Mungkin disebabkan steak yang aku makan di restoran Hutan Bandar sebelah pejabat TNB malam tadi kurang sedap, maka pagi ini nak bangun badanpun terasa malas. Atau mungkin juga badan keletihan kerana kerja bersambung-sambung dan ditambah pula dengan driving jarak jauh. Semalampun dek kerana steak yang tak seberapa rasanya itu, aku terpaksa memamah beberapa keping biskut tiger sebab perut masih berkeroncong sebelum tidur. Hairan juga aku lihat, walaupun tak sesedap yang aku rasakan, tetapi pengunjung restoran itu tetap ramai. Agaknya selera mereka jenis 'main sapu saja'. Macam-macam perangai ada. Termasuklah beberapa orang 'pengkid'. Hai apalah nak jadi dengan budak-budak muda ni.
Bila bangun pagi hidung dah berair semacam. Aku dah boleh agak, kalau tak henti-henti menghembus hidung alamat nak selsema sepanjang harilah jawabnya. Sempat juga aku tunaikan kewajipan solat subuh dan terus mengambil breakfast. Hajat hati nak merasa nasi lemak di Puteri Pac ini, tapi awal-awal lagi periuk dah kosong. Mungkin ramai yang cari nasi pagi ini agaknya. Tak kisahlah. Ada banyak menu lain yang ada. Tapi sebab akupun nak cepat, maka aku makan sedikit kuetiau goreng dan omelette. Memang agak sedap kuetiau gorengnya. Semuanya secukup rasa. Ada juga buah naga putih yang terhidang. Selalunya yang dijual buah yang berisi merah, tapi di sini kalau bernasib baik akan dihidang dengan yang berisi putih itu. Buah naga memang antara pencuci mulut favorite aku.
Pagi ini kami jalankan prosiding kes untuk hari yang kedua Saksi utama pendakwa aku nampak rasa lega panjang bila tiada lagi soalan balas yang dikemukakan pihak defendan. Maklumlah sebab dia yang kendalikan siasatan kes ini dari awal, tekanan memang terletak padanya. Aku puji wakil defendan ni yang agak berhemah dan cermat. Maklumlah dia seorang executive. Dia tidak langsung menunjukkan sebarang provokasi tidak seperti kebiasaan sikap defendan yang kerap merendah-rendah dan mempersoalkan saksi untuk menjadikan saksi berasa ragu dan was-was. Memangpun tugas defendan untuk menimbulkan keraguan terhadap sesuatu perkara yang ditimbulkan bagi menarik perhatian juri. Setakat ini aku cuma catat dan tidak membuat apa-apa kesimpulanpun sebab ramai lagi saksi akan beri keterangan.
Walaupun terpaksa menahan bersin yang agak kerap akibat selsema yang semakin menjadi-jadi, aku terus juga mencatatkan kenyatan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang ke 2 dan ke 3. Teringat aku ada membawa pil selsema jadi semasa tea break aku telan sebutir. Selepas itu aku 'berperang' pula melawan rasa mengantuk. Dugaan betul rasanya hari ini. Kalau aku mohon excuse tentulah kes akan tertangguh, jadi terpaksalah aku terus menahan. Lunch yang disediakan untuk kamipun tak seberapa. Cuma ikan goreng sambal dan sayur. Rasanya tak setimpal dengan RM 40 yang akan ditolak dari elaun makan kami kerana lunch disediakan. Mahu tak mahu aku jamah jugalah walaupun ikan goreng sambal tu cuma seekor ikan 'jaket'.
Sesis hari ini selesai sebelum pukul 5.00 petang. Akupun memang berdoa supaya tidak dipanjangkan sebab nak berehat. Selsema masih tak nak kebah. Aku tahu ubatnya cuma satu iaitu tidur. Selepas solat asar dan zohor yang aku jamakkan secara takhir aku terus baring di katil bujang. Tentu cleaner hotel ni hairan kenapa guest ni cuma tidur atas katil bujang sedangkan katil queen size tu ada. KAn lebih selesa tidur di atas katil yang besar. Tak apalah. Nanti penat dia nak kemaskan katil yang besar tu jika aku dah 'kumbahkan'..
Sebelum beradu yang panjang aku beritahu wife jangan call aku sebab aku tak larat nak layan. Sambil tu aku makanlah biskut tiger untuk alas perut. Aku tak jangka akan keluar untuk dinner malam ni. Memang betullah. Pukul 5.00 pagi baru aku tersedar dari tidur dengan pakaian kerja. Sebab dalam musafir, sempatlah aku bersolat isyak dan maghrib yang lewat secara jamak takhir. Dengan kelonggaran yang diberikan itu taklah terasa bersalah kerana lewat menunaikannya.
No comments:
Post a Comment