari pagi sejauh 200m itu. Sanusi, Shakarizan dan Azwan yng juga saksi perbicaraan dah menunggu. Kes belum bermulapun. Hakim masih sibuk melayan sebutan itu dan ini. Defendan pun nampaknya dah hadir. Memandangkan bicara kes belum nak mula lagi dan witness statement yang lawyer Wan Zanariah sediakan aku dah baca dan tandatangan, aku pekena secawan kopi di kantin mahkamah bersama Sanusi. Ikut pandangan aku mahu kes kami ditangguhkan hari ini sebab nampaknya ramai lagi orang di Mahkamah Majistret 1 ni. Setelah nak hampir pukul 12.00 tengahari, lawyer beritahu kes ditangghkan. Majistret nak proceed dengan dua kes criminal dulu. Kes kami cuma tuntutan civil sahaja.
Beginilah pengalaman hadir ke mahkamah. Nak menunggu satu hal. Bila kes berjalan, nak kena bertahan serangan lawyer defendan. Nak masuk dock jantung dab dub dab dub, macam kita yang pesalahnya. Masa habis terbuang gitu saja. Syukur jugalah kes ditangguhkan sebab akupun rasa kurang sihat dan sakit rasa di kepala. Sebab dah kira nak masuk waktu lunch aku pelawa rakan-rakan untuk makan. Tekak rasa nak makan nasi arab, jadi kami naik satu kereta dengan Viva Sanusi ke Bukit Bruang. Mungkin kami orang pertama yang lunch di Dima hari ini. Budak-budak ni rupanya tak kaki makan. Terpaksalah aku bungkuskan lebihan untuk bawa pulang.
Petang tadi cadangnya aku ke kilang Panasonic di Tangga Batu untuk lawatan courtesy. Terpaksa batalkan sebab Jeffry, electrical engineernya ada meeting di Batu Berendam pula. Elok juga tak jadi dapat juga aku selesaikan lagi kerja-kerja yang lain. Sayangnya email aku tak boleh nak akses pulak petang ni. Nak gunakan Tablet, email lama tak boleh save pulak untuk aku semak dan balas. Terpaksa aku baca emai secara offline dah bersihkan mana-mana email yang dah tak diperlukan lagi. Nasib baiklah zaman sekarang gunakan email sahaja. Kalau melihat beribu-ribu email aku yang masih tersimpan rasanya kalau di print berapa fail dan berapa kabinet agaknya perlu disediakan. Itulah kecanggihan teknologi yang kadangkala tak kita sedari.
Tiba di rumah badan rasa letih sekali. Selera nak makanpun tiada. Sebelum solat maghrib aku jamah sedikit keropok dengan air sejuk. Lauk ikan bawal masak pedas yang wife dah masak aku pandang saja dulu. Lepas solat aku dah terbaring rupanya. Sedar-sedar dah hampir pukul 10.00. Jangan tidak aku jamahlah sedikit nasi yang wife dah hidangkan. Aku cuma fikir nak rehat serehat-rehatnya sahaja lepas ini...
No comments:
Post a Comment