Pagi ini aku ke tempat kerja bersama wife. Dia ikut sama sebab ada kuliah agama di ofis macam biasa setiap dua minggu. Dapat juga aku lapangkan masa untuk hadiri sama kelas tu. Masih lagi dalam bab solat. Walaupun semua orang rasanya bersolat, tapi penting juga untuk dalami ilmu tentangnya. Khuatir nanti kita lakukan solat secara ikut-ikutan dan kita mungkin tidak tahu ada perkara-perkara yang kita buat tidak menepati kehendak atau rukun-rukun solat. Banyak juga yang dapat dipelajari dalam masa 1 jam kuliah ini. Satu yang penting nak kongsikan adalah apabila melakukan sujud maka dahi, dua tapak tangan, lutut dan kedua-dua ibu jari kati mesti menyentuh tempat sujud. Jika tidak, solat tidak sah. Yang penting juga dalam tujuh anggota sujud itu, bahagian dahi tidak boleh berlapik ketika menyentuh tempat sujud, waima jika pakai serbanpun tidak boleh ekor serban yang panjang melapik dahi ketika sujud. Kalau tak faham juga eloklah belajar dengan ustaz-ustaz yang mengajar tentang ilmu feqah macam ni.
Pagi ini pejabat PK adakan majlis perpisahan untuk Hj Hanafiah yang akan bersara. Hapir dah umurnya 56 tahun. Apabila dipelawa sertai aku turut berikan sumbangan. Mungkin sebab lepas kuliah tadi dah ada sedikit minuman, aku cuma jamah air saja pada majlis Hj. Hanafiah ni. Bila tengok orang dah bersara, terfikir pula dalam 4-5 tahun lagi kalau umur panjang tibalah nanti giliran aku pula. Hj. Hanafiah ni bila nak bersara dan bersedia dengan berbagai persiapan termasuk kebun getah dan dusun buah-buahan. Maklumlah dia ada ank kecil lagi. Bila wife nya meninggal, dia kawin semula salin tikar. Sekarang isterinya baru umur 42 tahun. Mahu nanti dah bersara dia akan timang anak lagi selain timang cucu. Aku nanti bila bersara cuma mengharapkan pencen tiga empat ratus itu sahajalah nampaknya. Kecuali rumah buruk ni, harta kekal tiada lainnya. 'Pandai-pandailah kalian wahai anak-anak. Sementara papa ada ni kau orang carilah pelajaran yang dirasakan sesuai denga hendak masing-masing. Jangan nanti menyesal kemudian hari'. Aku pun tak mengharap nak menongkat dunia lama.
Pagi ini juga sempat jumpa pengguna yang ada kes dengan TNB untuk perbincangan. Kenapalah assistant aku ni tak reti-reti nak beritahu aku bila appointment dengan pengguna dah confirmed. AKu ingat tak jadi sebab pengguna ni bila dibungi kerap ada oversea. Nasib baiklah bahan untuk perbincangan dah ada, jika tidak susahlah nak berdepan dengannya. Memang kerap terjadi dalam kerja ni masalah komunikasi. Mudah sangat dianggap orang lain akan tahu apa-apa perkara yang dia telah buat. Mudah saja, bila minta set appointment dan pihak sebelah lagi setuju maklumkan saja semula. Takkan itupun nak berajar.
Tengahari aku balik ke rumah tumpang kereta wife. Aku nak ambil Perdana untuk beri mekanik repair. Cuti hujung minggu yang panjang termasuk gantian Maulidurrasul pada hari Isnin nanti bolehlah ada banyak masa untuk dia baraikan kereta aku tu. Bila drive shaft dan berbunyi dan mounting pada stereng dah longgar, nak bawa kereta tu laju-lajupun takut. Buatlah nanti tercabut tengah driving, tak ke aniaya.
Hampir nak masuk waktu Zohor untuk solat Jumaat, hujan bukan main lebat turunnya. Kalau ikutkan memang boleh excuse kalau hujan lebat begini. Tapi sebab keretapun ada dan jarak masijid Bertam Ulu pun dalam 2 km saja, aku redah terus ke masjid. Di masjid aku lihat walaupun hujan lebat tetapi jemaah tetap ramai. Syukur kerana masih kuat lagi pegangan ugama orang di kawasan ini. Bagusnya bila hujan ni si Adzrif terpaksa ikut aku. Jika dia pergi sendiri naik motor, nanti hampir masuk asar baru dia nak balik.Agaknya lama dia dengan kawan-kawan mengulas isi kandungan khutbah jumaat. Kalau itu yang dibuat, alangkah baiknya.
Waktu petang di pejabat aku ada sesi perjumpaan dengan frontliners, iaitu staf yang kerja di kaunter. Kerja mereka menghadap pengguna. Melihat kepada bilangan yang datang walau diluar masih hujan membuktikan mereka memang patuh dengan arahan. Aku minta Camilla arrange kan sesi ini sebab nak bincangkan isu komunikasi dengan pengguna yang timbul minggu lalu. Kadangkala dalam melayani pengguna ni, tak perasan kita telah jadikan pengguna macam bola. Tendang sana tendang sini. Jika ada pertanyaan daripada pengguna yang bukan kerjanya, dia pass kat orang lain dan begitulah seterusnya. Sebagai contohnya jika pengguna buat panggilan telefon dan ingin bertanya sesuatu dan ianya bukan berkaitan kerja kita cuba tanyakan dulu apa isunya dan dapatkan maklumat lanjut pengguna seperti nombor telefon, no. akaun dan sebagainya. Beritahu pengguna beliau akan dihubungi semula. Serahkan kerja tu kepada pihak yang bertanggungjawab. Masukkanlah isu pengguna itu dalam SMP supaya tindaknnya boleh dipantau. Apapun dalam setiap isu seperti ini timbul dan jika dibuatkan post-mortem pastikan kita akan dapati banyak lagi ruang-ruang pembaikan ada. Itu sebab aku susah nak marahkan staf ni jika timbul rungutan pengguna.Lebih elok cuba carikan puncanya dan bincangkan jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua. Itulah jalan yang terbaik.
Bila hari basah begini badanpun jadi tak selesa sama. Wife yang datang fetch aku mengadu badan rasa nak demam. Mana tak demamnya, hampir sejam dia tunggu aku dalam kereta sebab lewat sikit meeting aku habis. Terpaksa juga dia tunggu aku solat Asar yang belum aku selesaikan lagi. Sebagai upah aku ajak dia stop untuk mengeteh di Subaidah Jln Hang Tuah. Wife order teh tarik dan capati. Aku order kopi dan tosei sardin. Aku tak minum teh tarik nanti menendang dalam perut ni. Sedap juga rupanya tosei sardin ni. Cukup untuk makan malam sekali. Dah lama aku tak minum kedai mamak ni walaupun hari-hari aku lalu depannya bila balik kerja. Memang agaknya aku ni bukan kaki kedai kopi.
Memang betullah malamnya aku memang aku rasa tak sihat betul. Tak sempatpun aku nak buka FB atau berborak dengan si Edi yang balik lepas Maghrib. Awal lagi aku dah berdengkur...
No comments:
Post a Comment