Pagi ini ada perhimpunan mingguan di tingkat 3. Nampak kurang sedikit staff yang hadir. HOU yang ada cuma aku, Azli, Faiz dan Izwa yang memangku tugas PSM. Dah kena jadi ketua sementara ni cepat pula Izwa ke ofis sekarang. Kalau ada rezeki biarlah dia pegang terus jawatan tu. Dalam hal kerja dia ni fokus sebenarnya. KJ pun nampaknya tak ada. Azli pula agak keberatan nak bercakap bila Azwa yang jadi MC hulurkan mic. Mengenangkan perhimpunan pagi ni di buat seminggu sekali, aku ambil tanggungjawab untuk kongsikan apa-apa yang aku rasakan baik. Topik biasalah. Aku ingatkan semua staff untuk terus memberikan yang terbaik dan jaga kerja masing-masing. Memandangkan ada beberapa pelajar U yang sedang training ada dalam perhimpunan, perlu rasanya aku berikan kata-kata berunsur menaikkan semangat dan perangsang supaya mereka dapat gambaran yang betul tentang kerja dalam TNB ini. Sebagai humournya aku sentuh kisah si Hafiz yang menang vokal terbaik AJL kelmarin dengan lagu Awan Nano. Dia menang walau hanya nyanyi dengan pakaian yang sempoi dan berkaki ayam saja. Bila aku kata dia anak Herman Tino, mereka kata bukan. Silap rupanya statement aku. Sebenarnya Hafiz orang Sarawak. Manalah aku tahu, aku tengok diapun sekali tu jer masa AJL Awan Nano tu pun aku tengah cari apa cerita sebenarnya. Dato' M. Nasir dan penulis lirik tu memang pandai berkias.
Habis perhimpunan terus aku ajak Lai drive aku ke Panasonic. Perdana aku dah aku serahkan kepada Mohsin untuk tolong hantar ke woksyop. Walaupun pagi tadi aku drive kereta tu rasa smooth saja tapi aku tengok masih ada minyak yang jatuh ke lantai. Mesti ada leaking lagi ni walaupun dah repair 2-3 minggu lalu. Drive shaft yang dah ganti hari tu pun aku rasa macam bergoyang dan berbunyi. Tapi aku syukur juga sebab dengan keadaan yang macam tu pun jauh juga aku lenjan kereta tu merata tempat sampailah ke KT minggu lalu.
Bila dah biasa dengan Prime customer yang jadi PAIR aku ni, perbincangan pun jadi mudah. Kami bincang di kantin kilang Panasonic tu saja. Tempat tak penting. Yang penting hubungan baik diteruskan kalau pun tidak dipertingkatkan. Pengguna ini bernilai lebih RM 1 juta sebulan. Walaupun mereka tiada pilihan selain TNB tetapi tidak bermakna mereka tidak dihiraukan. Prime customer merupakan Top 1000 customers dalam TNB. Ada lebih sedikit 50 pengguna kategori itu di Melaka. Kami telah assign setiap executive yang ada menjaga sekurang-kurangnya satu akaun. Mereka kena ambil tahu sebaik mungkin tentang pengguna masing-masing. Jika ada apa-apa maklumat yang diperlukan, kami minta supaya pengguna dapat hubungi mereka. Jangan call general line samada 15454 atau 1300-88-5454 nanti khuatir terpaksa queue ketika waktu sibuk. Itu sebab kami namakan program ini sebagai PAIR - setiap execs dipadankan dengan satu Prime customer. Bukan nak up, tapi inilah hasil cetusan idea aku dulu hampir 5 tahun dulu bagi memastikan setiap executive ada customer mindset walaupun mereka tidak bertugas di bahagian customer service.
Belum sarapan pun lagi walau tadi Jeffry dan jamu air kopi kosong semasa jumpanya. Aku suruh Lai masuk jalan Tengkera. Teringin pulak nak makan mee 'bodoh' di warung Hasan. Ingat dah pukul 11.00 lebih ni dah kurang orang, rupanya masih lagi ada yang berdiri menunggu tempat duduk. Yang nak ambil telur goreng self service pun kena beratur panjang. Baik juga ada juga staff yang makan di sini dan nak beredar, taklah kami kena berdiri lama. Warung ini memang menyatukan semua kaum. Malahan aku tengok kaum tionghua lebih ramai dari orang melayu sendiri. Semua muka yang makan di sini ceria. Agaknya released tension mereka bila dapat menikmati sepiring mee goreng 'bodoh' bersama telur goreng yang masih panas-panas dan cair bahagian kuningnya. Rezeki Soon, Peter dan Yeo pulak hari ni. Semasa aku nak bayar mereka baru datang. Memang dah budaya kami tak kedekut membelanja. Aku bayarkan sekali pesanan mereka sambil ucapkan Gong Xi Fa Cai. Tak sampai RM 20 pun.
