Sebab dah bangun awal pagi, maka aku dapatlah membersihkan diri dengan slow and steady. Badanpun dah rasa lega sedikit dari semalam. Waktu subuhpun masuk selepas pukul 6.00. Subuh pagi jumaat ini memang digalakkan membaca surah sajadah. Alhamdulillah sebab aku mampu hafal surah yang agak panjang ini dan untuk solat subuh ini aku bacakan ayat tersebut. Di pertengahan ayat sajadah ini disunatkan sujud lalu aku terus bersujud mengakui kebesaran Allah. Itulah antara kelainan solat subuh pagi jumaat yang kerap diamalkan oleh orang yang mampu melakukannya.
Pagi ini hari terakhir di JB. Aku kemaskan pakaian dan sumbatkan semuanya dalam satu beg. Sebelum check-out aku menghadap breakfast dulu. Sebab aku siap agak awal, maka tenang-tenang saja aku breakfast pagi ni. Hajat nak makan nasi lemak tercapai juga. Memang sedaplah nasi lemaknya. Sebab terasa lapar lagi dek tak dinner malam tadi aku tambah pula dengan sekeping roti canai dan telur omelette lagi. Barulah terasa sedikit kenyang. Berbaloi jugalah rasanya dengan rate RM 30++ untuk breakfast ini. Sayangnya pagi ini tak ada buah naga putih. Jadilah tembikai merah dan nenas madu jadi pengganti.
Kami sambung lagi sesi siasatan pada sebelah pagi ini dengan seorang lagi saksi. Penat juga menyuruh saksi ini memperlahankan cakapnya untuk dirakamkan. Nampaknya kurang-kurang pengerusi aku pula yang lebih kerap mengingatkan saksi. Bukannya apa, kalau tersilap atau terlepas dari mencatit nanti kes tidak dapat dipertimbangkan dengan adil. Akupun tak jangka kes akan berakhir hari ini sebab pendakwa ada empat lagi saksi nak dibawa. Sehingga petang dapatlah kami selesaikan hingga saksi yang kelima. Melihat kepada saksi-saksi yang terdiri dari rakankerja tertuduh ni macam-macam karenah dapat dilihat. Ada yang nampak macam terang-terang sangat anti dengannya tetapi ada juga yang mengambil sikap berkecuali. Macam-macam pengajaran boleh diambil tentang sikap manusia ini. Harap jangan ada niat terpesung yang tersembunyi.
Hari jumaat ini aku bersolat di Masjid Sultan Abu Bakar. Masjid diraja ini walau sudah tua tetapi sangat selesa dan tenang berada dalamnya. Tentulah keberkatan yang ada pada pemimpin dan orang alim yang sering bersolat di sini menjadikannya berkeadaan begitu. Celik mata aku sepanjang imam membaca khutbah sehingga isi kandungannnya tentang hal perkahwinan dapat aku ingati. Rupanya ikut statistik setiap satu daripada enam perkahwinan akan diakhiri dengan perceraian. Hampir 30 ribu pasangan Islam bercerai setiap tahun rupanya. Dan dikhabarkan ada yang bercerai hanya selepas beberapa hari saja berkahwin. Memanglah alam rumahtangga ini perlu banyak bersabar. Tiada siapapun yang perfect samada suami atau isteri. Isteri lebihlah lagi tidak sempurna sebab didatangkan dari tulang rusuk yang bengkok. Jika cuba diluruskan akan patah. Jika dibiarkan bengkok dan melayan karenahnya mungkin tak termampu melayan kehendak nafsunya yang sembilan itu. Selesai solat sempat juga sama-sama solat jenazah untuk seorang perempuan. Tak pasti samada perempuan muda atau tua. Tetapi ramai juga warisnya solat bersama. Kematian menandakan tamat satu kehidupan di dunia. Dalam kubur dan di akhirat nanti apa cerita? Dah bersediakah kita. Teringat pesan ustaz di radio Ikim, ketika Rasuulullah melihat jenazah beliau berkata; 'Mudah-mudahan selepas ini dia akan berehat atau orang sekelilingnya berehat'. Maksudnya ialah samada kematian itu menjadi kerehatan kepadanya atau kerehatan orang-orang orang sekeliling daripada kejahatannya!
Hari ini pihak urusetia tak sediakan lunch rupanya. Ingatkan selepas solat nak makan. Tak ada rezeki. Baik juga breakfast pagi tadi agak heavy. Selepas selesai sesi petang jam 5.00 aku jamahlah pengat labu yang disediakan. Jadilah. Sesi siasatan ini akan disambung lagi bulan depan. Ke JB lagilah lagi nampaknya. Itupun nanti belum tentu boleh selesai.
Habis sesi aku terus drive pulang. Dah tiga hari tinggalkan rumah. Terasa pulak nak belikan sesuatu untuk buah tangan. Aku keluar tol Senai untuk ke JPO. Manalah tahu kalau ada yang berkenan di kedai orang-orang kaya tu. Rasanya tempat ini bukan layak aku. Tak ada satu bendapun yang aku berkenan. Yang aku berkenanpun mahal gila. Nak beli coklat juga rasa macam was-was. Mahu tak mahu selepas solat asar di suraunya aku order ah nasi ayam claypot chef janggut tu dan kopi ais. Sebab pekerjanya semua melayu, aku tawakal sajalah sebab perut dah mendidih sangat. Cukuplah makanan tu untuk hidup. Jangan nanti pening kepala membelah lebuhraya ketika hari semakin gelap.
Singgah bersolat isyak dan maghrib di R&R Pagoh. Dah tiba rumah nanti dah tak boleh dijamakkan lagi. Tertangguh nak solat sebab Camilla dok asyik telefon tentang persiapannya untuk pameran di Bukit Katil dan arahan yang bos bagi untuk majlis di Sekolah China Paya Rumput. Apa pulaklah yang aku nak buat dengan budak-bidak sekolah ini esok. Faiz aku dah minta tolong berikan sikit taklimat keselamatan. Layan sajalah esok apa-apa yang berlaku di sekolah tu nanti.
Sebab selepas Pagoh hujan turun, maka driving akupun lebih berhati-hati. Biarlah orang yang bawak kereta mewah-mewah tu speeding. Takkan lari rumah akupun. Hampir pukul 10.00 malam baru aku sampai. Rasanya kalau tak singgah di JPO yang membazirkan masa aku tu, awal lagi aku dah sampai. Walaupun cuma berlauk sambal ikan bilis dan masak lemak kobis yang wife tinggalkan untuk aku, selera aku terbuka untuk makan walau malam dah lewat. Pandai pulak wife aku buat sambal ikan bilis yang garing ini. Tak sangka...
No comments:
Post a Comment