Pagi ini sepatutnya terus ke Jasin. Ada woksyop untuk 'membersihkan' 10 NCR yang dikenakan oleh IQA Auditor bulan lalu. Ia sebagai persiapan untuk hadapi Audit SIRIM tidak berapa lama lagi. Sebab semalam MC, pagi ini aku menuju ke ofis dulu untuk 'bersihkan' kerja-kerja yang tertangguh. Tak banyak kerja yang ada tapi elok juga bila tak banyak sebab dapat meneliti setiap perkara sebelum 'ditenyeh' untuk kelulusan atau diperakukan.
Aku panggil. Ana dan Azman masuk. Dua hari lepas aku tak nampak batang hidung mereka. Maklumlah sebab cuti mereka melalui penyelianya, selagi mereka tak 'agree' dulu, aku takkan nampak dalam ESS yang mereka dah majukan cuti. Aku faham sebab masing-masing ada anak yang bersekolah, maka awal tahun adalah urusan anak yang nak dibereskan. Cuma bila fikir-fikirkan yang peliknya kenapa dalam dua-dua kes staff aku yang kena ambil tanggungjawab. Si Azman, isterinya suruh uruskan hal anak dan si Ana pula suaminya minta dia yang uruskan. Kenapa tak sebaliknya? Nasib baik anak-anak aku dah tak ada yang sekolah lagi tahun ni, selesai tanggunjawab gitu.
Pagi ni aku lecture mereka berdua supaya lebih serius dengan kerja. Maklumlah tugas mereka bukan macam staff frontliners atau kerani-kerani lain yang ada tanggungjawab khusus. Tugas mereka am sahaja dan tak ada komitmen yang ketat. Bila-bila masa boleh MIA. Pun begitu mereka telah aku bagikan tugasan untuk dibuat setiap hari. Tapi bila nampak meja mereka kerap kosong aku rasa kerja yang diberi masih belum cukup lagi. Apapun mereka berdua memang cekap dan mudah melakukan tugasan tanpa banyak soal. Tapi masalahnya kena dikawal.
Hampir pukul 9.00 aku bergerak ke Jasin untuk hadiri wosyop. Aku pasti, walau ikut jadual ia mula pukul 8.00 tapi selalunya pukul 9.30 pun belum tentu lagi. Tenang saja jalan ke Jasin pagi ni. Aku lalui bulatan Bukit China terus ke jalan Bukit Gedung. Lalu pula depan stadium dan yard, belok ke kanan lebuh AMJ. Lampu isyarat semuanya hijau. Belok ke kiri jalan ke Ayer Molek dan terus lalui Tehel dan Bemban.
Hampir-hampir ke ofis Jasin, handset bergetar. Ada call masuk. Wan Zanariah lawyer rupanya. Nombor telefonnya aku tak kenali sebab baru sekali ni dia call. Dia tanya aku dah tiba ke Mahkamah Segamat atau belum.
'Eh, kes mana satu pulak ni? Hari tu kes yang kita bincang dan patut bicara hari Selasa dah selesai luar mahkamah. Hari ini satu lagi kes yang sepatutnya bicara kat Segamat juga HQ bagi tau dah settle luar juga. Kes mana ni pulak yang nak bicara?'
'Ada satu lagi kes lah yang clash hari ni, yang dulu u kata tak dapat hadir', balas Wan.
'Laa, ingat dah setkan untuk saya tarikh lain...'.
'Kes ni berjalan hari ni, tak boleh tangguh. Dua lagi saksi dah on the way...'.
'Witness statement saya macamana?'
'Dah ada. Dulu lawyer Nurul dah sediakan'.
Sebab terlampau banyak kes mahkamah yang aku kena hadir tak larat nak mengingatnya. Malas aku nak membantah.
'Oklah saya terus ke sana. 1 jam lagi saya sampai. Teruskan dengan dua saksi tu dulu'.
Pedal kereta aku tekan kuat menukar cruising mode kepada laju. Sambil tu aku baca zikir 'Ya Latif'. Maklumlah bila berhadapan dengan kes-kes mahkamah ni aku mintaklah supaya hati-hati penentang tu lembut sedikit. Jika tidak, 'masak' bersoal jawab macam aku pulak yang jadi defendan.
Masuk tol Jasin terus ke lorong Touch & Go walau booth tunai kosong. Berkejar begini, setiap saat berharga. Terus saja Perdana kesayangan tu meluncur laju. Tak sampai 5 minit dah masuk ke tol Tangkak. Baru nak lepasi tol handset bergetar lagi. Suara lembut Wan Zanariah lagi di hujung sana.
'Defendan dah setuju nak selesai kes dengan 6 kali ansuran. Saya dah dapat advice daripada Faridah Legal untuk accept. U dah sampai mana ni?'
Adui, boleh gila aku hari ni. Nak menyejukkan hati aku katakan padanya, 'tak dapatlah i nak jumpa u hari ni...?'.
'Ada banyak lagi kes, don't worry..'. Lawyer Wan ni memang agak peramah. Baru seminggu lepas aku kenal masa mesyuarat kes di Segamat. Dia juga agak mesra. Keluar tol aku buat u turn dan masuk tol semula menuju ke Jasin.
Inilah halnya bila berurusan dengan kes-kes yang naik mahkamah. Tak hadir nanti dipersalahkan atau kes boleh dibuang dan kalah. Ada kala hakim cuti, kursus, mc. hakim mesyuarat, ada kes lain lebih utama, tak cukup masa dan macam-macam lagi. Banyak masa aku terbuang dan kerja hakiki terjejas tapi apa nak buat gaji syarikat bayar, ikut sajalah...
Tiba Jasin aku cari kedai untuk isi perut. Sarapan kat rumah cuma cereal dan susu. Yang kat woksyop tentu dan susun pinggan. Bila badan mula sihat ni tekak mulalah juga nak makan itu ini. Nak cari mee kari, kedainya tutup. Tuju saja restoran Nasi Ayam Gemas. Nasi ayam dengan kopi RM6.70. Boleh tahan. Sebab restoran franchise agaknya. 'Tengahari tak payah makan, nanti boleh Zohor berjemaah di Masjid Al Ghaffar depan ofis', fikirku.
Dapat juga aku bersama dengan staff lain dalam woksyop dan facilitate mereka untuk buat apa yang patut. Diam tak diam pukul 6.15 petang juga baru aku keluar ofis. Walau penat otak seharian ni aku lega dan memandu pulang dengan hati yang lapang dari Jasin ke rumah yang jaraknya 33km....
No comments:
Post a Comment