Friday, February 3, 2012

2.2.2012

Hari ini ada bicara kes di Mahkamah Segamat. Menempuh jalan dari rumah ke tol Ayer Keroh ketika matahari mencarak di timur memang memedihkan mata. Nak pakai sunglass tak nampak jalan pula nanti. Macam biasa terpaksalah memanjangkan leher melindungi mata disebalik visor. Walaupun kenderaan banyak di jalanraya tetapi perjalanan agak lancar. Tak sampai setengah jam aku telah memasuki tol Tangkak.

Melalui jalan Tangkak menuju ke Segamat yang bengkang-bengkok juga agak selesa pagi ini. Aku memandu pada kelajuan yang biasa sebab badan masih tak sihat lagi. Khuatir selsema semalam berulang lagi, selepas sarapan aku dah telan sebutir paracetamol. Aku juga cuba menahan rasa mengantuk akibat menelan pil flu malam tadi. Keras juga ubat yang doktor berikan dulu ini yang masih ada beberapa butir lagi. Jika ikut aturannya perlu makan sebelah pagi. Rasanya kalau telan pagi hari, mahu tertidur semasa memandu ataupun kerja.

Alhamdulillh kira-kira 9.00 pagi aku tiba di Mahkamah Segamat. Hampir terlajak aku. Signboard yang ada betul-betul dah nak hampir ke simpang jalan masuknya. Memang aku pernah tiba di sini 2 kali sebelum ni dan stesen Petronas sebelum simpang masuknya jadi panduan. Mahkamah ini terletak agak tersorok kira-kira 500 meter dari jalan besar dan kelilingnya masih dilitupi kehijauan.

Rupanya ada 2 kes hendak dibacarakan pada pagi ini. Sebab itu aku nampak ex-staff aku Fauzi, Monzi, Haniff dan Hafiz yang  berlainan team ada sama. Satu kes lagi tidak melibatkan aku. Bagus juga tu. Lawyer yang mewakili kami ialah Norul. Dia orang Alor Gajah dan dah lama kerja dengan firma peguam berkenaan. Dia dan Wan Zanariah dari firma yang sama cuma Wan Zanariah baru join setelah berhenti dari firma sebelumnya. Wan Zanariah yang sepatutnya handle kes ini hadir di mahkamah Muar kerana ada kes lain yang dibicarakan serentak. Memang teruk agaknya kerja lawyer ni kena berkejar sana sini dan kena pula sediakan witness  statement untuk saksi-saksinya. Tu tak masuk lagi nak berhujah dalam mahkamah. Tak hairanlah lawyer baru firma ini yang namanya Siti sampai berhenti kerja kerana tak sanggup agaknya.

Norul dah sediakan witness statement untuk aku dan aku dah baca email kandungannya. Dah kerap sangat ke mahkamah ni aku dah boleh agak apa yang perlu aku tahu. Walaupun hampir 50 soalan yang disediakannya, tapi nampaknya semua soalannnya relevan. Aku baaca sekali lalu dan tandatangan empat salinan yang diberikannya. Sementara menunggu bicara macam-macam gelagat orang hadir di mahkamah ni aku perhatikan. Ramai juga pesalah criminal yang ada dengan pakaian lokap dan bergari. Yang bicara untuk tuntutan sivil juga boleh tahan ramainya. Entah apalah agaknya yang direbutkan mereka. Kalau tidak kerana kes-kes yang berkaitan kerja, seboleh mungkin tak hendak aku hadir ke mahkamah untuk selesaikan kes. Minta jauhkanlah.

Dah hampir 2 jam menunggu, Norul beritahu kes yang satu lagi ditangguhkan. Entah apa sebabnya aku tak tahu. Dia pesan supaya aku bersedia kerana akan dipanggil sebagai saksi pertama. Hari ini aku memang rasa bersemangat dan berdoa supaya kes tidak ditangguhkan. Nak rasa macamana perbicaraan depan Majistret sini. Kes cuma dibicarakan di hadapan majistret kerana tuntutan kurang daripada RM 25k. Walau tak besar sangat tapi lawan tetap lawan.

