Malam tadi tidur tak nyenyak. Rasa ada macam-macam gangguan datang. Mungkin silap aku juga, sebelum tidur keluar tepi rumah mencari bulan di langit. Bulan malam ke 12 ni nampak suram sedikit. Tak perasan aku mengintai bulan tepat pukul 12.00 malam. Malam Jumaat. Terus masuk tidur tak basuh kaki. Nak percaya atau tidak, aku diusik'nya'. Jenuh membaca ayat itu dan ini sambil mata tak boleh buka dan badan terkejang. Berat rasa bila nak bangun pagi.
Pagi ni wife bersiap mengalahkan aku yang nak pergi kerja. Dia ada kelas agama di pejabat. Walau dah pencen, dia ikuti juga kelas tu sebab ada rakan-rakan baiknya turut sama. Aku tak larangnya sebab itulah rutinnya setiap dua minggu selain belajar agama di rumah dengan mendengar ceramah berbagai ustaz dan pakar-pakar agama di radio IKIM. Kadangkala aku turuti sama kelas di pejabat jika tidak outstation. Hari inipun tak dapat ikuti kelas kerana perlu ke Jasin menyambung woksyop semalam untuk sehari lagi.
Bergerak ke Jasin pukul 7.30 pagi ni memang menyeksakan. Apa tidaknya waktu ini matahari tepat bertentang mata. Aduh, naik berpinar mata di buatnya. Nampaknya sepanjang pergi kerja empat hari ni matahari memancar-mancar.
Tiba di Jasin, Nasir dan Talib dah tunggu di kereta. 'Jom minum luar, atas makan mihun ajer', Nasir pelawa memaksa. Aku dah makan coco crunch dan corn flakes di rumah tadi, tapi aku layan sajalah mereka bila Nasir dah bukakan pintu MyVi Talib untuk aku masuk. 'Ke mana ni?. Dekat ajer dah ler. Ok gi kedai mi karu tu'. Aku bertanya dan bagi cadangan. Semalam dah kempunan sebab kedai tu tutup. Macam dengar arahan dari Boss, Talib terus pusing stereng ke kiri. Tak sampai 3 minit ke kadai tu. Alhamdulillah, kedai makan tu berniaga hari ni. Selera kami bertiga sama pulak. Semua order mee kari tambah telor goyang dan kopi O. Masa nak bayar hargamya cuma RM 13.50. Aku belanja pagi ni. Kalau dicongak RM 4.50 untuk set lengkap dalam claypot yang ada kerang, udang, ayam goreng dan tambahan telur goreng ni memang berbaloi. Sedap dan murah.
Woksyop berjalan macam biasa. Masing-masing sibuk berbincang dan menumpukan perhatian untuk siapkan hari ini juga. Petang nanti nak present depan Datuk GM. Sambil tu sempat juga aku membalas e-mail yang perlu tindakan segera dan menyediakan PMS yang aku dikehendaki siapkan hari ini juga. Tahun ni nampaknya PMS aku ada perubahan, 60% report di negeri dan 40% report di hq. Wah, melapor kepada dua boss nampaknya mulai tahun ni. Tak kisahlah, lebih-lebihpun akan dapat 3.99 juga. Ok, PMS beres.
Leka dengan kerja sampai ada yang lupa hari ni hari Jumaat dan perlu segera ke masjid. Aku jalan kaki saja ke Masjid Al-Ghaffar di seberang jalan sana. Tak sampai 200 meter, tapi cuaca panas terik. Bagusnya masjid daerah ini imamnya muda dan penyampaian khutbah menarik. Semua sebutan dan bacaan tepat dan tak membuatkan jemaah tertidur. Selesai solat jumaat ada solat hajat untuk memohon kesejahteraan umat.
Imam berpesan, 'kita lakukan solat ini secara bersendirian', disamping membacakan lafaz dan niatnya dan minta makmum ikut sahaja pergerakan imam.
'Rakaat pertama selepas Fatihah baca Ayat Kursi, dan rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al Ikhlas. Dalam sujud terakhir baca 7 kali Laa ilahailla anta subhanaka inni kuntuminazzalimin', ajar imam muda itu lagi.
Nampaknya ini bakti yang dapat aku sumbangkan sedikit untuk ummah hari ini dan semoga doa permohonan kami untuk keselamatan umat Islam dan keamanan negara ini diperkenankanNya.
Melintasi satu pelepah pokok palma yang kering jatuh ke bumi menjadi ilham tambahan untuk aku hari ini. Ianya satu kiasan bahawa satu masa nanti akan tiba juga giliran untuk aku pergi dari dunia ini. Lantas aku ambil gambar pelepah tersebut dan post ke FB. Nampaknya ada juga sahabat yang sudi melihat dan memberi komen yang berguna....
No comments:
Post a Comment