Tak ada apa isu yang Jeffry, assistant manager facility Panasonic inginkan penjelasan daripada aku tadi. Semua ok katanya. Cuma dia nak tahu lanjut tentang FiT yang baru mula sejak bulan Disember lalu. Bawah FiT ni, satu peratus caj akan dikenakan ke atas unit penggunaan elektrik setiap pengguna untuk dimasukkan dalam tabung SEDA. FiT tu ialah feed in tariff. Ia kadar yang akan dibayar kepada yang layak kerana menyambungkan tenaga elektrik yang dijana menggunakan RE seperti PV, biomass, biogass atau janakuasa hidro kecil ke grid. Ini semua untuk galakkan perkembangan tenaga hijau dan kos pelaburannya yang tinggi akan dikembalikan melalui tabung yang diwujudkan hasil pungutan dari FiT ini. SEDA pula adalah badan yang diberikuasa untuk mentadbir program RE kerajaan ini termasuklah menguruskan tabung. Pendek kata TNB tukang pungut dan duit disalurkan kepada SEDA. Untuk lebih jelaskan lagi aku emailkan kepada Jeffry info lanjut yang aku ada bila aku balik pejabat. Dia berpuashati.
Di pejabat, aku baca paper cutiings yan diemailkan oleh Rohani Deraman dari HQ. Petikan berita daripada paper Star menarik perhatian aku - TNB CEO to quit! Mungkin banyak tekanan yang diterima oleh CEO ini sehingga keluar berita itu. Apapun aku pasti dalam mana-mana jawatan yang kita kerja tak mungkin kita boleh kekal lama. Lebih-lebih lagi bila berada di puncak. Berada di puncak semua orang boleh nampak. Yang mata lebah akan nampak kebaikan. Yang mata lalat akan nampak keburukan. Malah kalau nak difalsafahkan lagi, semakin tinggi puncak didaki, maka makin dalam lagilah jurangnya yang menanti. Teringat juga dulu lecturer aku berpesan semasa mengajar subject management dalam final semestar di ITM berkaitan kerja ini - 'When you walk pass through a garden, don't walk too fast. You might not smell the sweet scent of the flowers. But don't walk too slow. You might be stung by the bees'. Maknanya jangan lama sangat berada di sesuatu jawatan atau tempat kerja. Aku sendiripun yang dah 5 tahun buat kerja yang sama rasa macam dah lebam-lebam disengat tebuan ni.
Nampaknya kereta aku tak boleh siap hari ini. Terpaksalah aku menumpang Sanusi untuk balik dari kerja. Nak minta wife ambil akupun dah agak terlewat nak beritahunya. Dia pun nampak macam tak seronok moodnya sebab si anak yang ambil ujian memandu tak call walaupun dah lebih pukul 3.00 petang tak balikmlagi. Aku cuba call pun tak berjawab. Bila selepas hampir sejam aku call semula barulah dijawabnya. Itupun dia dah sampai rumah katnya. Pelik betullah budak ni. Handphone ada tapi tak gunakan untuk beritahu emak bapak jika lewat. kalau dengan kawan-kawan boleh pula bergayut lama-lama dan bertexting. Nak pesan ni sikit, walau kita rasa diri dah besar maklum dah meningkat remaja tapi makan minum masih ditanggung. Kalau ibubapa tak dihargai siapa lagi. Bukankah syurga di bawah tapak kaki ibu. Jangan sesekali sakiti hati orang tua kita. Bila dia dah tak ada lagi di dunia nanti barulah menyesal. Kawan kalau hilang boleh dicari ganti, tapi ibubapa itu sajalah satu-satunya.
Dah terlanjur lalu jalan dalam ikut Cheng Perdana nampak pula warung char kuetiau. Aku pelawa Sanusi singgah sebab niat nak upah dia yang bawa aku balik ni. Kami order seorang sepiring dengan kopi Radix. Memang boleh tahan rasanya, cuma ada rasa asap sedikit. Habis makan Sanusi cepat-cepat bayarkan RM 10. Dia balas balik lunch yang aku belanja tadi di kantin agaknya. Sempat pula penjual tu tanya, macamana rasa kuatiau tu. Aku jawab sedap, cuma ada rasa asap. Tak jadi dia nak senyum. Aku cuma bagi feedback sebagai seorang pelanggan yang lurus telus...
No comments:
Post a Comment