Sebentar kemudian polis mahkamah yang memakai kopiah memanggil nama aku. Aku masuk, menghadap majistret dan menganggukkan kepala sedikit. Itu peraturan. Aku terus masuk ke kandang saksi sambil menyerahkan ic lalu membacakan ikrar. Antara yang aku ingat rasanya ikrar yang dibacakan ialah 'Bahawa saya bla bla bla dengan suci hati berikrar bahawa segala keterangan yang diberikan dalam mahkamah ini adalah benar. Sesungguhnya tiadalah yang tidak benar melainkan benar belaka'. Aku harap aku tidak berbohong dalam mahkamah sepanjang perbicaraan yang aku telah lalui. Kalau didapati menipu mungkin nahas jadinya.

Berada dalam mahkamah, walaupun hakimnya muda atau wanita tapi tetap kena dihormati. Segala perkataan perlu diatur dan diucap dengan baik. Percakapan kena jelas, malahan walaupun jarak  tak sampai 5 meter pun tetapi mic digunakan. Berada dalam kandang saksi memang tidak selesa sebab dikurung setiap penjurunya. Hakim dan peguam duduk di kerusi empuk tapi saksi di kerusi kayu yang berkaki tinggi. Cuma hari ini di sini diberikan kerusi banquet yang belum ditanggalkan plastik pembalutnya. Sayangnya disebabkan itu bukan kerusi untuk kandang saksi, maka aku yang tinggi inipu bila disuruh duduk hampir-hampir aku boleh meletakkan dagu di atas mejanya. Orang yang lebih rendah mungkin boleh nampak kepala sahaja.

Bila perbicaraan dimulakan aku nampak Norul macam gugup sahaja. Tak tau pula pa sebabnya. Semua soalannya aku jawab ikut skrip. Memanglah mudah saja. Lawyer defendan adalah seorang India. Baru sekali dua rasanya berhadapan dengan lawyer kaum India sepertinya. Mungkin kerana dia dah biasa kendalikan kes seperti ini aku nampak dia bertanyakan soalan yang begitu teknikal sekali. Alhamdulillah berkat pengalaman menghadiri kes sebelum ini, soalan-soalan lawyer yang bijak  ini ini berikan dapat aku berikan jawapan yang sesuai. Malah bila dia terlupa clause dalam akta, aku jelaskan kepadanya satu persatu. Jikapun ada jawapan yang aku telah berikan semasa soal balas tadi tergantung kerana lawyer defendan cuma inginkan jawapan ya atau tidak sahaja, tetapi bila lawyer plaintif menyoalsemula, inilah masanya untuk berikan penerangan panjang-lebar dan jika boleh berikan jawapan-jawapan maut. Selepas ini lawyer defendan tak diberi peluang menyoal lagi dan akan dilepaskan daripada memberi keterangan.
Lebih sejam juga aku berada dalam kandang saksi pagi ini. Majistret wanita yang masih muda inipun nampaknya serious saja air mukanya. Kena serious begitu untuk elakkan bias. Nampaknya dia  juga tidak menegur seperti hakim lain apabila keterangan yang aku beri agak cepat. Mungkin dia dapat mencatit semuanya dengan pantas. Kalau setiap hari kendalikan 3 atau 4 kes teruk juga nak kena menulis. Baik juga aku tak ambil bidang ini dulu. Sebenarnya jawatan majistret atau hakim ni bila dipegang kena jaga batas pergaulan termasuk di luar waktu kerja. Mereka kena sentiasa menjaga protokol.

Selesai kes aku terus bergerak balik. Perut terasa lapar pula. Aku ternampak sebuah warung makan yang ramai pelanggannya ketika mengisi minyak di Stesen Petronas depan sedikit selepasnya. Aku berpatah balik dan berhenti makan di situ. Macam-macam lauk ada sehingga tak tau apa nak pilih. Akhirnya aku ambil lauk ikan masak asam pedas, lemak rebung dan telur asin. Memang tersa sedap masakannya walaupun aku ambil menu yang simple. Memangpun makanan di sebelah sini menepati selera aku. Harga pun tak mahal. Termasuk air teh o limau suam cuma baru berharga RM 5.60. Aku puji tauke kedai mengatakan makanannya sedap. Dia senyum lebar sambil beritahu dengan bangganya, kalau bukan waktu cuti warungnya penuh dengan student UiTM Segamat datang makan.

