Friday, February 3, 2012

1.1.2012

Ada juga baiknya bila kereta tak siap dibaiki lagi. Adalah peluang pergi kerja guna driver. Pagi ini wife drive aku ke ofis. Dia drive dengan tenang saja. Akupun tak tegur bila dia guna jalan dalam taman yang banyak 'bendul' untuk ke jalan besar. Kalau tegur nanti mesti dia serahkan tugas memandu Swift merah tu kepada aku. Aku lebih suka dia pandu sendiri keretanya. Aku cuma layak pandu 'perdana tua' tu saja. Jalanraya agak tenang pagi ini.

Sebagai upah dia hantar aku ke ofis, aku bawa dia bersarapan meee sup di D'Perigi. Perut aku dah beralas di rumah tadi, tapi aku pesan juga bihun sup untuk lawankan dia makan. Pagi-pagi ni rupanya ramai juga yang singgah sarapan di sini. Elok juga sarapan dulu sebelum kerja supaya bila kerja nanti dah cukup tenaga dan tak terganggu tugas. Bila lihat ramai yang makan tu orang bekerja wife berkata, 'seronok juga kalau kerja macam dulu....dapat makan-makan macam ni'. Sebelum dia cakap lebih panjang aku matikan kata-katanya, 'memanglah seronok makan-makan, yang tak seronoknya kerja yang awak nak buat tu'.

Si Timah yang jaga kedai makan ni nampak layu saja bila aku panggil untuk bayar. Dia demam rupanya. Aku tersilap tanya dia pagi ni. Sebab aku nampak badan dia dah membusut semacam, aku tanya dia umur dah masuk 50 ke belum. Dia bagitau umurnya baru 41. 'Hai lah Timah, depan restoran kau ni kan Bukit China, pergilah panjat petang-petang untuk exercise sikit. Kau bukannya tak cantik. Kalaulah kau slim....!'.

Pukul 8.30 aku ada unit meeting. Dua orang assistant aku ni nak tunggu aku juga buatkan meeting. Memang kebelakangan ni aku terkejar sana-sini hingga terganggu tugas hakiki. Tapi nak buat camna. Semuanya untuk company. Kalau aku tak ada tak adalah meeting gamaknya. Dalam meeting pagi ni aku ingatkan semua supaya faham tugas yang perlu dilaksanakan. Aku cakap direct sahaja dengan semua sebab aku perasan macam unit aku ni tak wujud pula di ofis ni. Tak dinafikan memang semua buat kerja dan pencapaian semua bagus, tetapi kalau tak 'ditonjolkan', maka orang ingat kita tak buat apa-apa. Yang lebih buruk jika kalau ada yang tak baik berlaku kita pula dipertanggungjawabkan. Lai dan Talib tak hadir meeting  Talib ada meeting lain dan Lai bantu Sunarni ambil bacaan 132kV.

Selesai meeting aku pelawa mereka minum. Rupanya sebab meeting mula pukul 8.30 pagi, tiada seorangpun yang sempat minum. Patutpun bila order masing-masing order macam nak makan tengahari. Aku cuma order roti bakar satu set sahaja. Mungkin duit angpownya banyak lagi, Camilla yang belanja makan kami ni.

Semasa meeting tadi badan aku rasa tak sihat. Hidung berair dan asyik bersin. Tapi aku teruskan juga kerja. Ubat selsema spare tak bawa pulak. Biasanya kalau selsema begini memang aku down dan terus ambil cuti. Tapi hari ini aku gagahkan juga kerja. Tiba waktu rehat aku terbaring sekejap di surau hingga imam kejutkan bila azan dah dikumandangkan. Rasa memang tak larat nak bangun solat, tapi aku gagahkan juga. Selepas solat aku teruskan buat kerja. Dapat juga aku selesaikan kerja-kerja yang perlu.

Jam hampir pukul 4.00. Aku minta ubat selsema spare dari Talib dan ajak dia minum di kantin sekejap. Ramai pula yang kerumun meja aku. Aku cuma order teh o limau gelas besar dan goreng pisang saja. Yang lain makan macam kenduri. Mungkin Mat Lela, Hasbul, Amy dan YB belum makan tengahari. Bila badan tak sihat dapat rasa air limau memang rasa sedap sikit badan. Petang ni aku belanja mereka semua makan. Mereak semua tu pun orang-orang yang aku kenal rapat. Apa salahnya belanja mereka sekali-sekala. Tak habispun RM 30.

Dah habis waktu kerja, kereta tak siap lagi. Aku call pun si Mohsin tak menjawab. Aku sms dia. Agaknya sakit teruk perdana aku tu. Terpaksalah aku menahan diri di pejabat walaupun badan dah naik seram sejuk. Bila betul-betul tak tahan lagi aku tunggu kereta aku sampai di luar pejabat. Mahu sejam menunggu baru si Mohsin muncul. Hampir saja aku suruh wife datang ambil aku. Tapi aku perlukan kereta untuk ke Segamat esok. Jadi kena tunggu Mohsin juga. Aku lebih selesa berjalan jauh dengan perdana kesayangan aku. Mosin beritahu kereta tak siap sepenuhnya. Leaking dah ok. Cuma drive shaft dan steering mounting kena buat hari lain. Oklah Mohsin, tak larat nak layan lagi ni. Nak balik makan ubat jer ni.

Memang betul. Lepas solat maghrib aku telan ubat selsema dan tidur. Jam 10.30 aku bangun sebab wife kejutkan untuk makan dan solat Isyak. Mata bagaikan bertongkat-tongkat nak buka. Mengenangkan dia dah penat masak, aku jamah jugalah lauk masak lemak pucuk ubi dan ikan kembong gorengnya. Lepas itu sambung tidurlah jawabnya....

No comments:

Post a Comment