Hendak balik ke ofis rasanya dah alang-alang. Eloklah aku singgah di ofis Jasin sahaja sebab ada lagi kerja yang staff sana minta bantu selesaikan. Sambil itu boleh juga aku berbincang dengan Hj. Hamdan, PK Jasin. Sebelum itu aku berhenti untuk solat Zohor selepas keluar tol Jasin. Lengang saja tempat ini. Memangpun tempat ini agak bahaya dan kena berhati-hati.  Sebab jarak perjalanan aku melebihi 100km aku terus saja jamakkan Zohor dengan Asar. Itulah untungnya bermusafir.

Selesai tugas di Jasin aku ajak Nasir untuk keluar minum. Mungkin sebab demam dah kebah ni perut rasa kosong saja. Teringin nak makan goreng pisang. Mungkin teringat goreng pisang tanduk yang aku makan sampai 4 keping di kantin semalam. Rupanya Nasirpun tak tau mana nak cari goreng pisang sedap di Jasin. Mat Taha yang membantu berikan arah tempatnya di Air Merbau. Betullah, walaupun goreng pisangnya kecil-kecil dan goreng keledeknya nipis-nipis sebab nak jual dengan harga empat seringgit, tapi rasanya sedap. Tak hairanlah 3-4 orang polis yang duduk dimeja sebelah bertambah-tambah sampai 3 kali. Lain kali boleh datang sini lagi.

Sebelah malam selepas makan nasi dengan sup ketam yang wife masak kami pergi ke Tesco untuk berbelanja. Bukannya apa, tapi sengaja nak gunaka voucher RM 15 yang akan luput 2-3 hari lagi. Kalau beli lebih RM 200 maka akan dipotong RM 15 itu. Sebab tengah berjimat belanja ni, elok juga aku guna voucher tu. Tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku kira setiap barang yang aku beli, tapi hari ini untuk pastikan hari ini nak beli cukup-cukup RM 200 saja. Lagipun seminggu lepas baru saja beli barang dapur, juga dengan guna voucher potongan RM 15 yang Tesco beri. Pandai betul Tesco ni mengumpan pelanggan. Sengaja diberikan 2 voucher untuk digunakan pada tarikh berlainan. Disebalik fikir, kalau tak beli hari ini, lain kali beli juga. Sebab aku sentiasa mengira setiap barang yang dimasukkan ke trolley guna HTC aku, terpaksalah wife ikut rentak aku. Jika biasnya dia main capai saja tapi kali ini aku dah control keborosan dia. 'Berapa harga', aku tanya setiap kali dia capai barang. Mungkin dalam hati dia kata. 'kedekut betul laki aku ni!'. Bukan kedekut tapi perbelanjaan berhemah. Sungai tinggal satu. Mengalir masuknya lesu. Mengalir keluarnya laju. Semalampun si Edi minta RM 1k untuk beli peralatan optonya macam minta RM 10 saja. Sebab kesiankan anak nak belajar dan sekarang dah canggih, klik klik kat HTC danpun  transfer duit kat dia. Itupun kalau ada duit dalam bank, kalau tidak transfer habuk sajalah.

Berjaya juga aku belanja berhemah malam ni. Walaupun taklah aku ambil barang genap-genap RM 200 tapi dengan barang-barang yang penuh satu bonet dan tempat duduk belakang kereta Swift, aku cuma belanjakan RM 214.60 setelah tolah voucher RM 15 tu. 'Wah! Banyak juga barang kita dapat ye malam ni', kata wife aku sebab lenguh agaknya dia mengeluarkan barang dan kena menyusunkannya di tempat yang perlu. Apa tidak banyaknya, sebab malam ini aku dapat beli macam-macam termasuklah minyak masak seri murni 5kg, tepung dua kampit, gula sekampit, syampu rambut Clear 350ml untuk aku, softlan, milo 2 kg, aiskrim potong kacang merah 6's favorite aku, nuget ayam seri murni, tempura Ramly, 3 kotak dutch lady fresh milk, 2 paket yakult, 1 pek maggi, 2 tong sampah, 2 pek tisu 90's dan 200's, plastik sampah, koko krunch, honey stars, twisters dan 2 botol besar sunlight. Wah kuat juga memori aku ni ingat semua yang dibeli. Selepas ini akan praktikkan untuk kirakan harga setiap apa barang yang nak dibeli supaya tak over budget. Nak bagi KPI kat wife selepas ni. Kalau nak dapat SEE tak boleh beli lebih daripada 5% daripada yang dah dibajetkan....:-)

No comments:

Post a Comment